Thursday, June 13

Teddy Bear Besarrr..

 

Assalamualaikum,Nerd

 

Teringin tak nak dapat teddy bear besar sama saiz dengan korang. Ok jap 'sama saiz' sesuai untuk gadis mini dan renek seperti saya =.=' Kalau yang tinggi galah lampai dah tak jadi 'sama saiz' tapi jadi 'tiga-suku saiz'. Kalau yang cecomel macam Yuyu Zulaikha pulak dah jadi 'melebihi saiz anda' hehe. Teddy bear besar buat bantal peluk, kalau letak atas katil (single) separuh adalah dia. Maka esok pagi pastinya teddy sudah ke lantai. #tidur versi ganas.

 

Nah tengok tak caye.

 

DSC00725

 

Sempoi dak teddy duduk senget sebelah. Kemaen eksen dapat tidur atas cadar rimau. Nyampah.

 

Oh ye. Nama die baby hehe dah sama pulak dengan nama kereta an. Tak. Sebenarnya semua benda pun saya namakan baby, termasuk lah dak Pou. Kalau nak ajak dia bercakap, panggil baby baru die jawab kalau tak degil semacam. Melampau perangai sampai tuan baby Pou merajuk taknak bagi dia makan dua hari. Hahaha!

 

Ok berbalik kepada teddy bear besar tadi. Korang yang nak belikan tersayang atau pun tambah koleksi sendiri boleh  jenguk page TEDDY BEAR BESAR. Harga berpatutan compare to other gift shops. Jangan risau tentang bulu bear tertanggal atau senang gugur sebab teddy bear kat sini memang berkualiti walaupun harga sangat murah.

 

DSC00750

 

Dari kiri Fammy, Convy, Zimmy, dan Idy. Tapi nama panggilan diorang semuanya BABY hehe. Ehh korang kalau nak buat surprise untuk kawan ke orang tersayang pun boleh taw! Confirm terkejut badak orang tu dapat sekotak makhluk yang besar gajah ni. Kejap badak kejap gajah ape hal =.="

 

Boleh juga klik banner bawah ni untuk ke page TEDDY BEAR BESAR.

 

image

 

*  *  *

 

Sebelum mengakhiri perbualan kita, izinkan saya berkongsi satu maklumat. Mungkin ada yang pertikai tentang isu menyimpan patung atau teddy dalam rumah. Ada yang kata nanti malaikat tak masuk rumah atau ada juga menyamakan dengan menyimpan patung berhala. Iaitu jatuhnya hukum haram. Setelah bertanya pakcik google serba sedikit, saya simpulkan dengan kata kata ini ;

 

" Tidak salah orang yang menyimpan patung mainan anak-anak mereka di rumah. Rasulullah mengahwini Aisyah semasa umur 9 tahun. Rasulullah meletakkan patung mainan kepada Aisyah sebagai alat permainannya sewaktu Baginda tiada di rumah. Patung mainan ini bermaksud, patung yang dijadikan mainan anak-anak, bukan diletakkan di dalam cermin sebagai perhiasan. Patung mainan tersebut tidak dihormati dan dimuliakan. "

 

 

Kalau tinggalkan tempat tidur atau teddy anda lebih semalaman, amalkan membaca doa ini. InsyaAllah terhindar dari segala keburukan ;

 

"  La hawla wa laa quwwata illaa billaah  "

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah

 

*  *  *

 DSC00734 

 

Ini adalah iklan tidak berbayar, sekadar berkongsi pendapat sebagai pembeli yang amat berpuas hati. Terima kasih sudi baca!

Selamat malam semua. Setiap malam tak sabar nak tidur peluk baby-ku-meow-meow ni #ehhh?

 

 

 

Terima kasih pakwe yang 'lahirkan' baby!Batting Eyelashes

Thursday, May 30

Jennifer Thompson?

Assalamualaikum Love Struck

 

Jennifer Thompson. Sounds familiar lately. Yes correct, she is one of the jury in VERSUS yang sedang galak ditayangkan di TV9. Dah sampai pusingan akhir pun Jumaat ni y’olls. Kalau ada yang ter-miss rerajin lah jenguk youtube atau facebook diorang ye.

