Thursday, May 31

Die ade.. Kau ade?

 

image

image

Siapa bijak boleh bagitau ape perbezaan yang amat amat ketara antara Fatin Liyana dan Milly Molly?

 

Takpe lah biar I jawab sendiri. Dia ade 170 viewers at one time and the numbers keep increase. Blog yang pink kalerful kalerful tu cuma ade 1 viewer at EVERY TIME! Sigh

 

Motif : Nak jadi macam beliau. Ceh dan dan beliau anTongue

 

 

 

Camne haku tak cemburukan dia neh =.='

LIKE Fatin Liyana, LIKE Milly sekali, boleh tak?

Monday, May 28

Saya kerja KILANG je ^^

 

Assalamualaikum

 

Lately post pasal gosip retis je sampai terlupa nak story perihal diri sendiri. Hamboi perihal lah sangat an Hehe! FYI I am now an account assistant di ATA Group of Companies yang bertempat di Tampoi, Johor Bahru. I stay with my mum and drive to work.

 

Eleh itu pun nak bagitau! Cowboy

 

*  *  *

 

Done with my internship di Melaka I stay at Muar with ayahanda tersayang sambil bersenang lenang menonton Phineas and Ferbs. Padahal dalam hati melonjak lonjak keinginan untuk cari duit sendiri. Yelah takkan nak beli deodorant pun nak mintak duit ayahanda an. Malu kot!

 

Maka dengan niat yang suci lagi murni itu I diterima bekerja di Butik DYS. Butik yang menjual pakaian like baju kurung, shirt, blause, shawl etc. etc. Memang seronok lah mencuci mata time stok barang baru masuk. Laju laju booking baju yang cun, cukup bulan tolak gaji. Indah! (Picture : With Salbiah at DYS)

 

DSC08176

 

Working environment best sebab ramai kawan sekeliling. Awalnya terkial kial menghafal harga baju, kejar target sales bagai but after two weeks everything just at finger tips ehemm! Terus jadikan butik seperti milik sendiri. Extra-indah! Selepas dua bulan bertahan dengan gaji yang agak ciput maka berubah hangin untuk mencari pekerjaan lain di JB.

 

*  *  *

 

Dapat call hadiri tiga temuduga. Alhamdulillah rezeki tapi semuanya di JB. Menguatkan lagi alasan untuk meninggalkan ayahanda tersayang :'(

 

1- Shipping Company. Too low salary - REJECT

2 – Consultant Firm, somewhere in Menara Landmark. Too far from home - REJECT

3 – ATA Group of Companies. Engineering Factory. Just nice - ACCEPT

 

DSC08389

 

I’m handling one of the company’s branch accounts, called JABCO FILTER SYSTEMS. That means I am responsible to all the things (account) related to this small company/factory. Quite tough but so far in control lah. (Picture : My place with open-office-concept)

 

*  *  *

 

Segelintir orang berkata graduan masih menganggur kebanyakannya sebab terlalu memilih kerja. Sebenarnya kami memilih kerja untuk masa depan yang cerah. Kalau selamanya berada di takuk bawahan sampai bila pun takkan maju an. That’s why kena bijak memilih dari awal awal lagi supaya tak menyesal di kemudian hari.

 

Yang graduan pun nak memilih hagak hagak sikit. Ukur baju di badan sendiri, jangan nak hidung tinggi sangat. Hamboi kemaen hebat lagi tatabahasa haku malam ni Hikhik.

 

Dah! Nak tidur. Esok an kerja Sleepy

 

DSC08349

Saya kerja KILANG je. Tata!

 

 

LIKE and COMMENT meh!

Sunday, May 27

Fatin Liyana – Covergirl Eternity

 

Assalamualaikum.

 

Haa siapa tak kenal FL (Fatin Liyana) baek angkat tangan cepat. Meh I kenalkan beliau kat you alls. Budak kecik ni kan (sebab beliau baru 22 tahun, I kan dah 24 =.=') sangat famous dah sekarang. Honestly I bersemangat waja untuk berbelog after terbaca blog bidak kecik ni la. Blog yang simple, sempoi tapi sangat best. Banyak info and boleh cuci mata tengok gambar gambar cantek beliau.

 

Baru baru ni beliau jadi covergirl majalah. Untunglah orang famous :)

 

 

See! Cantek sangat an? an? an?

 

Beauty with brain

 

Words to describe her. Yeah totally correct! Seorang blogger terkenal and bakal doktor yang berjaya. Siapa sangka an dari penulisan harian yang bersahaja boleh dapat anugerah bagai. Bukan calang calang anugerah pulak tu. Kalau I jadi beliau mahu tidak buat kenduri kesyukuran sebab dapat anugerah best blogger ke best writer ke. Errkk lepas tu sekampung baca blog I. Strategi yang hebat bukan?

