Wednesday, February 27

Makcik makcik..

 

Dialog mereka ;

 

Ada makcik kata macam ni..

Umur dah banyak. Ada boyfriend belum ni? Jangan tunggu lama lama..

 

Atau macam ni..

Kau ni bila lah nak kahwin. Adik kau pun dah ada anak dua orang. Kawan sebaya ramai naek pelamin da. Tinggal kau je tak kahwin kahwin.

 

Atau lebih sadis..

Nak kata takde rupa, lawa comey gebu dah. Tapi kenapa tak lekat lekat jodoh.. Ada saka kot!?

 

=.="

 

 

Tapi lebih sejuk hati dengar kata makcik ni..

Tak payah kahwin awal sangat. Enjoy dulu puas puas. Nanti dah kahwin susah semua nak kena fikir dulu. Nak keluar kena fikir anak anak, suami. Tanggungjawab besar tau!

 

 

 

Berperang dengan perasaan.

Saturday, February 23

Rembau Most Wanted – Waris

 

Baca : Waghih

^^

Another song for/by orang nogori. Enjoy!

 

 

Be proud for where you came from and stay fly
Dats what Im doin!

 

Proud to be Johorian. Proud to be Malaysian! O yeahh.

Anda?

 

# Download MP3

Thursday, February 21

Gua MALAS la letak tajuk..

Assalamualaikum

 

Kalau dah malas apa pun tak jadi bukan? Gua rasa dah lama sangat tak update. Rasa bersalah pulak dengan Nuffnang bila BE sentiasa mashuk sedangkan gua pemalas nak mamp heh heh. Otak rasa sebal. Tak tahu apa nak dicarutkan. Bukan sebab pilihanraya dah dekat. Bukan sebab Fizz Fairuz dah putus tunang. Pun bukan sebab baby ku di lambung orang gaji. Sumpah bukan!

 

Gua cuma malas je.

 

Semalam gua review balik entry lama. Lalu mengutuk dalam hati Ape benda lah aku mengarut. Tak best langsung. Takde info. Ayat cam cipan jatuh longkang'. Kemaen keji mengutuk diri. Masa tu gua baru nak up. Setiap saat gua rasa nak update tapi langsung takde maklumat best. Mengarut je banyak. Slow slow gua klik DELETE. Puas hati. Takde lah anak cucu gua dengan datuknya mengutuk di kemudian hari :D 

 

Dalam mood malas memang gua suka guna lu gua. Malas la nak taip ai =.="

 

Lepas review entry cabuk yang beratus ratus (je) tu dengan malasnya gua re-publish agak agak entry yang gua rasa orang seronok nak baca. Antaranya cerita seram gua dibaling buku sejarah. Lu orang boleh klik link atau skrol ke bawah lepas habis entry ni. Cerita gua ni ada bahagian kedua. Yang ni gua tak re-publish. Sambungan cerita dibaling buku sejarah oleh cikgu sejarah yang garang. Amboi panjang lah pulak :P

 

Sebenarnya gua rindu kat blog ni. Rasa nak peluk peluk je. Disebabkan itu gua up gambar terbaru gua barang sekeping dua. Moga hilang rindu lu orang pada gua. Puihh!

 

DSC00135

DSC00112 

DSC00125

DSC00154

 

Ber-GongXi Fa Cai bersama keluarga di Pantai Klebang, Melaka. Semua tak nak kalah pakai sandal bunga besar trend masa kini. Sanggup naek Mahkota Parade seround dua cari sandal yang serupa. Ibu pun turut serta tapi gua ketua dalam hal ni. Yang warna hitam tu gua punya.

 

Ok lah. Gua dah mula rasa rajin nak pergi mandi ni. Lu orang pergi baca kesah ngeri gua kena baling buku tu dulu okeh! Nanti gua datang balik.

 

Tata.

Wednesday, February 20

Kena Baling Buku Sejarah ! Sakit Beb !!