 

Ok back to this Jennifer. At first I was like ‘ehh siapa dia ni. macam good good je komen’. Lalu terus tanya pakcik google. Pakcik jawab ni..

 

“ I am an event manager with 29 years experience in the Malaysian entertainment industry. I have had the pleasure of working with all Artistes in the music business and have been involved in coordinating numerous live recordings, producing and event managing concerts, national and international launches, awards, international fashion weeks, music festivals and live broadcast shows. ”

 

Ok maybe she just working backstage or sebagai orang paling besar yang tak show up during event sebelum ni. That’s why saya tak berapa nak kenal. Atau sebenarnya saya yang tak up-to-date perkembangan industri seni (ehh perlukah?) Well as what pakcik said, she just talented and experienced. I tak tanye pakcik lebih lanjut. Y’olls baca boleh baca lagi di SINI.

 

Sekarang dah tahu so lebih yakin dengan komen beliau. Haha macam tak pasal kan. Padahal band yang join memang awesome semuanya, tak perlu komen buruk pun. Diorang memang gempak, kreatif and power. Especially ehemm band kegemaran ramai amnya dan saya khususnya, MANIFESTO ! Rasa nak vote vote dan vote sampai lebam. Ohh tomok-ku, kenapa cute sangat ni.. *pengsan*

 

Photo: #Rehearsal Update secara langsung!!! Teruskan menyokong @manifesto_vs dengan menaip VS5(jarak)MAN dan hantar ke 33399 #VersusMY<br /><br />Cc : @tomok_nb_oiam @modreadband @monkeybonemy @tv9malaysia<br />This cool  #liveupdate brought to you by @project2pi.Photo: #Rehearsel Update secara lansung!!! Teruskan menyokong @manifesto_vs dengan menaip VS5(jarak)MAN dan hantar ke 33399 #VersusMY<br /><br />Cc : @tomok_nb_oiam @modreadband @monkeybonemy @tv9malaysia<br />This cool  #liveupdate brought to you by @project2pi.Sedang rehearsal untuk Final, Jumaat ni. 31st May 2013. Update dari facebook Tomok Indra One.

 

Versus pentas terbaek untuk band tonjolkan kekreatifan mengubah atau men-jahanam-kan sebuah lagu menjadi lagu yang lebih gempak, lebih padu! Jangan lupa temujanji dengan VERSUS! Esok taw. Rumah saya tak dapat TV9 so terpaksa dengar radio esok pagi untuk tau siapa menang. Atau facebook sepanjang malam kot kot ada yang hupdate. Kesian saya. 

 

Korang rase band mana akan menang? Saya rasa KYOTO PROTOCOL atau MANIFESTO. Ehh tapi KRISTAL pun tak kurang hebatnya. Vokalis OH CHENTAKU macam cute, boleh gugat undi ni. Heh heh. All the best guys!

 

Yang nak undi tu sila lakukan ini

VS5(jarak)MAN

hantar ke 33399

*ehh macam paksa undi Manifesto je haha*

 

 

Entry saya memang selalunya tak kena motif dengan tajuk. Anyway, terima kasih sudi baca ye!

Selamat malam semua. Meh peluk sikit Big Hug

 

 

HOTT !! 

# Episod penuh Versus – Musim 2

Sunday, May 19

Tomok – I Got His Smile !

Assalamualaikum..Love Struck

 

Tanggal 16 Mei yang lepas adalah hari untuk guru. Esoknya 17 Mei, hari lahir yang ke 29 tahun penyanyi kegemaran saya yang cute lagi comel. Ehem nama dia Tomok! Atau nama sebenar beliau Shah Indrawan bin Ismail.

