Showing posts with label LOVE story. Show all posts
Showing posts with label LOVE story. Show all posts

Saturday, February 8

DIY Tunang : Hantaran & Goodies (Part 1)

Assalamualaikum..♥


Dulu kekecik selalu berangan bila dah besar nanti nak kahwin macam princess jalan sambil seret kaen. Nak buat kad kahwin sendiri, hantaran, pelamin. Nak isi goodies dengan jajan banyak banyak. Malam sebelum nikah nak pakai inai sambil gosip hal hal bujang buat kali terakhir.


Hoi! Seronok okay.


Semua benda rasa nak DIY je. Kurang sikit belanja. Bukan apa cuma nak rasa pengalaman susah senang sebelum majlis. Lebih lebih lagi kalau hasilnya tiptop! Tersenyum puas sepanjang majlis :)





Alhamdulillah majlis pertunangan saya pada 11 Januari berjalan lancar. Semua teratur seperti yang dirancang. Especially part pelamin dan hantaran DIY kami. Still standing greatly to the last. Bertunang, berkahwin sekali je seumur hidup. So make it the best!


Untuk majlis tunang hari tu saya utamakan hantaran, goodies tetamu dan pelamin. Kedua baru fikir pasal baju, tudung dan mekap. Ketiga benda kecil like bunga tangan (hand bouquet), jamuan makan dan belanja perjalanan. Hmm nampak macam sikit bukan? Padahal pecah kepala jugak handle semua ni. Sobs sobs.


Segala persediaan saya mulakan 2 bulan sebelum.


Mulakan dengan kumpul maklumat thru google and magazine like pengantin, hijab etc. Tengok dari segi segala perkara, so senang nak generate idea kreatif korang nanti. Seriously idea pelamin, hantaran and decoration saya datang dari sumber di atas almost 60%. First, cincin pertunangan dan duit tanda.





Beli lilin kat hinode, toreh sikit ikut saiz cincin dan sapu minyak masak untuk elakkan lilin merekah. Untuk duit tanda pulak, terfikir untuk jadikan origami tapi haiwan apakah? Tanya pakcik google then terjumpa video origami ramarama. Memang terbaek, tak susah nak buat dia.





Bila dah seronok buat set cincin, baru datang semangat nak buat yang laen hehe. Saya decide untuk buatkan hantaran dari pihak lelaki sekali (pink) senang sekali jalan. Hantaran dari pihak kami pulak warna hijau. 7 dulang berbalas 5. Antara barang hantaran kami sireh junjung, set barang, kek, buah, coklat dan baju.





Dari segi goodies tetamu pulak kami decide untuk bagi foods instead of barangan. Anggarkan berapa orang yang akan datang then mulakan dari penyediaan beg/bekas goodies. Lepas tu pilih jajan yang agak sesuai untuk dewasa dan budak budak. Google je design untuk 'beg kertas wafel' dan tadaa.





Saya tak deco sangat la just tambah reben ikut tema warna and tulis nama kami, date. Tak nak nampak sarat sebab isi dah cukup berat haha. Ooh ye, sebelum terlupa saya alas 'beg wafel' sebelah dalamnya dengan kertas keras. Untuk jimat, saya recycle kalendar :) Isi goodies dengan gugula, jelly, air kotak dan apollo.


Majlis makan sepenuhnya dihandle oleh ayahanda dari segi menu, tempat dan meja kerusi segala. Saya bank in duit je hehe. Menu nasi ayam penyet dan venue untuk makan adalah di bengkel perabot ayah yang boleh memuatkan 50 orang at one time.





Total perbelanjan;

Hantaran (kecuali cincin) - 862
Goodies - 169
Jamuan makan - 350


Selagi boleh kurangkan perbelanjaan, adalah afdhal untuk dikurangkan. Cuba gunakan barang sedia ada atau recycle. Lets be creative peoples! :)


Bersambung... Dengan sesuatu yang kami rasa agak menyesal di next entry! Bai..♥



posted from Bloggeroid

Friday, January 31

Virus otak!

Assalamualaikum.. ♥


Ini kesah lama. Aku dan seorang lelaki dulu. Dia juga blogger dan sebenarnye medium ni lah pucuk perkenalan. Indah.


Seorang pelajar maktab dan seorang pelajar uni. Masa terluang dulunya cuma mengarang. Paling rajin pun ke tesco sebelah beli barang dapur.