Assalamualaikum
Bengang tahap bangang seh tadi ! Boleh lak gua tertinggal atm kad kat rumah. Bukan rumah sewa kat KL au, rumah kat Muar nun -_____- hampeh bukan ? Punye la semangat gua buat list barang ape gua nak shopping. Tup tup kad takde dalam wallet. Uiiiyai hilang semua mood shopping !! Lalu gua call ayah..

Me : Ayahku, anakmu perlukan duit :(
Ayah : Ok nanti malam ayah bank in ye
Me : Sekarang tak boleh ke ayahku ? :(
Ayah : Jalan jammed la, Susah cari parking blablabla..
T_________T
Air mate turun lebat
..

..

..

..

..

Hey hey, tak rock la nangis !! Gua hilang mood setengah jam je tadi and ayah pun da bank in duit. yibbaaa !! :DD

[ Back to the topic ]

Gua pernah kena baling buku mase sekolah. Korang ade ? Mesti takde an sebab gua tahu korang semua baek je kat sekolah an an ?? Tak macam gua, baek memang baek tapi silap gua jadi pengawas pulak mase sekolah tu. Mesti korang pelik an kenape gua yang baek and jadi pengawas ni kena baling buku. Seriously gua memang sopan beb mase sekolah. Melawan cakap cekgu sikit pun tak pernah apetah lagi nak calarkan bmw cekgu.

Tapi cekgu sejarah gua ni la, beliau anti dengan pengawas :( Beliau kate pengawas macam bagus bagus, berlagak pakai uniform biru. Kalau dalam kelas tu, mesti beliau attack para pengawas untuk jawab soalan. Nak nak pulak kelas gua kelas yang paling ramai jumlah pengawas iaitu tujuh orang. Seantero kelas memang cuak la kalau time sejarah ni. If ade tugasan bace page sekian sekian, korang WAJIB bace sampai muntah !! At the same time ingat facts yang ade dalam page tu.

Malam before kelas gua mesti check empat-belas kali kerja yang beliau bagi kot kot ade tertinggal or terlepas pandang. Tapi ade satu hari ni gua sengaja tak jawab satu soalan latihan yang beliau bagi sebab sangat sangat tak tahu jawapan ape nak letak. Gua tanye member member and diorang pun tak dapat jawab soalan tu. So gua pun rilex la an, ade gang kena marah nanti hehe. Bile tibe waktu sejarah ketaq jugak lutut gua beb, sambil doa banyak banyak kot kot beliau lupe pasal latihan tu. Tapi doa gua tak termakbul hari tu :(

“ Sape yang tak siap walaupun satu soalan tolong bangun. Bangun!!

Oh, lupe nak inform yang cekgu gua ni memang garang GILER !! (dialog di atas adalah dalam nada yang agak tinggi)

At first gua malas la nak bangun an sebab satu soalan je pun, bukan gua tak buat langsung tapi beliau start pusing pusing pulak kat meja gua. Tu yang gua berdiri jugak sebelum beliau kantoikan gua. Plus, member gua ramai da berdiri. Lebih sepuluh orang jugak la semuanya huhu. Gua tunduk je. Cuak beb cuak !! Tibe tibe..

“ Amylis, nape kamu tak buat ?? Da pandai sangat ??? Kamu ingat kamu pengawas kamu boleh buat ape kamu suke ?? ”

Gua diam. Lalu..beliau pun BALING BUKU SEJARAH kat tangan beliau dari arah depan, tepat ke muke gua !!! (tempat duduk gua second row dari belakang)


Tapi..


Gua berjaye elak (ala ala movie the matrix) and buku tu elok je park kat lantai. Gile kau tak elak, paling koman pun bersepai spec gua mase tu and maybe gua tengah meraba raba taip entry ni sekarang haihhh~ Mujur buku sejarah je, kalau kat tangan beliau mase tu kerusi kayu ?? Korang fikir la sendiri.

Kelas diam. Senyap. Sunyi.


to be continue..
 DSC05267

Nanti gua sambung ok, tungguuu.. :)
Thanx for reading me !



Rindu zaman belajar walaupun sakit :)
Re-publish entry _5th January 2011

Exchange Link