 

 

Dah jadi bapa orang pun comel macam budak budak lagi. I like him since his first appearance as an artist in 1999 dengan kumpulan Newboyz. Masa tu saya baru berumur 11 tahun. Lagu yang paling kegemaran of course la Sejarah Mungkin Berulang. Walaupun orang kata lagu ni jiwang meleleh la, tak mashuk la, hape la saya tetap minat. Especially yang versi baru sekarang ni. Lagi matang giteww.

 

Actually masa dulu dulu tu takde la minat sampai fanatik gila dok follow beliau ke konsert bagai. Saya minat setakat beli kaset (zaman dulu mana maen cd/dvd), ada poster dan update gosip terkini beliau. Tapi along fanatik sikit sebab dia minat up to tahap tulis surat dan menjerit gembira bukan kepalang selepas mendapat balasan dari Newboyz. Dulu mana ada facebook, twitter, instagram semua an. Pen dan kertas je lah penghubung :)

 

Nak dijadikan cerita saya baru je 'berjumpa' beliau ni kat konsert Hotlink Jom Heboh hari tu. At first takde pun plan nak 'pergi Jom Heboh kot kot jumpe retis'. Langsung takde kau. Saya pergi sebab nak beli stok makanan je. Sambil membuang masa bersama family kecintaan. Kami pergi lepas maghrib and alhamdulillah takde masalah untuk parking pun macam yang orang momokkan. After a while kami lepak di booth Hotlink..

 

DSC00393

 

Tengok bonda. Kemaen borong. When dah pakat nak balik kami lalu belakang booth tetiba nampak Sofazr and Tomok tengah lepak minum dalam bilik rehat artis. Itu adalah bermaksud they will come out in a seconds and make a performance! Woohoop! Terus tunggu dengan semangatnya bajet dapat jalan seiring mereka ke pentas. And I got the chance babe! Chance to get a closer look at him la. Sebenarnya malu malu kucing jugak *bajet Tomok pun minat kau ke* =.="

 

DSC00401DSC00403

 

Too close yet too far. But guess what I got his smile, for only me at that time! Whooaa rasa nak pitam terus pengsan balik rumah dengan ambulans je senah hooiiii! Comel sangat. Seriously saya tak perlu kot terlalu teruja. Itu kan Tomok je. Bukan Adi Putra atau Redza Minhat atau Aiman Hakim Redza pun apatah lagi Robert Downey Jr. (errr?) Ok I stay at one place (at where I snap this pic) and wait for him to turn and notice me and smile. Yes he did and I smile like a very-big-exciting-smile plus a crazily-waving-hand. Omg I just can’t handle it! Macam orang gila.

 

He is cute ok!

 

Family semua terpaksa redha menunggu I tengok Tomok and Sofazr menyanyi sampai habis heh heh. Almost 15 songs and one of it Sejarah Mungkin Berulang. That was the best! Mengimbau kenangan giteww. This is my first time paling dekat dengan beliau. Sebelum ni paling dekat pun dekat dengan tv atau lappy je haha. After performance, balik pun tersenyum senyum lagi selama dua minggu. Teruk dah haku ni.

 

DSC00409

 

The best picture of the night. Oleh kerana malam Sabtu I bersama family, esoknya I terpaksa pergi lagi untuk temankan kawan pejabat pula (motif sangat kan). Crowd tetap ramai walaupun hari dah gerimis. Again, I stay awhile to see him singing :) Y’alls mesti nak tahu an apa yang I minat sangat dengan beliau. Haha the answer is simple, he is cool, talented, lefthanded, kurus dan comel. Itu sahaja. Standard la minat artis kan. Tengoklah anak beliau kemaen gebu pipi. Biassseeee die!

 

 

Well anyway, HAPPY 29th BIRTHDAY dear Tomok. He still standing while people keep kutuk dan pandang rendah beliau. Semangat itu lah yang paling best and he prove it by winning that one million. Kau ada?? Bukan senang nak jadi senang and bukan susah nak jadi susah kan. Berusaha untuk jadi yang terbaek untuk diri sendiri dan orang laen juga, insyaAllah.

 

Ok lah Tomok dan semua, selamat malam :)

 

DSC00444 # Hasil :D

 

Terima kasih sudi baca saya!