Mula dari tinggalkan komen semangat buat si budak maktab yang putus cinta. Bajet good good jiwa kental lah sangat. Bukan apa cuma tertarik dengan hasil karangan tuan tanah. Berisi dan mantap. Kalau matlutfi hebat dengan isi videonya, dia hebat dengan tulisannya.


Berpindah ke yahoo mesenger (YM), facebook dan akhir sekali tukar nombor telefon. Ok, isi tulisan lebih kurang lisannya. Terdetik hati 'bagus budak ni'. Boleh buat geng kot ada blog gathering ke senang kira. Dalam masa yang sama terdetik juga 'buat boyfriend pun bagus!'.


Pertemuan pertama di times square, tonton Crayon, makan di Kopitiam, merayau. Indah.


Hari berlalu hampir tiga tahun. Bergaduh, merajuk, berkongsi cerita, jumpa family, semua dah. Cuma belum bercinta. Aku sayang. Tapi dia 'lelaki dalam kenangan'. Belum boleh lupa cinta lama katanya. Takpe lah, aku tunggu.


Sayang itu wujud tapi cuma kawan. Kau nak aku, kau nak dia. Kau layan aku, kau tipu dia. Kau layan dia, kau tipu aku. Cantek mainan kau. Terlalu banyak perkara yang kau sembunyi dari aku. Aku cuma anggap kau nak jaga hati aku. Sebab tu kau tipu. Baeknya aku masih positif. Atau bodoh lebih sesuai?


Kau bertunang dalam masa kau masih melayan kerenah aku. Kau uruskan perkahwinan dalam masa kau masih tarik tali dengan aku. Bagus perancangan kau sayang. Memang tak salah aku buang kau dari awal lagi. Cuma hati yang belum sepenuhnya aku buang. Kalau memori otak boleh ditukar, dah tentu kau yang pertama aku delete. Tak perlu diternak lagi virus serupa kau.


Kau ada isteri. Aku pun dah jumpa lelaki aku.


Kau hidup kau. Aku hidup aku. Walau aku tau kau pun belum delete memori aku :) Mana mungkin kau lupa awek dalam senarai bakal isteri kau dulu bukan? Aku cuba redha. Tapi belum boleh sebab aku rasa teraniya dengan perasaan yang kau wujudkan. Sampai hati kau.


Cukuplah sampai sini coretan buat si virus otak. Aku ada satu hati yang perlu dijaga sekarang, moga hingga akhir hayat. Buat kau, selamat menjaga hati sang isteri. Urusan antara aku dan kau aku serahkan pada yang lebih mengetahui. Terserah padaNya untuk menghukum kau. Yang ini, aku redha :)






Gambar 4 disember 2010. Caption 'aku tak bodoh, aku cuma sayang'.

posted from Bloggeroid

Thursday, June 13

Teddy Bear Besarrr..

 

Assalamualaikum,Nerd

 

Teringin tak nak dapat teddy bear besar sama saiz dengan korang. Ok jap 'sama saiz' sesuai untuk gadis mini dan renek seperti saya =.=' Kalau yang tinggi galah lampai dah tak jadi 'sama saiz' tapi jadi 'tiga-suku saiz'. Kalau yang cecomel macam Yuyu Zulaikha pulak dah jadi 'melebihi saiz anda' hehe. Teddy bear besar buat bantal peluk, kalau letak atas katil (single) separuh adalah dia. Maka esok pagi pastinya teddy sudah ke lantai. #tidur versi ganas.

 

Nah tengok tak caye.

 

DSC00725

 

Sempoi dak teddy duduk senget sebelah. Kemaen eksen dapat tidur atas cadar rimau. Nyampah.

 

Oh ye. Nama die baby hehe dah sama pulak dengan nama kereta an. Tak. Sebenarnya semua benda pun saya namakan baby, termasuk lah dak Pou. Kalau nak ajak dia bercakap, panggil baby baru die jawab kalau tak degil semacam. Melampau perangai sampai tuan baby Pou merajuk taknak bagi dia makan dua hari. Hahaha!

 

Ok berbalik kepada teddy bear besar tadi. Korang yang nak belikan tersayang atau pun tambah koleksi sendiri boleh  jenguk page TEDDY BEAR BESAR. Harga berpatutan compare to other gift shops. Jangan risau tentang bulu bear tertanggal atau senang gugur sebab teddy bear kat sini memang berkualiti walaupun harga sangat murah.

