Tuesday, November 13

Dosa 24 Jam !

 

Assalamualaikum

 

Hari ni entry ber-mood saya awak. Ada orang bertanya kenapa saya tak suka upload gambar atau album dalam mukabuku. Kenapa ada gambar profil je. Atau selalunya saya dapat pesanan seperti ini 'Awak jangan lupa masuk fb. Tag taww !' Saya senyum lalu berkata 'Err saya dalam kategori tak-upload-gambar-di-mukabuku harap maaf'.

 

Perbualan habis disitu. Mungkin ada yang kata saya sombong tak share gambar. Mungkin ada yang kata saya kolot tak reti upload. Mungkin ada yang terus taknak kawan saya (over-kau!) dan mungkin ada yang memang faham prinsip saya.

 

Yup prinsip saya selepas menonton satu video yang memberikan kesan besar dalam hidup and mukabuku saya. Lepas tengok video tu saya terus delete semua gambar sebab dulu dulu saya pun macam awak semua jugak. Pantang ada gambar baru laju je nak tempek kat mukabuku nun. Gambar shopping kat TS satu album. Gambar hang-out dengan family satu album. Gambar pergi kursus satu album. Naif. Atau jakun? =.='

 

Ehh jap. Awak semua jangan terasa pulak. Meh tengok dulu video yang saya maksudkan.

 

 

Sekarang dah faham? Sedikit sebanyak boleh dikatakan saya tersentap dengan video ni. Sudah lah pahala tak banyak mana. Takkan nak biarkan rekod dosa meningkat tanpa kita sedar. Saya bukan lah ustazah atau pendakwah, kadang kadang leka juga keluar rumah periksa kesihatan baby (kereta saya) tanpa tudung kat kepala. Cuma orang kata ape yang mampu kita kawal atau elak, elok lah kita elak kan.

 

Saya memang takkan upload banyak gambar kat mukabuku tetapi di blog, itu pun masih dalam kawalan (sila fahamkan ayat ini betul betul). Bukan semua gambar perlu dijadikan tontonan umum. Manusia dekat luar sana ada macam macam perangai, ada yang baek ada yang syaiton (sinonim kepada jahat). Ini je lah perkara mudah yang mampu saya lakukan untuk elakkan meter dosa terus meningkat hebat. 

 

Niat saya cuma untuk berkongsi kebaikan yang saya dapat dari mukabuku dengan para pengguna mukabuka sekalian. Awak semua lah tu ! Buat tak faham pulak. Ohh ye zaman sekarang ni senang je nak dapat pahala tapi lagi senang nak kumpul dosa. Sekali lagi saya nak cakap, apa yang mampu kita elak elok lah kita elak. InsyaAllah DIA maha mengetahui segalanya. Boleh jugak tengok ulasan Ustaz Azhar Idrus dalam video ini.

 

 

Ternyata mukabuku juga ada faedah dan keburukannya. Entry berkaitan klik SINI.

Rasa lega dapat berkongsi, Alhamdulillah :)

 

 

Tak berdosa kalau LIKE entry ini ! ^^

Monday, November 5

My Bestfriend’s Wedding

 

Assalamualaikum

 

Hi friends. Lately ramai kawan I yang naek pelamin. Masing masing ambik kesempatan cuti yang ada untuk langsungkan hari bahagia diorang. I pun bahagia jugak. Bahagia tengok kawan kawan bernikah berarak bersanding ber-photoshoot. Kemaen kann. Sambil tu ambik pengalaman dan pengetahuan berguna untuk majlis sendiri nanti. Hoiii yang ni lagi lah kemaennnn-kau-berangan!

 

Ok dah. Bukan angan angan I yang nak diceritakan tapi ini entry khas buat kawan baek I..

 

Nur ‘Atiqah Ismail (Pika)

&

Mohammad Taufik Hassan

 

Pasangan bahagia ni bersama sejak lepas SPM. So diorang ni bercinta dah tujuh tahun. TUJUH TAHUN okay! (Haku ni setahun pun susah HAHA). We’re in the same secondary school. Taufik and I was a prefect during that time and Pika was my classmates. She’s also my one and only friend at Muar. Nak ajak lepak sambil makan ABC, shopping tak hengat kat Giant, bergosip pasal boyfriend, study akaun sebelum interview kerja semua I akan cari dia :)

 

So as an honour of our relationship, she’s inviting me to become her bridesmaid. So suweeett! Ok dah jom layan gambar nikah (25th Oct) dan sepanjang majlis persandingan. Sebelah perempuan di Tangkak (27th Oct) dan sebelah lelaki di Melaka (28th Oct).

 

05

DSC09467

DSC09478

1# Sesi batal air sembahyang. Sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.  2# Orang kata diorang ni macam baru berumur 18 tahun. Comel kann.  3# Accountants and auditors in major. Masing masing kemaen lawa! 

 

DSC09491

 DSC09495

DSC09476 

4# The happening guys kacau pengantin makan biadap beradap.  5# Ambik berkat lalu bawah gerbang banyak kali. Nanti cepat sikit kahwin kononnya.  6# This is Nad my another bestfriend. Ohh lupa. She’s available!

 

03

01

02

1# Nampak tak pengapit yang tak semengah tu. Senyum kemaen kalah pengantin aihh.  2# Barbie Doll sangat! Ini jelah satu satunya gambar bersama.  3# Sesi tangkap bunga pengantin siapa dapat dia kahwin dulu. Ok adik pengantin menang –.–"

 

 

Majlis sebelah perempuan I attend as a guest, so banyak la dapat snap pictures. At the other side I’m the bridesmaid. Yang ada kat tangan cuma my old-sony plus kekurang-pandaian diri sendiri yang lupa cas kamera on the night before. Battery totally flat. That’s why ade gambar yang takde watermark. Hehe itu gambar curi dari pengantin dan photographer. Trimas!

 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Pengantin pun dah selamat pergi dan balik ber-honeymoon :) I wish both of you, Pika dan Taufik kekal bahagia bersama hingga ke akhir hayat. Hingga ke syurga InsyaAllah. Selamat menjalani hidup berumahtangga. Tak sabar nak jadi aunty! Hehe

 

Happy Wedding Day my Dear ! Have a bless and blast future together forever. Aminnn.

 

 

 DSC09507

Rase tak lengkap tak tepek gambar sendiri HAHA. Ini sewaktu hari menjadi pengapit. Baju kurung moden polkadot pinjam along. Tudung bawal dengan gaya hentam-sajelah-labu. Mekap adalah mekap harian. Dan itu baby (kereta) saya!

 

Ok bye.

 

 

p/s: Next entry; 15 Cara Jimat Kos Kahwin.

Dah baca sila LIKE :)

Exchange Link