# Download MP3 Sejarah Mungkin Berulang - Versi baru

Saturday, May 18

I Found One

 
I don't want a perfect relationship. I just want someone who I can act silly with, someone who treats me well and loves being with me. =)

 

mmexport1368759761482

 

Alhamdulillah :)

Friday, May 17

Kerja Biar Ikhlas – Selamat Hari Guru!

 

AssalamualaikumLove Struck

 

Hai semua orang. Buat apa tu? Semua orang sihat? Dah mengundi? *ehhh* Cover line kemalasan tak update selama sebulan sepuluh hari. Ok fine. Takde siapa pun perasan sebenarnya. Ciss

 

Kerja ofis kira duit keluar masuk je pun penat macam kerja kontrak buat jalan tau tak. Jangan pandang akauntan sebelah mata. Diorang angkat batu kayu (buat jalan pakai kayu?) segala bagai nak siapkan jalanraya, saya tekan kalkulator nambelasratus kali setiap hari nak seimbangkan akaun. Diorang gerakkan bajak (atau JCB tapi bukan GCB Mcd), saya gerakkan tetikus komputer selang lapan saat. Letih tahu!

 

Kalau akaun balance then boleh senyum girang sampai ke telinga. Kalau tak balance alamatnya..

 

Musibah melanda. Crying

 

Pecah otak fikir mana hilangnya tujuhposen. Saat ni paling rasa-nak-tikam-diri-sendiri. Rasa nak keluar duit poket pun ada tambah tujuhposen tadi. Empat jam fikir baru dapat selesaikan masalah. Masa ni jangka hayat otak cuma tinggal 15% sebelum meletop. Kau bayangkan.

 

Tapi kerja tetap kerja an. Itu tanggungjawab. Bonda kata tak baek merungut..

 

* * * **

 

Saya akauntan. Tanggugjawab saya untuk kira dengan tepat, siap justifikasi sesuai untuk setiap sen keluar masuk. Kalau saya pekerja kontrak tanggungjawab saya untuk bina jalanraya yang selamat. Kalau saya doktor, tanggungjawab saya untuk mengubat sakit manusia. Dan kalau saya cekgu, tanggungjawab saya untuk mendidik anak bangsa kenal abc, 123, alifbata dan segala jenis ilmu.

 

SELAMAT HARI GURU

 

Buat semua para pendidik. Cekgu tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, pensyarah matrikulasi, pensyarah universiti semua semua lah. Terima kasih untuk segala ilmu yang dicurahkan. Penat lelah seorang cekgu terubat bila melihat anak muridnya berjaya. Sesungguhnya tanpa cekgu tak wujud akauntan, engineer, doktor, tukang masak, bos, tukang buat jalan kat dunia ni. Jasamu terlalu besar dan akan sentiasa dikenang CEKGU! Juga teristimewa buat cekgu gula hati saya suatu masa dahulu dengan ucapan bila nak update blog? Dah bersawang gamaknya tu haa.

 

Btw, nak baca kesah saya dan zaman persekolahan? Jomm.

 

# Kisah Dahulu Kala I – Budak gemok

# Kisah Dahulu Kala II – Cinta Monyet?

# Kisah Dahulu Kala III - Kantoi

# Kisah Buku Sejarah 

# Kisah Buku Sejarah II

 

* * * **

 

Orang kata apa pun kerja yang kita buat mesti kena buat dengan ikhlas baru lah rezeki tu berkat. Alhamdulillah dah setahun memegang tugas dalam bidang kewangan ni, dah mula faham apa sebenarnya kerja yang saya tengah buat hehe. Hantar tugas mengikut dateline. Bila kita gembira dengan kerja kita, insyaAllah orang laen pun akan puas hati dengan hasil yang kita bagi. Ini baru lah terbaek :)

 

DSC00173 # bos saya cute kan? Heh heh

 

 

Thanks for reading!

Monday, April 8

Kehilangan.

 

Manusia akan hanya menghargai selepas kehilangan..

 

Assalamualaikum.

