Showing posts with label Work and WORK. Show all posts
Showing posts with label Work and WORK. Show all posts

Thursday, January 16

Hello readers!

Assalamualaikum..♥

Hai semua penunggu tegar blog si milly's yang dah berabad tak hupdate ni. Macam cliche sangat ayat kan. Ok, terus bagitau alasan mungkin lebih afdhal.

Camni la korang, sebenarnye saya dah terminate broadband. Lepas tu an laptop buat hal maen kelip kelip kalau on lelame. Sakit hati tau tak dapat update diari maya ni. Rasa bersalah dengan diri sendiri sebab pemalas nak usaha lebih gigih.

Bersalah juga kat pembaca senyap yang suka seludup masuk.

-.-"

Memori otak rasa sarat gila dengan info. Macam macam nak update senah oi. Tapi bila tengok laptop je terus rasa layan Ariana Rose lagi bagus. Hari ni bawak ke esok, lusa, minggu depan, bulan depan dan seterusnya tahun depan. Fine!

Senarai perkara untuk di coretkan tidak lama lagi. Hamboi.

• hidup 25 (kenangan 2013)
• produk kecantikan yang cemerlang
• jodoh wechat
• DIY tunang
• anak beranak mengandung
• 11-1-14 ♥!

Ade banyak lagi tapi lupa pulak tibatiba.

Tunggu ye. Nanti saya update dengan gigih dan gagah. Ini pun first attempt guna application blogspot dalam tab. Tah cane ghupe hasilnya nanti haha. Update di hujung jari orang kata..

Macam biasa la sebelum mengundurkan diri, izinkan saya menunjukkan diri setepek kat sini. Kot ada yang rindu nak tengok saya secara sembunyi sembunyi. Nah hambik wak..


Friday, May 17

Kerja Biar Ikhlas – Selamat Hari Guru!

 

AssalamualaikumLove Struck

 

Hai semua orang. Buat apa tu? Semua orang sihat? Dah mengundi? *ehhh* Cover line kemalasan tak update selama sebulan sepuluh hari. Ok fine. Takde siapa pun perasan sebenarnya. Ciss

 

Kerja ofis kira duit keluar masuk je pun penat macam kerja kontrak buat jalan tau tak. Jangan pandang akauntan sebelah mata. Diorang angkat batu kayu (buat jalan pakai kayu?) segala bagai nak siapkan jalanraya, saya tekan kalkulator nambelasratus kali setiap hari nak seimbangkan akaun. Diorang gerakkan bajak (atau JCB tapi bukan GCB Mcd), saya gerakkan tetikus komputer selang lapan saat. Letih tahu!

 

Kalau akaun balance then boleh senyum girang sampai ke telinga. Kalau tak balance alamatnya..

 

Musibah melanda. Crying

 

Pecah otak fikir mana hilangnya tujuhposen. Saat ni paling rasa-nak-tikam-diri-sendiri. Rasa nak keluar duit poket pun ada tambah tujuhposen tadi. Empat jam fikir baru dapat selesaikan masalah. Masa ni jangka hayat otak cuma tinggal 15% sebelum meletop. Kau bayangkan.

 

Tapi kerja tetap kerja an. Itu tanggungjawab. Bonda kata tak baek merungut..

 

* * * **

 

Saya akauntan. Tanggugjawab saya untuk kira dengan tepat, siap justifikasi sesuai untuk setiap sen keluar masuk. Kalau saya pekerja kontrak tanggungjawab saya untuk bina jalanraya yang selamat. Kalau saya doktor, tanggungjawab saya untuk mengubat sakit manusia. Dan kalau saya cekgu, tanggungjawab saya untuk mendidik anak bangsa kenal abc, 123, alifbata dan segala jenis ilmu.

 

SELAMAT HARI GURU

 

Buat semua para pendidik. Cekgu tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, pensyarah matrikulasi, pensyarah universiti semua semua lah. Terima kasih untuk segala ilmu yang dicurahkan. Penat lelah seorang cekgu terubat bila melihat anak muridnya berjaya. Sesungguhnya tanpa cekgu tak wujud akauntan, engineer, doktor, tukang masak, bos, tukang buat jalan kat dunia ni. Jasamu terlalu besar dan akan sentiasa dikenang CEKGU! Juga teristimewa buat cekgu gula hati saya suatu masa dahulu dengan ucapan bila nak update blog? Dah bersawang gamaknya tu haa.

