Showing posts with label Thousand WORDS. Show all posts
Showing posts with label Thousand WORDS. Show all posts

Tuesday, December 25

Bonda :)

 

Assalamualaikum.

 

It’s been awhile! Sorry guys. Nak dapat idea untuk menaip ni bukan senang. Kadang kadang dah taip panjang berjela tup tup tak tau nak ending macam mane. Maksudnye takde 'moral of the entry' so follower baca macam sia sia. I kan blogger picisan je. Ade ke orang nak baca kalau setakat update membebel tanpa hala tuju ke jalan yang benar? Macam takde kan –.–"

 

Ok dah. Bukan soal blog picisan yang mahu disembangkan tapi tentang bonda. Pejam celik pejam tak celik celik (ehh?) lagi seminggu je tinggal dalam 2012. Rasa macam baru semalam tengok bunga api tahun baru kat belakang rumah. Lepas ni 2013. Umur tambah lagi satu dah jadi 25. Boyfriend takde. Kahwin entah bila… blablabla. Ehhhh apehal ter-cerita pasal diri sendiri pulak ni!

 

Huhh tarik nafas. Lepas. Tarik nafas lagi. Lepas. And now back to the topic. Tahun baru dengan bonda memang sinonim because she was born on 1st January! Every year bonda was like.. "Wahh satu dunia cuti nak celebrate birthday mama kann.." Sambil senyum senyum tengok langit, buat muka terharu. Over taw!

 

So cerita pasal Bonda.. You know what, I or we (siblings) always relied on her. On any situations. Any-unhappy-thing happened. Anything we just like..

 

" Maaa.. tengok ni. Macam ada koyak sikit la dekat lengan baju ni "

" Mum.. Muka naek jerawat la. Dah buruk dah. Alaaaaa acane ni.. Nak cantik! Nak cantik! "

" Mother.. Tengok ni bakal menantu kesayangan you buat hal lak taknak jawab call. Cari laen boleh tak? Hikhik "

" Hello bonda.. Acane nak masak ayam masak kicap? Ayam dengan kicap ada dah ni.. Lagi? "

" Mama.. Ok tak pakai dress up camni? Tudung ni match tak? "

 

 

And for every single question, she will have the best answers, the best solutions.

 

" Ambil benang jarum. Sini ma jahitkan "

" Banyak berangan la tu. Makan ubat cuci darah, lepas tu pakai krim malam biar hilang kesan jerawat. Seminggu mesti cun dah! "

" Die tengah drive kot. Try call esok la. Takyah gatal sangat nak cari laen. Ma suka dia je jadi menantu ma.. "

" Ape la masak ayam kicap pun tak tahu. Itu la dulu suruh masuk dapur sebok maen facebook lah, belog lah, hape semua lah blablabla.. Ni masak untuk berapa orang? Bahan tumis semua ada beli tak? Mula mula…. "

" Macam tak kena je tudung tu. Cari la warna terang sikit. Pastu ambil brooch ma tu letak kat bahu. Haaa baru ok! "

 

 

As like every mother in the world did, membebel panjang dulu sebelum bagi jawapan. Biasalah tu kan. Dalam umur 24 ni baru I sedar yang bonda adalah segalanya. Kalau tanya kat ayahanda, he will also have the answer but not as complete as mother’s. Paling koman pun ayahanda kan jawab..

 

" Go and ask your mum.. "

 

=.= "

 

 

Baru baru ni bonda and her new family went for a family trip to Cameron Highlands. This is not the first time she left us for a holiday but this is my first time I feels like 'jauhnya mama pergi..' Almost every hour I will call her to know where she go, is everything all right up there, how’s the weather, dah makan ke belum, esok balik pukul berapa etc. etc. I don’t know what it’s called but I can say that I MISS HER like in every second.

 

Pernah dulu I move out sebab ada selisih faham dengan bonda. Sebelum pindah I’m thinking of 'is there anything else that I need her to help for, anything that will make me to look for her'. After move out then I realized 'susahnya mama takde..' To accompany me shopping new-home-stuffs, to help me clean up the house, teach me how to arrange those stuffs. Because mother always knew better, right?

 

Alhamdulillah, it is not too late for me to realize how important a mother in life could be. Walaupun pada umur 24 tahun. Allah berikan I peluang untuk memperbaiki kesilapan lama, untuk lebih menghargai apa yang ada didepan mata. That’s why Allah said mother comes as the first three important person before father, to be respect and love.   

 

Ya Allah, Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil.. Aminn

 

 

Bonda

1st January 2013. Selamat Hari Lahir (in advance) yang ke-41 buat Bonda tercinta :)

 

Thanks for being the sweet and sour mother in the world. Thanks for every inspiration that have lighten my 24 years of life. Thanks for everything. I mean every single thing that we have gone through, together.

I love you MOMMY !

 

 

 

I wonder how am I gonna live without her :'(

Tuesday, October 9

Sehari Sebelum..