 

Pernah tak kamu buang sesuatu then realize kalau lah benda tu ada lagi kan bagus. Buang eye-shadow pasar malam konon tak elok dengan kulit muka padahal elok je warna cantik, lembut. Beli yang mahal buang yang murah. Then sedar yang mahal tak berapa nak hebat memikat, yang murah lagi best. Selongkar tong sampah dah takde dah. Mungkin dah bergerak seiring lori sampah busuk pagi tadi..

 

 

Kehilangan.

 

 

Itu hal barang. Mungkin pernah juga terbuang biskut lemak cap ayam yang takde rasa langsung. Dua hari kemudian beli pula jem strawberi konon nak makan dengan biskut tadi. Tapi lupa biskut dah dibuang. Tinggal jem strawberi dan perut bergendang kelaparan. Kalau lah aku tak buang biskut tu semalam. Kalau lah aku hargai rasanya yang tawar..

 

 

Kehilangan.

 

 

Itu hal makanan. Pernah tak kamu buang kekasih kerana ego atau kewujudan manusia laen. Setiap hari tak putus ucapan selamat, ucapan rindu, ucapan sayang walaupun tak berbalas. Kekasih yang setia menjaga, mengambil berat walaupun tak pernah menerima ucapan terima kasih kamu. Dia sentiasa yakin bahagia itu ada walaupun belum nampak cahayanya. Entah kamu sedar atau tak adanya dia selama hidup kamu. Sampai satu masa takde lagi ucapan selamat, ucapan jaga diri. Mungkin masa tu baru kamu akan perasan. Kalau lah dia ada lagi.. Kalau lah dia masih hidup..

 

 

Ini lumrah. Apa yang ada depan mata tak nampak hebatnya..

 

 

Andai masa boleh diundur kan lebih mudah. Boleh ambil balik eye-shadow yang terbuang tadi. Andai kotak ingatan dilupuskan setiap hujung bulan kan lebih indah. Takde kesah hitam putih kuneng hijau merah segala. Setiap bulan bermula hidup baru. Undur atau lupus, dua pilihan.

 

 

Ini juga lumrah manusia yang tak pernah cukup.

 

 

Allah dah tetapkan aturannya cuma belajar lah menghargai apa sahaja depan belakang atau tepi mata kamu. Mungkin esok lusa dia/ia hilang, terbuang atau mati tanpa kamu sedar..

 

 

 

Awak. Kalau saya mati awak rindu saya tak?

Sunday, March 24

Segmen Bloglist Blogfyna

 

AssalamualaikumLove Struck

 

Jom tambah kenalan dunia blog!

Segmen Bloglist BlogFyna[dot]Com

Segmen mudah dan ringkas. Jom rajinkan diri berkenalan dengan blogger laen sambil luaskan pengetahuan dan pengalaman. Kongsi itu sayang bukan :)

Boleh klik banner atau klik SINI untuk ke laman segmen.

 

 

Terima kasih sudi baca saya! Big Hug

Blog Design By : Si Budak Kurus

 

AssalamualaikumLove Struck

 

Hai pembaca  tegar atau tak tegar blog Milly Molly (suatu masa dahulu)! How’s your weekend? Amboi pendahuluan cliche sangat. Dah macam iklan ubat gigi pulak dah. Cerita tentang masa dahulu dan sekarang ni, uolls perasan tak iolls dah tukar rupa paras blog iolls. Dulu pink warna warni sekarang dah jadi warna coklat kuneng. Apehal?

 

Ehh suka hati ai lah =.='

 

Blog ni telah di design oleh Si Budak Kurus atau Kay. Comel kan hasil kerja tangan beliau. Kami berhubung melalui facebook. Yang bestnye beliau ni sangat open tak kesah I mengomen mengomplen bagai. Rama rama senget lah warna tak terang lah. I tak pandai buat sendiri so just minta Kay design ikut citarasa tuan belog and beliau cool je follow segalanya heh heh. Customer is KING :D

 

 

Boleh klik banner untuk ke page beliau. Selain design template Kay juga boleh buat doodle comel comel :)  Harga berpatutan and korang tak payah pening pening nak fikir harga sebab Kay dah sediakan pakej bersesuain dengan kehendak korang. So cepat cepat pergi jenguk page Si Budak Kecik. Confirm puas hati!