 

Ok dah mengarut. I blogger tepi jalan je pun =.="

 

 

 

Nak baca majalah Eternity with FL as the covergirl sila klik link di bawah.

ETERNITY

 

 

Happy reading people!

Jangan lupa klik iklan I taw, nak kumpul duet kahwin ni Blushing

 

 

 

p/s: Pernah cemburukan FL ni sampai tak nak baca blog beliau. Tapi 2 jam lepas tu bace balik. Tah hape hape je perangai haku..

Siapa LIKE dapat hug!Big Hug

#2 Picture Tells A Story : Celak vs Pucat

 

Assalamualaikum

SAM_3064

 

Gambar muka suci plus mata sembab ni taken almost three years ago when I went for Broga Hill’s hiking. Sumpah cantek weh tempat ni. Rasa berbaloi penat lelah mendaki bila sampai puncak bukit. Tak. I tak sampai puncak pun kaki bukit je. Semput you alls! Nak tengok gambar lagi klik ENTRY INI.

 

Ok gambar ni sebenarnya nak story about how and when I start to use/apply celak. FYI celak adalah antara barang mekap yang paling paling wajib I pakai. Tertinggal lip balm or foundation takpe lagi. Jangan celak. Habis semua orang akan tanya I 'Awak demam ke.. Nampak pucat je' Hampeh!

 

 

Bila mula pakai?

In year 2008, I joined Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan (PROSPEK) anjuran Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya. Projek ni memerlukan ahli untuk travel all over the world Malaysia untuk memberi halatuju pendidikan dekat adik adik lepasan SPM or STPM. Lebih kurang camtu la. Korang tau je lah kalau dah nama program sekolah, takkan nak start tengahari buta an. Mesti lah kena start awal awal pagi. Set up technical, dewan, modul bagai. 

 

So dari situ lah I start pakai celak. Macam takde kaitan je an? Hehe actually sebab nak cover mata bengkak la sebab tidur lambat dan bangun awal. Itu pun I pinjam member punya celak and eyeshadow. Then (nak bagi kuat lagi reason) ade lak senior tegur ‘Eh cantek la mata u. Camne u buat ek..' Konon konon cam bangga and termotivasi terus nak pakai lagi dan lagi. Sampai lah sekarang. Poyo je!

 

 

Motif pakai?

Orang kata pakai celak ikut sunnah Nabi. Even lelaki or perempuan yang pakai celak hukumnya harus tahu? InsyaAllah terdetik juga niat pakai tu untuk mengikut sunnah. Selaen tu memang untuk cover mata sembab or muka pucat. Kebaikan memakai celak selaen hukumnya harus, celak juga boleh menyihatkan mata, membersihkan pandangan dan menyinar cahaya mata.

 

Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)

 

 

Jenama celak?

Masa mula mula menggedik nak pakai celak dulu I beli yang ada brand like Silky Girl and In 2 It. Silky Girl pencil eyeliner sangat oke, warna pekat and senang pakai cuma harga agak mahal. Yang In 2 It I beli roll-on eyeliner. Pun sangat best. Cuma cepat gila habis tak padan dengan harga yang mahal. So untuk lebih berjimat..

 

I pakai yang takde jenama. Beli kat Mydin, 12 batang baru RM5 you alls. Kau tengok how kedekut haku?! Guna yang murah pun oke what. Asalkan warna gelap, tahan lama and senang cuci. Lepas agih agih untuk bonda dan adik beradik sekarang ni ada lagi 5 batang. Jimat stok setahun Hehe!

 

*  *  *

 

Orang kata neutral/semulajadi itu lebih cantik. Takde mekap tebal takde gincu merah takde celak hitam. Fakta tu memang sangat betul lah bagi perempuan yang dah memang asli cantek cun melecun. Dah kalau orang tu neutral buruk tapi dengan mekap baru cantek bukankah lebih elok dia bermekap? Hihi Ini fakta I buat sendiri untuk diri sendiri. Siyesly I nampak 'demam' tanpa mekap especially celak.

 

So cakap lah ape pun. I nak mekap jugak tak kira.

I heart my eyes taw!Batting Eyelashes

 

DSC08410

 

Nampak kan perbezaan dua gambar di atas. Patut lah soalan 'Awak demam ke.. Nampak pucat je' ni keluar dari mulut orang-ramai-lah-sangat. Sekarang da faham. Dah boleh habiskan entry yang terlebih panjang ni and gosok baju untuk bekerja di esok hari. 

 

Ok you alls. Have a great Sunday!

Take care.

 

 

 

Jemput baca entry Milly Molly zaman dahulu kala juga ye..Love Struck

LIKE and COMMENT meh!

Saturday, May 26

Lisa Surihani Dah Berisi?