 

DSC00750

 

Dari kiri Fammy, Convy, Zimmy, dan Idy. Tapi nama panggilan diorang semuanya BABY hehe. Ehh korang kalau nak buat surprise untuk kawan ke orang tersayang pun boleh taw! Confirm terkejut badak orang tu dapat sekotak makhluk yang besar gajah ni. Kejap badak kejap gajah ape hal =.="

 

Boleh juga klik banner bawah ni untuk ke page TEDDY BEAR BESAR.

 

image

 

*  *  *

 

Sebelum mengakhiri perbualan kita, izinkan saya berkongsi satu maklumat. Mungkin ada yang pertikai tentang isu menyimpan patung atau teddy dalam rumah. Ada yang kata nanti malaikat tak masuk rumah atau ada juga menyamakan dengan menyimpan patung berhala. Iaitu jatuhnya hukum haram. Setelah bertanya pakcik google serba sedikit, saya simpulkan dengan kata kata ini ;

 

" Tidak salah orang yang menyimpan patung mainan anak-anak mereka di rumah. Rasulullah mengahwini Aisyah semasa umur 9 tahun. Rasulullah meletakkan patung mainan kepada Aisyah sebagai alat permainannya sewaktu Baginda tiada di rumah. Patung mainan ini bermaksud, patung yang dijadikan mainan anak-anak, bukan diletakkan di dalam cermin sebagai perhiasan. Patung mainan tersebut tidak dihormati dan dimuliakan. "

 

 

Kalau tinggalkan tempat tidur atau teddy anda lebih semalaman, amalkan membaca doa ini. InsyaAllah terhindar dari segala keburukan ;

 

"  La hawla wa laa quwwata illaa billaah  "

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah

 

*  *  *

 DSC00734 

 

Ini adalah iklan tidak berbayar, sekadar berkongsi pendapat sebagai pembeli yang amat berpuas hati. Terima kasih sudi baca!

Selamat malam semua. Setiap malam tak sabar nak tidur peluk baby-ku-meow-meow ni #ehhh?

 

 

 

Terima kasih pakwe yang 'lahirkan' baby!Batting Eyelashes

Saturday, May 18

I Found One

 
I don't want a perfect relationship. I just want someone who I can act silly with, someone who treats me well and loves being with me. =)

 

mmexport1368759761482

 

Alhamdulillah :)

Wednesday, February 27

Makcik makcik..

 

Dialog mereka ;

 

Ada makcik kata macam ni..

Umur dah banyak. Ada boyfriend belum ni? Jangan tunggu lama lama..

 

Atau macam ni..

Kau ni bila lah nak kahwin. Adik kau pun dah ada anak dua orang. Kawan sebaya ramai naek pelamin da. Tinggal kau je tak kahwin kahwin.

 

Atau lebih sadis..

Nak kata takde rupa, lawa comey gebu dah. Tapi kenapa tak lekat lekat jodoh.. Ada saka kot!?

 

=.="

 

 

Tapi lebih sejuk hati dengar kata makcik ni..

Tak payah kahwin awal sangat. Enjoy dulu puas puas. Nanti dah kahwin susah semua nak kena fikir dulu. Nak keluar kena fikir anak anak, suami. Tanggungjawab besar tau!

 

 

 

Berperang dengan perasaan.

Thursday, January 17

Antara

 

Antara dikejar dan mengejar. Aku pilih dikejar..

Antara disayangi dan menyanyangi. Aku pilih disayangi..

Antara sempurna dan saling melengkapi. Aku pilih saling melengkapi..

Antara hamba kerajaan dan buruh swasta. Aku pilih buruh swasta..

Antara tiga tahun dan tiga hari. Aku pilih tiga hari..

Antara kemeja kacak dan uniform kotor. Aku pilih uniform kotor..

Antara tergantung tak bertali dan memandang hadapan. Aku pilih memandang hadapan..

Antara handsome dan kacak. Aku pilih kacak.. (ehh bukan sama ke –.–")

 

 

Ya Allah, tetapkanlah hati hambaMu :)

 

 

# Hati ini tak mudah mencari pengganti cuma hati ini dah luluh disakiti. Mohon faham.

Wednesday, December 5

Hargai-lah..