 

Dengan wajah baru ni secara automatiknya nama blog ai berubah menjadi Si Milly’s. Lepas tu ada lagu Sastera Kupu Kupu dari Mimie Haris sempena blog ade tema rama rama terbang gitew. Terima kasih sudi baca iolls ye!

Thursday, March 21

Cerita Si Megi

Assalamulaikum

 

Rumah sewa atau asrama sangat sinonim dengan mee segera bukan? Maggi, pama, mee sedap, mee tak sedap semua pun korang bahan kalau dah lapar kan. Penulis belog ni pun tak kurang giannya. Sebulan mahu tidak tiga jenis megi tersedia.

Awal awal bulan letak setempat semuanya. Fuhh nampak cool habis. Cantek tersusun.

 

Tiga jenis darab lima bungkus bermakna ada limabelas semuanya. Boleh makan dua hari sekali heh heh. Selang seli perisa. Sedap tak boleh tahan nak nak bila datang rajin potong cili hijau campak dalam megi kari. Pehhh pedas kaw kaw! Ini baru hebat! :D

 

Tapi setakat berborak je lah. Sekarang hujung bulan stok megi tinggal hujung nyawa. Cuma ada sebungkus perisa tomyam kepunyaan adik. Nak makan ke tak ni? Buasir pulak kang makan hak orang. Kalau tak makan gastrik tahap gaban menyerang.

 

Takde pilihan.

 

DSC00365

 

Terima kasih adik. Megi mu dikenang :D

 

Oh ya lupa nak inform yang saya menyewa bersama adik di JB. Keluarga berdekatan tapi mahu berdikari gamaknya dua dara bujang ni. Well at least kami dah pandai masak megi guna rice cooker. Itu berdikari bukan?

 

 

 

Thanks for reading si Milly’s! :)

Tuesday, March 5

Aku nak jadi askar

 

 

Aku : Kau makan apa malam ni?

Kau : Weh aku nak jadi askar la.

Aku : Kenapa?

Kau : Nak tolong selamatkan negara. Aku nak bunuh semua orang jahat tu.

Aku : Ada lagi yang lebih layak. Biar diorang berjuang dulu. Kita doakan diorang selamat eh :)

Kau : Ok. Aku makan nasi lauk ayam sambal.

 

=.="

 

*  *  *

 

 

Terbawa bawa isu Sabah yang tengah hangat sekarang. Yang dah pergi kita doakan agar mereka ditempatkan di kalangan golongan yang dimuliakan disisi Allah. Yang masih berjuang kita doakan mereka diberikan kekuatan, diberikan semangat dan sentiasa dilindungi oleh-Nya. InsyaAllah :')

 

Semoga keamanan dan kedaulatan negara Malaysia sentiasa terpelihara dari apa jua kejahatan.

 

Al-fatihah buat pejuang negara yang telah terkorban.

Wednesday, February 27

Makcik makcik..

 

Dialog mereka ;

 

Ada makcik kata macam ni..

Umur dah banyak. Ada boyfriend belum ni? Jangan tunggu lama lama..

 

Atau macam ni..

Kau ni bila lah nak kahwin. Adik kau pun dah ada anak dua orang. Kawan sebaya ramai naek pelamin da. Tinggal kau je tak kahwin kahwin.

 

Atau lebih sadis..

Nak kata takde rupa, lawa comey gebu dah. Tapi kenapa tak lekat lekat jodoh.. Ada saka kot!?

 

=.="

 

 

Tapi lebih sejuk hati dengar kata makcik ni..

Tak payah kahwin awal sangat. Enjoy dulu puas puas. Nanti dah kahwin susah semua nak kena fikir dulu. Nak keluar kena fikir anak anak, suami. Tanggungjawab besar tau!