 

Ehemm! Dah ade baby ke?? Mesti ramai tak sabar nak tengok Yusry and Lisa ade baby sendiri an. Lisa Surihani mengandung peghh confirm COMEL GILE! *pandang atas sambil bayangkan* Anak diorang nanti pun mesti kiut miut je. Alahai untung lah. Untung apekah?? Untung menjadi anak kepada Lisa Surihani dan Yusri lah-kot. Hehe

 

 

Ok dah. Takyah nak bayangkan sangat sebab Lisa cuma berisi bukan dah ada isi. Faham tak? Baca ni..

 

“Ramai yang tegur penampilan Lisa sekarang yang agak berisi sedikit. Tidak dinafikan, selepas berkahwin, berat Lisa dah naik iaitu dari 46 ke 50kilogram sekarang. Alhamdulillah, sama juga seperti kehidupan orang lain selepas berkahwin, Lisa bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang,” ujar Lisa memberitahu tanggal 23 Mei lalu genap 3 bulan usia perkahwinan mereka.

“Ia satu proses yang sangat seronok. Walaupun sibuk, namun masing-masing saling memahami sebab dalam satu industri. Kami merancang masa dan walau sesibuk manapun, kami akan tetap berusaha untuk luangkan masa bersama-sama..

 

 

Berisi sebab hati senang. Dah kahwin sentiasa ada yang jaga, ada yang ambil berat, ada yang teman. Cukup makan, cukup tidur, cukup kasih sayang, cukup semua lah. No wonder la berisi sikit. Ok lah tu an :)

 

Suweeet!

 

Jadi bagi yang tak sabar nak tengok Lisa mengandung tu perlu lah bersabar ye. Atau pun korang pergi tengok Fasha Sandha! Haaa. Fasha kan dah ada isi yang kemaen-laju-kau-mengandung tu you alls. LOL!

 

Have a blast and bless Saturday peoples!Wave

 

 

 

Sumber

Tumblr #5 : Stupid-thing

 

If you don’t do stupid thing when you’re young, you have nothing to smile about when you’re old..

Yuna & Qi

 

I suka hubungan diorang ni. Simple! Comel! Walaupun masing masing jauh nak mamp. 

 

 

Qi kata..

"Once per day mesti kena contact walau busy mane pun.."

 

Love StruckLove StruckLove Struck

#Hamboi sampai tiga!

 

 

Sweet-lah. Nak mencontohi boleh tak? Diorang ni sorang kat Malaysia, sorang kat overseas. I pulak sorang utara sorang selatan. Elok sangat la an Hehe!

 

Artis sekarang dah tak maen jawab 'no komen' kalau ditanya pasal hubungan. Jawapan tu ibarat meminta pelempang sahaja. Direct je mengaku lagi senang bukan? Kalau ada jodoh takkan ke mana..

 

Ok Yuna and Qi, hope berkekalan hingga ke jinjang pelamin and ke akhir hayat!

 

 

*  *  *

 

 

Long distance relationship. Yang penting jujur, setia and percaya. InsyaAllah :)

 

ILY boyfriend!

Wednesday, May 23

Alhamdulillah.. Rejab

 

Doa 

Tarikh bulan Rejab 2012 jatuh pada hari Selasa bermula 1 Rejab. Jadi malam (Isnin) 21 Mei 2012 adalah malam 1 Rejab.
Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.


Umat Islam digalakkan supaya berdoa Istighfar pada malam 1 Rejab. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa dan juga makbulkan doa pada malam tersebut.

 

 

*  *  *

 

 

Maaf lambat share maklumat. Tapi sepanjang Rejab ni ambil-lah peluang untuk tambahkan lagi pahala, tingkatkan amal ibadat and rajin rajin-lah berpuasa sunat. InsyaAllah :)

 

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan Rejab:

  • Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
  • Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
  • Puasa 1 hari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).
  • Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  • Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
  • Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  • Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
  • Puasa 15 hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.
  • Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
  • Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
  • Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

 

  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

 

Allahuakbar!

 

 

*  *  *

 

 

Ya Allah, alhamdulillah atas kedatangan bulan rahmat-Mu. Moga diterima segala amalanku kerana hamba-Mu ini sudah mula rindukan Ramadhan. Harap masih ada lagi kesempatan untuk ku menjalani ibadah puasa dan menghayati keindahan Ramadhan-Mu. Aminn

 

Assalamualaikum dan selamat beramal semua Happy

DSC08412 During Aidil’s Wedding – Next entry!

 

 

SHARE, COMMENT, LIKE?

Monday, May 14

Jiwa Jiwa..

 

Selagi ada waktu.. Selagi ada rindu..

Biar beribu batu.. Ingin aku bertemu..

 

DSC08197 

 

Ecehh asal malam je perasaan jiwa jiwa datang an. Gatai!

Dekat tiga bulan dah. Orang normal mane yang tak rindu der..