 

DSC09260

 

Walaupun ayahanda tak dapat datang. Walaupun ayahanda tak sempat merasa bangga melihat anak ayah naek pentas untuk segulung ijazah. Walaupun ayahanda tak dapat tolong betul betulkan jubah anak ayah. Walaupun ayahanda tak dapat sama sama ibubapa laen ambil gambar sana sini. Walaupun ayahanda jauh nak bagi pelukan gembira untuk anak ayah..

 

 

Anak ayah ni sentiasa sayang ayah :')

 

 

Terima kasih atas segala penat lelah ayahanda mencari rezeki untuk perbelanjaan anak ayah. Terima kasih atas segala pengorbanan menghantar dan menjemput anak ayah ke sekolah hinggalah ke universiti. Terima kasih atas nasihat supaya berdiri atas kaki sendiri. Terima kasih untuk setiap senyuman yang memberi kekuatan kepada anak ayah untuk menjadi seorang yang cekal dan sabar. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan. Terima kasih untuk segala galanya..

 

 

IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN

buat ayahanda kesayangan..

 

 

Meh LIKE!

Sunday, May 27

#2 Picture Tells A Story : Celak vs Pucat

 

Assalamualaikum

SAM_3064

 

Gambar muka suci plus mata sembab ni taken almost three years ago when I went for Broga Hill’s hiking. Sumpah cantek weh tempat ni. Rasa berbaloi penat lelah mendaki bila sampai puncak bukit. Tak. I tak sampai puncak pun kaki bukit je. Semput you alls! Nak tengok gambar lagi klik ENTRY INI.

 

Ok gambar ni sebenarnya nak story about how and when I start to use/apply celak. FYI celak adalah antara barang mekap yang paling paling wajib I pakai. Tertinggal lip balm or foundation takpe lagi. Jangan celak. Habis semua orang akan tanya I 'Awak demam ke.. Nampak pucat je' Hampeh!

 

 

Bila mula pakai?

In year 2008, I joined Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan (PROSPEK) anjuran Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya. Projek ni memerlukan ahli untuk travel all over the world Malaysia untuk memberi halatuju pendidikan dekat adik adik lepasan SPM or STPM. Lebih kurang camtu la. Korang tau je lah kalau dah nama program sekolah, takkan nak start tengahari buta an. Mesti lah kena start awal awal pagi. Set up technical, dewan, modul bagai. 

 

So dari situ lah I start pakai celak. Macam takde kaitan je an? Hehe actually sebab nak cover mata bengkak la sebab tidur lambat dan bangun awal. Itu pun I pinjam member punya celak and eyeshadow. Then (nak bagi kuat lagi reason) ade lak senior tegur ‘Eh cantek la mata u. Camne u buat ek..' Konon konon cam bangga and termotivasi terus nak pakai lagi dan lagi. Sampai lah sekarang. Poyo je!

 

 

Motif pakai?

Orang kata pakai celak ikut sunnah Nabi. Even lelaki or perempuan yang pakai celak hukumnya harus tahu? InsyaAllah terdetik juga niat pakai tu untuk mengikut sunnah. Selaen tu memang untuk cover mata sembab or muka pucat. Kebaikan memakai celak selaen hukumnya harus, celak juga boleh menyihatkan mata, membersihkan pandangan dan menyinar cahaya mata.

 

Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)

 

 

Jenama celak?

Masa mula mula menggedik nak pakai celak dulu I beli yang ada brand like Silky Girl and In 2 It. Silky Girl pencil eyeliner sangat oke, warna pekat and senang pakai cuma harga agak mahal. Yang In 2 It I beli roll-on eyeliner. Pun sangat best. Cuma cepat gila habis tak padan dengan harga yang mahal. So untuk lebih berjimat..

 

I pakai yang takde jenama. Beli kat Mydin, 12 batang baru RM5 you alls. Kau tengok how kedekut haku?! Guna yang murah pun oke what. Asalkan warna gelap, tahan lama and senang cuci. Lepas agih agih untuk bonda dan adik beradik sekarang ni ada lagi 5 batang. Jimat stok setahun Hehe!

 

*  *  *

 

Orang kata neutral/semulajadi itu lebih cantik. Takde mekap tebal takde gincu merah takde celak hitam. Fakta tu memang sangat betul lah bagi perempuan yang dah memang asli cantek cun melecun. Dah kalau orang tu neutral buruk tapi dengan mekap baru cantek bukankah lebih elok dia bermekap? Hihi Ini fakta I buat sendiri untuk diri sendiri. Siyesly I nampak 'demam' tanpa mekap especially celak.

 

So cakap lah ape pun. I nak mekap jugak tak kira.

I heart my eyes taw!Batting Eyelashes

 

DSC08410

 

Nampak kan perbezaan dua gambar di atas. Patut lah soalan 'Awak demam ke.. Nampak pucat je' ni keluar dari mulut orang-ramai-lah-sangat. Sekarang da faham. Dah boleh habiskan entry yang terlebih panjang ni and gosok baju untuk bekerja di esok hari. 

 

Ok you alls. Have a great Sunday!

Take care.