 

 

 

Berperang dengan perasaan.

Saturday, February 23

Rembau Most Wanted – Waris

 

Baca : Waghih

^^

Another song for/by orang nogori. Enjoy!

 

 

Be proud for where you came from and stay fly
Dats what Im doin!

 

Proud to be Johorian. Proud to be Malaysian! O yeahh.

Anda?

 

# Download MP3

Thursday, February 21

Gua MALAS la letak tajuk..

Assalamualaikum

 

Kalau dah malas apa pun tak jadi bukan? Gua rasa dah lama sangat tak update. Rasa bersalah pulak dengan Nuffnang bila BE sentiasa mashuk sedangkan gua pemalas nak mamp heh heh. Otak rasa sebal. Tak tahu apa nak dicarutkan. Bukan sebab pilihanraya dah dekat. Bukan sebab Fizz Fairuz dah putus tunang. Pun bukan sebab baby ku di lambung orang gaji. Sumpah bukan!

 

Gua cuma malas je.

 

Semalam gua review balik entry lama. Lalu mengutuk dalam hati Ape benda lah aku mengarut. Tak best langsung. Takde info. Ayat cam cipan jatuh longkang'. Kemaen keji mengutuk diri. Masa tu gua baru nak up. Setiap saat gua rasa nak update tapi langsung takde maklumat best. Mengarut je banyak. Slow slow gua klik DELETE. Puas hati. Takde lah anak cucu gua dengan datuknya mengutuk di kemudian hari :D 

 

Dalam mood malas memang gua suka guna lu gua. Malas la nak taip ai =.="

 

Lepas review entry cabuk yang beratus ratus (je) tu dengan malasnya gua re-publish agak agak entry yang gua rasa orang seronok nak baca. Antaranya cerita seram gua dibaling buku sejarah. Lu orang boleh klik link atau skrol ke bawah lepas habis entry ni. Cerita gua ni ada bahagian kedua. Yang ni gua tak re-publish. Sambungan cerita dibaling buku sejarah oleh cikgu sejarah yang garang. Amboi panjang lah pulak :P

 

Sebenarnya gua rindu kat blog ni. Rasa nak peluk peluk je. Disebabkan itu gua up gambar terbaru gua barang sekeping dua. Moga hilang rindu lu orang pada gua. Puihh!

 

DSC00135

DSC00112 

DSC00125

DSC00154

 

Ber-GongXi Fa Cai bersama keluarga di Pantai Klebang, Melaka. Semua tak nak kalah pakai sandal bunga besar trend masa kini. Sanggup naek Mahkota Parade seround dua cari sandal yang serupa. Ibu pun turut serta tapi gua ketua dalam hal ni. Yang warna hitam tu gua punya.

 

Ok lah. Gua dah mula rasa rajin nak pergi mandi ni. Lu orang pergi baca kesah ngeri gua kena baling buku tu dulu okeh! Nanti gua datang balik.

 

Tata.

Wednesday, February 20

Kena Baling Buku Sejarah ! Sakit Beb !!

Assalamualaikum
Bengang tahap bangang seh tadi ! Boleh lak gua tertinggal atm kad kat rumah. Bukan rumah sewa kat KL au, rumah kat Muar nun -_____- hampeh bukan ? Punye la semangat gua buat list barang ape gua nak shopping. Tup tup kad takde dalam wallet. Uiiiyai hilang semua mood shopping !! Lalu gua call ayah..

Me : Ayahku, anakmu perlukan duit :(
Ayah : Ok nanti malam ayah bank in ye
Me : Sekarang tak boleh ke ayahku ? :(
Ayah : Jalan jammed la, Susah cari parking blablabla..
T_________T
Air mate turun lebat
..

..

..

..

..