Cepat-lah hujung bulan!

 

 

 

Rindu buah hati tapi letak gambar sendiri. Motif??

Abaikan-lah. Hehe!

 

Have a good day peoples! Love Struck

 

Mohd Najibuddin Aris, ILY!

Friday, May 11

#1 Picture Tells A Story : I’m Not That Sincere..

 

Assalamualaikum

DSC07619

 

After six months mengerjakan tanaman cendawan Pak Abu (intern) di Melaka, I nekad untuk melegakan penat lelah di pulau or pantai. Right on the time a friend invite me to join him and friends to Pulau Pangkor for three days. Everything will be on him. Memang terbaek la an!

 

Kat Pangkor I terjumpa Azizi (gambar). He’s using a wheelchair because of an accident two years ago and he’s fully-handicapped! He’s brain damaged, tak boleh bangun, berjalan or even bercakap dengan sempurna.

 

Masa tu I berjalan tepi pantai sorang sorang sambil snap gambar sementara tunggu member bersiap untuk dinner. Then I nampak Azizi like senyum and lambai-tangan-secara-lemah (faham tak?) I pun pergi kat dia konon konon macam simpati sebab I dengar dia cakap 'nak…gambar...gak...' That time I was like 'apa salahnya an takkan orang cakap aku nak menggatal lak, he’s on wheelchair..'

 

Kami berborak agak panjang pasal belajar, family. And slow slow dia cerita pasal ditinggalkan gf after bergelar OKU. He ask me.. 'Kalau..Amy..ada bf..cacat..cam..Zizi, Amy…tinggalkan dia tak..?'

 

I diam dua minit fikirkan jawapan sesuai. 'Tak. Amy jaga dia :)' He smile..

 

*  *  *

 

Sebenarnya jauh kat sudut hati ni terdetik sanggup ke aku sabar menjaga orang kurang upaya where I need to handle like every single thing? Mampu ke aku tahan fizikal dan mental? Boleh ke aku jadi pempuan yang takde sosial life nanti? Sanggup ke aku hidup sampai akhir hayat dengan dia?

 

Tak. Jujur I tak seikhlas itu. I tak mampu ikhlaskan diri, yang datang cuma perasaan simpati. Kejam bukan? Mungkin perkara macam ni belum pernah terjadi dalam hidup I so I donno how it’s looks, how it’s like. How terrible or how sweet it will be. I pernah tengok sahabat yang berkawan baek dengan sahabat laen yang buta. I pernah tengok my step-mum menjaga atuk yang dah uzur. Subhanallah mulianya hati mereka..

 

But at least I da buat Azizi tersenyum kan..

 

*  *  *

 

I tinggalkan Azizi after his parent back from keropok-shopping. He’s like sooo hard to let me go.. 'Janganlah pergi.. Amy..nak..kahwin dengan..Zizi tak?' Ahh sudah soalan cepumas! I just senyum and walk along with friends.. 'Nanti kita jumpa lagi ok..'

 

While having dinner I nampak Azizi lalu and Azizul (his brother) sempat tunjuk I kat abangnya. Tapi Azizi takde respon, tak segembira macam kami berborak 15minit sebelum tu. Sebab dia dah lupa. He has a short-term-memory. Tak mampu ingat banyak benda. Even masa rancak bercerita tadi pun 5 minit sekali dia akan tanya nama I. Kesian dia..

 

Sweet Azizi, moga kamu cepat sembuh ya. Kuatkan semangat. Nanti kita boleh jumpa lagi, InsyaAllah.

 

 

BTW nama saya Amy :')

 

*  *  *

 

 

Video inspirasi : Seorang ibu yang sangat ikhlas menerima keadaan anaknya. Selamat menonton!

Good night peoples..

 

 

 

LIKE and COMMENT meh!

Sunday, May 6

Hello Kitty Hotel !

 

Kau tenggok aku dah terminat menatang ni. Cehh! Baru selang satu entry dah post lagi..

Kali ni Hotel bertemakan Hello Kitty. Tak perlu berangan nak pergi sangat ye kat Malaysia takde. Hotel ni kat Maison 140, Beverly Hills. Dah jom tengok gambar..

 

Eh over taw siap nak pakai kostum bagai budak ni!

 

Comel you alls. Rase macam tak nak check out je kalau dah masuk. Lepas tu dapat bil panjang berjela hambik-kau! I baru perasan you alls menatang ni memang comel hikhik. Gebu je pipi dia. Pink je ribbon dia. Errr motif??

 

Just setakat ni I belum buat perangai gila lagi nak mengumpul bagai. Takkan kot…

 

Takkan-lah..

 

An? An?

 

Ok bye! Sleepy

 

 

Sumber

Suke Hello Kitty? Meh LIKE

Exchange Link