Assalamualaikum
Korang pergi bace ENTRY INI dulu before bace sambungan ni tau ! :) Maaf, entry ber’mood gua-gua
Semua budak (student) diam selepas acara baling membaling oleh cekgu sejarah gua tu. erk beliau je yang baling buku kat gua, gua baling gak tapi baling airmate je kat buku latihan sejarah haihh ! Nak angkat muke pun tak berani da. Sakit memang sakit beb, sakit hati kau-tau ? Gua tak faham kenapa sampai nak baling buku teks tu kat gua. Orang laen berdiri same level gak dengan gua, baling la kat diorang haha *kejam*
Gua nangis (tak kire da rock tak rock). Gua malu. Gua bengang. Gua sebak. Bebudak kelas semua senyap gile. Diorang pun terkezut gamaknye huhu.
“ Dah. Semua duduk ! ”
Gua pun duduk. Nak mintak izin pegi toilet gua takut kena maki lak an. Nak kuar ikot pintu belakang lagi la beliau hanginn nanti. So gua lex lex je la kat tempat gua. Mood study sejarah hilang terus terikut buku yang berdesup hujung mate gua tadi. Member sebelah (Ayuni Syazana) pun diam je, mungkin die pun blur tak tahu nak cakap ape. Tibe tibe beliau panggil..
“ Amylis, datang depan ”
GULP ! Bapak nervous !!! Dalam otak gua da fikir macam macam da. Tah tah kena denda lari keliling padang. Tak pun ketuk ketampi 400x. Or kena denda tulis ‘Saya janji akan siapkan latihan sejarah’ 18 pages. Oh man !!!
“ Berapa banyak soalan awak tak buat ? Kenapa tak siapkan, susah eh ? Ni kan camni..blablabla ”
(Dalam nada yang amat amat lembut) Tak caye ? Erkk gua tak sempat lak nak record perbualan kitorang hari tu haha. Gua sendiri pun banyak kali sapu mate, gosok telinga nak pastikan ape yang gua dengar and lihat. Memang betul beb, sejuk hati gua yang berapi tadi dengar beliau cakap slow-rock camtu (^___^) Gua rase an beliau rase bersalah sebab over-acted kot, hummm. Gua berjalan ke tempat duduk sambil tersenyum. Alahai cekgu-ku~
[After a week..]
Gua buat kejutan dengan markah sejarah 97% dalam mid-year test !! Hehe gua pun tak sangka dapat markah setinggi tu, but sangat syukur dengan rezeki and berkat kena baling buku hari tu. Terima kasih cekgu. Pengalaman kena baling dengan buku sejarah tu memang mencipta sejarah dalam diri gua walaupun beliau takde ucap tahniah or even senyum kat gua mase gua dapat paper tu :’)
[At the end of the year]
Dengar cerita beliau nak sambung study master, so kami sekelas organized majlis makan makan dengan beliau kat kantin sekolah. Bile tibe waktu nak berpisah, gua pun hulur la hadiah dari kelas kitorang and kau-tau beliau terus tarik gua, PELUK GUA KUAT KUAT !! Gua nampak beliau nangis. Slow je beliau bisik kat gua..
“ Cekgu minta maaf ye amylis.. ”
T_______________T
*speechless*
Cekgu kesayangan gua, Cik Puan Nazirah :) Da tukar status and ade anak sorang (updated 2009) Sejak malam perpisahan tu, gua tak pernah jumpe beliau lagi. Cekgu, rindu-lah ! Terima kasih atas segala ilmu and sejarah yang cekgu bagi, kalau bukan kerana cekgu mesti saye takkan ade ‘sejarah dibaling buku’ hehe. TERIMA KASIH CEKGU ! ^^
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
10 comments:
sejarah yang bersejarah..terima kasih cikgu..*tetibe..hehe
hye.....
comel nye citer dia.
hahahha
aQ~~
nuyuEna : sangat2 bersejarah! hehe thanx droppin by :)
anony : ngade !
hukhukhuk......takut gile kn time tuh??????jantung mcm nk berhenti jek...hahaha..
cntiknya mata...=)
wanna be??? : ya ! sangat scary huhu
sejarah.. mengajar kita...
menjadi.. lebih dewasa...
hukhukhuk
mamang hari ini dalam sejarah la kan?? ;)
Izamir Ridzwan : ^^ *blushing*
Lady Shana Sweet : yup. dats right :)sejarah tercipa hehe
Post a Comment