Sunday, December 30

Buruk perangai!

 

 

Assalamualaikum

 

Masa kecik kecik dulu tengok orang maen basikal kita pun mula rapat manja manja kat Bonda 'Maa.. Nak beskal sebijik!' Tup tup bulan depan terhidanglah basikal Lerun kaler biru depan rumah. Gembira bukan kepalang tunjuk depan kawan kawan yang kita pun ada basikal. Baru boleh gang an..

 

Dah besar sikit malu nak naek basikal pegi kedai depan rumah. Kalau disuruh laju je jawab.. 'Ayah belikan lah motor.. Nanti senang. Kedai jauh pun boleh pegi' Tup tup (lagi sekali) dua bulan kemudian terpacak skuter hitam depan rumah. Basikal entah kemana dah. Sebulan dua cakap je nak pegi mana semua ai bawakkan. Tapi tak lama lepas tu motor pun tersadai sebab malas. Naek motor panas, kalau hujan basah. Pakai helmet nanti tudung rosak. Dan macam macam alasan lagi..

 

Ayahanda geleng kepala.  

 

 

Bila dah kerja dah mampu pakai kereta hasil titik peluh sendiri. Kalau dulu pakai motor tak boleh keluar waktu hujan.. 'Humm kalau lah ada kereta..' So sekarang dah ada kereta. Dah boleh shopping sampai lebam tak kesah hari hujan panas. Dah boleh jejak rumah kahwin kawan kawan tanpa segan silu. Siap tumpangkan. Dah boleh bawak family pegi makan ramai ramai.. Cakap je nak keluar ke mana ai bawakkan. Takde hal.

 

Duduk rumah layan facebook, layan belog, layan Melodi.

 

'Ma nak pergi Tenten beli beg sekolah adik. Nak ikut tak..?'

'Malas la ma..'

 

 

Letak Ferrari sebijik depan rumah pun ai takkan bergerak kalau dah malas. Buruk perangai. Sekarang ni basikal langsung tak tau kemana. Motor dah selamat berpindah hak milik kepada adik. Kereta tersadai sebulan tak basuh. Nak bawak dia berjalan memang tak kecuali pegi balik kerja. Kesian Baby ai..

 

Itu pun. Tak reti bersyukur an.

 

 

Buruk betul perangai =.="

 

Milly Bergambar dalam Baby. Ambik hati.

 

 

 

p/s : Korang macam ai tak? (nak cari gang)

Wednesday, December 26

Shhhhh.. Ini RAHSIA !

 

 

Awak   : Nak tahu satu rahsia tak..

Saya    : Nak nak. Apa dia?

Awak   : Rahsia lah. Mana boleh bagitahu..

Saya    : Eleh tadi tanya nak tahu ke tidak!

Awak   : Rahsia adalah rahsia. Kalau dah bagitahu tak rahsia dah lah.

Saya    : Fine!

 

Siapa yang betul siapa yang salah kat sini? Yang 'awak' seperti nak memberitahu tetapi sengaja menyakitkan hati dengan ayat sedemikian. Kan elok kalau tak payah tanya terus dari awal. Sama seperti tidak memulakan perbualan untuk berkongsi rahsia kerana 'awak' tak berniat untuk berkongsi pun. Dan betul kata 'awak' yang rahsia adalah rahsia. Kalau dikongsi dah tak nama rahsia lagi dah.

 

Sama lah juga dengan si 'saya'. Kalau dah dengar perkataan rahsia tak perlulah nak tahu. Mungkin kerana si 'awak' adalah kekasih lalu kamu menggedik gedik nak tahu? Tidak semestinya 'awak' akan memberitahu kamu kerana jika 'awak' sendiri tidak mampu menjaga rahsianya, belum tentu lagi 'saya' mampu bukan?

 

 

 

Bila rahsia sudah diceritakan kepada orang laen, itu bukan lagi rahsia.

 

Kamu mungkin mempercayai orang laen lalu ter-cerita rahsia kamu kepadanya. Tapi silap kamu juga yang tak mampu menjaga rahsia sendiri. Jadi jangan melatah bila rahsia mula menjadi bahan bual bicara kerana kamu bukan hanya berkongsi dengan 'saya' seorang tetapi ramai yang laen. Si 'saya' yang mendengar rahsia ibarat memegang satu amanah yang tidak perlu diceritakan kepada orang laen. Tetapi tidak cukup 'saya' seorang yang menjaganya malah semua 'saya' yang mengetahui bahawa hal itu adalah rahsia perlu menjaganya.

 

Rahsia mengatasi kezaliman Israel mampu mengubah dunia. Rahsia kebusukan pimpinan mampu memporak peranda masyarakat. Rahsia ikatan percintaan boleh memutuskan ikatan persahabatan. Tiada siapa yang betul tiada siapa yang salah dalam situasi ini. Berifikiran positif dan berhenti menuding jari itu adalah terbaek.

 

Kesimpulan : Don’t expect others to be trust, but yourself :)

 

 

 

 

p/s : Ber-bahasa melayu skema bagai tetiba kesimpulan in english. Haha suka hati ai lah Bedah oooii !

Tuesday, December 25

Bonda :)

 

Assalamualaikum.