Hey hey, tak rock la nangis !! Gua hilang mood setengah jam je tadi and ayah pun da bank in duit. yibbaaa !! :DD

[ Back to the topic ]

Gua pernah kena baling buku mase sekolah. Korang ade ? Mesti takde an sebab gua tahu korang semua baek je kat sekolah an an ?? Tak macam gua, baek memang baek tapi silap gua jadi pengawas pulak mase sekolah tu. Mesti korang pelik an kenape gua yang baek and jadi pengawas ni kena baling buku. Seriously gua memang sopan beb mase sekolah. Melawan cakap cekgu sikit pun tak pernah apetah lagi nak calarkan bmw cekgu.

Tapi cekgu sejarah gua ni la, beliau anti dengan pengawas :( Beliau kate pengawas macam bagus bagus, berlagak pakai uniform biru. Kalau dalam kelas tu, mesti beliau attack para pengawas untuk jawab soalan. Nak nak pulak kelas gua kelas yang paling ramai jumlah pengawas iaitu tujuh orang. Seantero kelas memang cuak la kalau time sejarah ni. If ade tugasan bace page sekian sekian, korang WAJIB bace sampai muntah !! At the same time ingat facts yang ade dalam page tu.

Malam before kelas gua mesti check empat-belas kali kerja yang beliau bagi kot kot ade tertinggal or terlepas pandang. Tapi ade satu hari ni gua sengaja tak jawab satu soalan latihan yang beliau bagi sebab sangat sangat tak tahu jawapan ape nak letak. Gua tanye member member and diorang pun tak dapat jawab soalan tu. So gua pun rilex la an, ade gang kena marah nanti hehe. Bile tibe waktu sejarah ketaq jugak lutut gua beb, sambil doa banyak banyak kot kot beliau lupe pasal latihan tu. Tapi doa gua tak termakbul hari tu :(

“ Sape yang tak siap walaupun satu soalan tolong bangun. Bangun!!

Oh, lupe nak inform yang cekgu gua ni memang garang GILER !! (dialog di atas adalah dalam nada yang agak tinggi)

At first gua malas la nak bangun an sebab satu soalan je pun, bukan gua tak buat langsung tapi beliau start pusing pusing pulak kat meja gua. Tu yang gua berdiri jugak sebelum beliau kantoikan gua. Plus, member gua ramai da berdiri. Lebih sepuluh orang jugak la semuanya huhu. Gua tunduk je. Cuak beb cuak !! Tibe tibe..

“ Amylis, nape kamu tak buat ?? Da pandai sangat ??? Kamu ingat kamu pengawas kamu boleh buat ape kamu suke ?? ”

Gua diam. Lalu..beliau pun BALING BUKU SEJARAH kat tangan beliau dari arah depan, tepat ke muke gua !!! (tempat duduk gua second row dari belakang)


Tapi..


Gua berjaye elak (ala ala movie the matrix) and buku tu elok je park kat lantai. Gile kau tak elak, paling koman pun bersepai spec gua mase tu and maybe gua tengah meraba raba taip entry ni sekarang haihhh~ Mujur buku sejarah je, kalau kat tangan beliau mase tu kerusi kayu ?? Korang fikir la sendiri.

Kelas diam. Senyap. Sunyi.


to be continue..
 DSC05267

Nanti gua sambung ok, tungguuu.. :)
Thanx for reading me !



Rindu zaman belajar walaupun sakit :)
Re-publish entry _5th January 2011

Thursday, January 17

Antara

 

Antara dikejar dan mengejar. Aku pilih dikejar..

Antara disayangi dan menyanyangi. Aku pilih disayangi..

Antara sempurna dan saling melengkapi. Aku pilih saling melengkapi..

Antara hamba kerajaan dan buruh swasta. Aku pilih buruh swasta..

Antara tiga tahun dan tiga hari. Aku pilih tiga hari..

Antara kemeja kacak dan uniform kotor. Aku pilih uniform kotor..

Antara tergantung tak bertali dan memandang hadapan. Aku pilih memandang hadapan..

Antara handsome dan kacak. Aku pilih kacak.. (ehh bukan sama ke –.–")

 

 

Ya Allah, tetapkanlah hati hambaMu :)

 

 

# Hati ini tak mudah mencari pengganti cuma hati ini dah luluh disakiti. Mohon faham.

Exchange Link