 

Btw, nak baca kesah saya dan zaman persekolahan? Jomm.

 

# Kisah Dahulu Kala I – Budak gemok

# Kisah Dahulu Kala II – Cinta Monyet?

# Kisah Dahulu Kala III - Kantoi

# Kisah Buku Sejarah 

# Kisah Buku Sejarah II

 

* * * **

 

Orang kata apa pun kerja yang kita buat mesti kena buat dengan ikhlas baru lah rezeki tu berkat. Alhamdulillah dah setahun memegang tugas dalam bidang kewangan ni, dah mula faham apa sebenarnya kerja yang saya tengah buat hehe. Hantar tugas mengikut dateline. Bila kita gembira dengan kerja kita, insyaAllah orang laen pun akan puas hati dengan hasil yang kita bagi. Ini baru lah terbaek :)

 

DSC00173 # bos saya cute kan? Heh heh

 

 

Thanks for reading!

Tuesday, September 25

"Alah Bisa Tegal Biasa" Elehh macam tak biase!

 

DSC09061

DSC09062

Tajamkan ilmu matematik anda sekarang. Keluarkan kalkulator sempoa pun boleh dan kira perbezaan jarak di atas. Dah dapat? Yaaa itulah jarak perjalanan pergi balik ke tempat kerja saya setiap hari. Tak lah jauh sangat kannn –.–"

 

Alah bisa tegal biasa orang kata. Orang laen yang kata la. Saya pula kata pinggang bisa macam tak biase! Disebabkan jarak yang jauh dan memikirkan disiplin ke-punctual-an yang terbaek saya memandu seperti berlumba setiap hari. Laju tahap nak terbang. Ok 120 km/j adalah sudah amat laju bagi saya seorang-pemandu-berhemah sila faham.

 

Ehh kira cukup laju la tu kann ke cane? Lepas tu drive macam bagus stay kat lorong kanan sambil nyanyi nyanyi lagu Jerrypah. Bila ada kereta dalam kategori bagai-dikejar-hanji*g follow rapat mula buat muka spoiled rasa macam dah laju dah. Padahal diorang pakai Shell bagaikan memandu Ferrari kottt patutlah laju.. I pakai i-10 je. Err takde kaitan .

 

Memang setiap pagi akan ada kes macam ni. Entah nak kejar hape.. Belum masuk lagi kes tetiba tukar lorong tak reti bagi signal. Tak pun kereta enjin turbo yang kuat nak mamp tetiba elok je berdesup kat depan kita. Tak berderau darah jap. Fishcake sungguh! Patut-lah Malaysia dalam ranking negara paling tak sopan di dunia alahaii..

 

*  *  *  *  *

 

DSC08695

Ok motif letak gambar sopan? Haha sebenarnya celoteh panjang berjela nak share niat keluar mencari rezeki tu. Biar jauh beribu batu, biar dipotong kejam oleh driver-rempit sekalipun yang penting niat/nawaitu kite. 'Cekgu' saya kata sebelum keluar pergi kerja kena niat dulu..

 

Sahaja aku keluar mencari rezeki kerana Allah Taala..

 

Atau pun boleh baca doa ini, Doa Murah Rezeki (Solat Dhuha)

image

Ya Allah Ya Tuhanku. Jika rezekiku berda di atas langit maka turunkanlah ia. Dan jika berada di dalam perut Bumi maka keluarkanlah ia. Dan jika sukar maka mudahkanlah ia. Jika haram maka sucikanlah ia. Jika masih jauh maka dekatkanlah ia.

Ya Allah limpahkanlah kepada kami rezeki sepertimana yang telah engkau limpahkan kepada hamba hambaMu yang soleh..

 

Tips dan petua dipermurahkan rezeki :

# Jangan sesekali lupa menunaikan ibadah kepada Allah SWT

# Banyakkan istighfar

# Tinggalkan perbuatan dosa

# Berzikir dan sentiasa ingat Allah SWT

# Berbakti dan mendoakan ibu bapa

# Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

# Tunaikan hajat orang lain

# Banyakkan berselawat

# Buat banyak amal kebajikan

# Bangun pagi awal

## Dan banyak lagi.. Teruskan baca di SINI

 

Moga dipermudahkan setiap urusan, dilapangkan jalan dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah.

 

Ok dah nak tidur esok nak berlumba lagi Big Grin

Jangan lupa niat esok ye. Assalamualaikum.

 

LIKE meh!

Exchange Link