 

It’s been awhile! Sorry guys. Nak dapat idea untuk menaip ni bukan senang. Kadang kadang dah taip panjang berjela tup tup tak tau nak ending macam mane. Maksudnye takde 'moral of the entry' so follower baca macam sia sia. I kan blogger picisan je. Ade ke orang nak baca kalau setakat update membebel tanpa hala tuju ke jalan yang benar? Macam takde kan –.–"

 

Ok dah. Bukan soal blog picisan yang mahu disembangkan tapi tentang bonda. Pejam celik pejam tak celik celik (ehh?) lagi seminggu je tinggal dalam 2012. Rasa macam baru semalam tengok bunga api tahun baru kat belakang rumah. Lepas ni 2013. Umur tambah lagi satu dah jadi 25. Boyfriend takde. Kahwin entah bila… blablabla. Ehhhh apehal ter-cerita pasal diri sendiri pulak ni!

 

Huhh tarik nafas. Lepas. Tarik nafas lagi. Lepas. And now back to the topic. Tahun baru dengan bonda memang sinonim because she was born on 1st January! Every year bonda was like.. "Wahh satu dunia cuti nak celebrate birthday mama kann.." Sambil senyum senyum tengok langit, buat muka terharu. Over taw!

 

So cerita pasal Bonda.. You know what, I or we (siblings) always relied on her. On any situations. Any-unhappy-thing happened. Anything we just like..

 

" Maaa.. tengok ni. Macam ada koyak sikit la dekat lengan baju ni "

" Mum.. Muka naek jerawat la. Dah buruk dah. Alaaaaa acane ni.. Nak cantik! Nak cantik! "

" Mother.. Tengok ni bakal menantu kesayangan you buat hal lak taknak jawab call. Cari laen boleh tak? Hikhik "

" Hello bonda.. Acane nak masak ayam masak kicap? Ayam dengan kicap ada dah ni.. Lagi? "

" Mama.. Ok tak pakai dress up camni? Tudung ni match tak? "

 

 

And for every single question, she will have the best answers, the best solutions.

 

" Ambil benang jarum. Sini ma jahitkan "

" Banyak berangan la tu. Makan ubat cuci darah, lepas tu pakai krim malam biar hilang kesan jerawat. Seminggu mesti cun dah! "

" Die tengah drive kot. Try call esok la. Takyah gatal sangat nak cari laen. Ma suka dia je jadi menantu ma.. "

" Ape la masak ayam kicap pun tak tahu. Itu la dulu suruh masuk dapur sebok maen facebook lah, belog lah, hape semua lah blablabla.. Ni masak untuk berapa orang? Bahan tumis semua ada beli tak? Mula mula…. "

" Macam tak kena je tudung tu. Cari la warna terang sikit. Pastu ambil brooch ma tu letak kat bahu. Haaa baru ok! "

 

 

As like every mother in the world did, membebel panjang dulu sebelum bagi jawapan. Biasalah tu kan. Dalam umur 24 ni baru I sedar yang bonda adalah segalanya. Kalau tanya kat ayahanda, he will also have the answer but not as complete as mother’s. Paling koman pun ayahanda kan jawab..

 

" Go and ask your mum.. "

 

=.= "

 

 

Baru baru ni bonda and her new family went for a family trip to Cameron Highlands. This is not the first time she left us for a holiday but this is my first time I feels like 'jauhnya mama pergi..' Almost every hour I will call her to know where she go, is everything all right up there, how’s the weather, dah makan ke belum, esok balik pukul berapa etc. etc. I don’t know what it’s called but I can say that I MISS HER like in every second.

 

Pernah dulu I move out sebab ada selisih faham dengan bonda. Sebelum pindah I’m thinking of 'is there anything else that I need her to help for, anything that will make me to look for her'. After move out then I realized 'susahnya mama takde..' To accompany me shopping new-home-stuffs, to help me clean up the house, teach me how to arrange those stuffs. Because mother always knew better, right?

 

Alhamdulillah, it is not too late for me to realize how important a mother in life could be. Walaupun pada umur 24 tahun. Allah berikan I peluang untuk memperbaiki kesilapan lama, untuk lebih menghargai apa yang ada didepan mata. That’s why Allah said mother comes as the first three important person before father, to be respect and love.   

 

Ya Allah, Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil.. Aminn

 

 

Bonda

1st January 2013. Selamat Hari Lahir (in advance) yang ke-41 buat Bonda tercinta :)

 

Thanks for being the sweet and sour mother in the world. Thanks for every inspiration that have lighten my 24 years of life. Thanks for everything. I mean every single thing that we have gone through, together.

I love you MOMMY !

 

 

 

I wonder how am I gonna live without her :'(

Wednesday, December 5

Hargai-lah..

 

by Lacy Band

 

 

Belajar-lah menghargai selagi dia masih ada dan masih menyayangi kamu. Perkara kecil yang kamu sia kan mungkin perkara terpenting bagi dia. Sekali kamu terlepas mungkin takkan ada lagi yang kedua :)

 

atau dalam bahasa inggeris nya..

 

If you are busy to chat me, I will understand.

If you don’t have time to check on me, I will understand.

But if I stop loving you, it’s your turn to understand

 

 

 

Ehh macam tak pasal je kan. Biar lah.

Selamat malam ! ;)

Exchange Link