Assalamualaikum
Hari ni entry ber-mood saya awak. Ada orang bertanya kenapa saya tak suka upload gambar atau album dalam mukabuku. Kenapa ada gambar profil je. Atau selalunya saya dapat pesanan seperti ini 'Awak jangan lupa masuk fb. Tag taww !' Saya senyum lalu berkata 'Err saya dalam kategori tak-upload-gambar-di-mukabuku harap maaf'.
Perbualan habis disitu. Mungkin ada yang kata saya sombong tak share gambar. Mungkin ada yang kata saya kolot tak reti upload. Mungkin ada yang terus taknak kawan saya (over-kau!) dan mungkin ada yang memang faham prinsip saya.
Yup prinsip saya selepas menonton satu video yang memberikan kesan besar dalam hidup and mukabuku saya. Lepas tengok video tu saya terus delete semua gambar sebab dulu dulu saya pun macam awak semua jugak. Pantang ada gambar baru laju je nak tempek kat mukabuku nun. Gambar shopping kat TS satu album. Gambar hang-out dengan family satu album. Gambar pergi kursus satu album. Naif. Atau jakun? =.='
Ehh jap. Awak semua jangan terasa pulak. Meh tengok dulu video yang saya maksudkan.
Sekarang dah faham? Sedikit sebanyak boleh dikatakan saya tersentap dengan video ni. Sudah lah pahala tak banyak mana. Takkan nak biarkan rekod dosa meningkat tanpa kita sedar. Saya bukan lah ustazah atau pendakwah, kadang kadang leka juga keluar rumah periksa kesihatan baby (kereta saya) tanpa tudung kat kepala. Cuma orang kata ape yang mampu kita kawal atau elak, elok lah kita elak kan.
Saya memang takkan upload banyak gambar kat mukabuku tetapi di blog, itu pun masih dalam kawalan (sila fahamkan ayat ini betul betul). Bukan semua gambar perlu dijadikan tontonan umum. Manusia dekat luar sana ada macam macam perangai, ada yang baek ada yang syaiton (sinonim kepada jahat). Ini je lah perkara mudah yang mampu saya lakukan untuk elakkan meter dosa terus meningkat hebat.
Niat saya cuma untuk berkongsi kebaikan yang saya dapat dari mukabuku dengan para pengguna mukabuka sekalian. Awak semua lah tu ! Buat tak faham pulak. Ohh ye zaman sekarang ni senang je nak dapat pahala tapi lagi senang nak kumpul dosa. Sekali lagi saya nak cakap, apa yang mampu kita elak elok lah kita elak. InsyaAllah DIA maha mengetahui segalanya. Boleh jugak tengok ulasan Ustaz Azhar Idrus dalam video ini.
Ternyata mukabuku juga ada faedah dan keburukannya. Entry berkaitan klik SINI.
Rasa lega dapat berkongsi, Alhamdulillah :)
Tak berdosa kalau LIKE entry ini ! ^^
4 comments:
perkongsian yang baik molly. kadang benda itu ada diepan mata, cuma kita sahaja tak nampak. salam kenal.
that is why until now i have no fb..
ade blog pun macam dah nak jadi gile..
lagilah fb..
tp alhamdulillah masih dapat kawal perkongsian gambar yang tak sepatutnya dijadikan tatapan umum.
@محمد رازيق
Trimas ! Salam kenal juga :)
@asliner
Milly sekadar berkongsi. Bagus la awak hindar ape yg mampu kan :)
Post a Comment