Monday, December 28

.inGat hidUp cuMa sekali.

Al-fatihah.

Buat insan & sahabat seperjuangan yang telah pergi bertemu Illahi.

- Allahyarham abg Faris -

- Allahyarham Mohd Ridzuan Hamdan -

- Allahyarhamah Nur Asikin Ali -

- Allahyarham Tok Su -

- Allahyarham Mohd Izzudin -

- Allahyarhamah Puan Jamilah (wan’s mum) -

- Allahyarhamah Nurul Nadia Salehuddin -

-
Allahyarham Shafiq @ sayo -


Miss u all (T.T)

Semoga sentiasa berada dibawah lindungan rahmatNya. Amin.


MENGINGATI MATI

Sabda Rasulullah S.A.W
Ertinya : Perbanyakkanlah oleh kamu mengingati perkara yang memustuskan kelazatan (mati).

Dan dalam hadith yang lain Rasulullah S.A.W bersabda :
Ertinya : Perbanyakkanlah oleh kamu mengingati akan mati kerana mengingati mati itu boleh menghapuskan dosa dan menjadikan orang yang mengingatinya zuhud di dunia.

Dan banyak lagi hadith-hadith yang masyhur yang sentiasa menggalakkan kita supaya ingat akan mati, kerana apabila seseorang itu ingat kepadanya ia akan :

1. Sentiasa bersedia dengan melakukan amal-amal yang soleh
2. Menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara maksiat dan munkar
3. Memenuhi setiap saat daripada umurnya dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah bagi kehidupan dunianya dan akhiratnya

Manakala orang yang leka serta lalai daripada mengingati akan mati itu ia akan :

1. Sentiasa tenggelam dalam urusan keduniaan dan terpesona dengan tipu dayanya
2. Sentiasa terpengaruh dengan tuntutan nafsunya yang sentiasa mengajaknya melakukan maksiat dan kemunkaran
3. Melengahkannya daripada segera bertaubat

Abu Hamid Al Lafaf berkata :
Barangsiapa yang selalu mengingati akan mati di kurniakan baginya tiga perkara :

1. Segera bertaubat dari dosanya
2. Redha dengan rezeki yang di beri oleh Allah kepadanya (tidak tamak)
3. Gemar serta rajin mengerjakan ibadat

Dan barangsiapa yang lalai dari mengingati mati, dibalakan (diseksa) dengan tiga perkara :

1. Melambat-lambatkan taubat
2. Tidak redha dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepadanya (tamak)
3. Malas mengerjakan ibadah

Berkata Imam Al Ghazali Rahimahullah
Orang yang mengingati mati itu akan mendapat dua faedah daripadanya :

1. Pendek angan-angan terhadap kesenangan dunia yang tidak memberi faedah baginya diakhirat kelak
2. Rindu dan ingin kepada akhirat

No comments:

Exchange Link