 

 

 

Jemput baca entry Milly Molly zaman dahulu kala juga ye..Love Struck

LIKE and COMMENT meh!

Wednesday, May 23

Alhamdulillah.. Rejab

 

Doa 

Tarikh bulan Rejab 2012 jatuh pada hari Selasa bermula 1 Rejab. Jadi malam (Isnin) 21 Mei 2012 adalah malam 1 Rejab.
Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.


Umat Islam digalakkan supaya berdoa Istighfar pada malam 1 Rejab. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa dan juga makbulkan doa pada malam tersebut.

 

 

*  *  *

 

 

Maaf lambat share maklumat. Tapi sepanjang Rejab ni ambil-lah peluang untuk tambahkan lagi pahala, tingkatkan amal ibadat and rajin rajin-lah berpuasa sunat. InsyaAllah :)

 

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan Rejab:

  • Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
  • Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
  • Puasa 1 hari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).
  • Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  • Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
  • Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  • Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
  • Puasa 15 hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.
  • Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
  • Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
  • Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

 

  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

 

Allahuakbar!

 

 

*  *  *

 

 

Ya Allah, alhamdulillah atas kedatangan bulan rahmat-Mu. Moga diterima segala amalanku kerana hamba-Mu ini sudah mula rindukan Ramadhan. Harap masih ada lagi kesempatan untuk ku menjalani ibadah puasa dan menghayati keindahan Ramadhan-Mu. Aminn

 

Assalamualaikum dan selamat beramal semua Happy

DSC08412 During Aidil’s Wedding – Next entry!

 

 

SHARE, COMMENT, LIKE?

Friday, May 11

#1 Picture Tells A Story : I’m Not That Sincere..

 

Assalamualaikum

DSC07619

 

After six months mengerjakan tanaman cendawan Pak Abu (intern) di Melaka, I nekad untuk melegakan penat lelah di pulau or pantai. Right on the time a friend invite me to join him and friends to Pulau Pangkor for three days. Everything will be on him. Memang terbaek la an!

 

Kat Pangkor I terjumpa Azizi (gambar). He’s using a wheelchair because of an accident two years ago and he’s fully-handicapped! He’s brain damaged, tak boleh bangun, berjalan or even bercakap dengan sempurna.

 

Masa tu I berjalan tepi pantai sorang sorang sambil snap gambar sementara tunggu member bersiap untuk dinner. Then I nampak Azizi like senyum and lambai-tangan-secara-lemah (faham tak?) I pun pergi kat dia konon konon macam simpati sebab I dengar dia cakap 'nak…gambar...gak...' That time I was like 'apa salahnya an takkan orang cakap aku nak menggatal lak, he’s on wheelchair..'

 

Kami berborak agak panjang pasal belajar, family. And slow slow dia cerita pasal ditinggalkan gf after bergelar OKU. He ask me.. 'Kalau..Amy..ada bf..cacat..cam..Zizi, Amy…tinggalkan dia tak..?'

 

I diam dua minit fikirkan jawapan sesuai. 'Tak. Amy jaga dia :)' He smile..

 

*  *  *

 

Sebenarnya jauh kat sudut hati ni terdetik sanggup ke aku sabar menjaga orang kurang upaya where I need to handle like every single thing? Mampu ke aku tahan fizikal dan mental? Boleh ke aku jadi pempuan yang takde sosial life nanti? Sanggup ke aku hidup sampai akhir hayat dengan dia?

 

Tak. Jujur I tak seikhlas itu. I tak mampu ikhlaskan diri, yang datang cuma perasaan simpati. Kejam bukan? Mungkin perkara macam ni belum pernah terjadi dalam hidup I so I donno how it’s looks, how it’s like. How terrible or how sweet it will be. I pernah tengok sahabat yang berkawan baek dengan sahabat laen yang buta. I pernah tengok my step-mum menjaga atuk yang dah uzur. Subhanallah mulianya hati mereka..

 

But at least I da buat Azizi tersenyum kan..

 

*  *  *

 

I tinggalkan Azizi after his parent back from keropok-shopping. He’s like sooo hard to let me go.. 'Janganlah pergi.. Amy..nak..kahwin dengan..Zizi tak?' Ahh sudah soalan cepumas! I just senyum and walk along with friends.. 'Nanti kita jumpa lagi ok..'

 

While having dinner I nampak Azizi lalu and Azizul (his brother) sempat tunjuk I kat abangnya. Tapi Azizi takde respon, tak segembira macam kami berborak 15minit sebelum tu. Sebab dia dah lupa. He has a short-term-memory. Tak mampu ingat banyak benda. Even masa rancak bercerita tadi pun 5 minit sekali dia akan tanya nama I. Kesian dia..

 

Sweet Azizi, moga kamu cepat sembuh ya. Kuatkan semangat. Nanti kita boleh jumpa lagi, InsyaAllah.

 

 

BTW nama saya Amy :')

 

*  *  *

 

 

Video inspirasi : Seorang ibu yang sangat ikhlas menerima keadaan anaknya. Selamat menonton!

Good night peoples..

 

 

 

LIKE and COMMENT meh!

Exchange Link