 

by Lacy Band

 

 

Belajar-lah menghargai selagi dia masih ada dan masih menyayangi kamu. Perkara kecil yang kamu sia kan mungkin perkara terpenting bagi dia. Sekali kamu terlepas mungkin takkan ada lagi yang kedua :)

 

atau dalam bahasa inggeris nya..

 

If you are busy to chat me, I will understand.

If you don’t have time to check on me, I will understand.

But if I stop loving you, it’s your turn to understand

 

 

 

Ehh macam tak pasal je kan. Biar lah.

Selamat malam ! ;)

Wednesday, October 10

Simple..

 

 

I           : You, nanti malam You drive eh. I silau.

You      : Tak nak la.

I           : You nak sehidup semati dengan I ke?

You      : Boleh jugak

I           : Happy

 

# When sometimes a simple thing could make you smile and keep smiling.

 

DSC09304

 

Meh LIKE!

Monday, September 17

Meghoyan

 

Tak boleh tidur buka nota ambik pen maen tulis tulis..

 

DSC09085

DSC09098

Kemaruk much?

Husband in bold membawa maksud 'HUSBAND WANTED'. Sila faham.

 

Early preparation ape salahnye kan boleh bajet belanje. Zaman sekarang kahwin kalau takde 30K tak sah. Maksud tak sah adalah kahwin-serba-tak-kena. Istilah jual anak sebab letak hantaran tinggi dah tak relevan. Kira sendiri lah belanje yang diperlukan.

imageIni dua tahun lepas punye bajet. 

 

At least 20K especially untuk yang takmau kalah tengok orang laen kahwin grand grand.

 

Haku ler tewww! –.–"

 

 

Nak kahwin awal belum mampu tapi kalau kahwin lambat belanja makin besar yang membawa maksud kahwin awal or lambat itu adalah sama sahaja huhu. Bersabar itu lebih cantek bukan. Setiap perkara telah ditetapkan olehNya walau segunung impian yang kita dirancangkan :)

 

 

 

Walau seteruk mana kita meghoyan :p

 

 

Jom baca :

- 4 Kelebihan Kahwin Awal

- Kahwin Lewat Punca Tahap Kesuburan Turun

 

LIKE meh!

Tuesday, August 28

Someday.

 

Someday you will love me. Someday you will care. Someday you will treasure the moments we have shared. Someday you will learn love is not a game. Then you will realize that I’m not the same. My heart will left. My heart will died then you will realized the tears I cried. Someday you will want me and I won’t be there..

Saturday, July 14

Songs For Love

 

Assalamualaikum

 

It’s been a while since my last post #sigh. Sorry guys! (kekonon ada orang baca). Sampai tiga kali seminggu Maxis duk call paksa settle bil yang tertunggak baru lah I dapat hidayah nak bayar hikhik. Kalau tidak biar lah berkulat laptop pun ade aku kesah!

 

Ok dah. Bukan pasal bil tertunggak yang I nak story but it’s more about singing a song/make a video and dedicate to your love one! Macam tak faham kan? Haa ini lah nak cerita. Actually songs can be a great way to express your feeling, right? I perasan ni time frust bercinta dulu dulu.

 

Contohnya lagu Dadali – Di Saat Aku Mencintaimu. Sesuai untuk jadikan bahan menangis selepas dijatuhkan talak oleh si kekasih. Atau pun lagu Lestari – Cinta Itu Ketawa Dan Airmata untuk yang baru nak faham/reti bercinta. Lagu Rossa – Pudar pula sesuai untuk yang nak tinggalkan si kekasih. Hehe! Ini semua dari pengalaman diri sendiri. Sila buat buat faham apa yang I cuba sampaikan.

 

Then tadi I baru tertonton (Ohh My Malay!) bakat baru dari Youtube. They called themselves as Tasha Manshahar & Syed Shamim. Both cute! And their songs covered are quite nice. Especially lagu Love You Like A Love Song, slow and steady version. Memang best! Meh tengok..

 

 

But to be true, they just friend lah. Best friend! I thought diorang couple. Kalau couple pun sweet what! They still fresh in this line but they just do a great job so far. View more HERE.

 

*  *  *

 

Lagu wajib karaoke waktu berdating. Luahan hati buat si kekasih :) Sesuai ketika ada rama rama dalam hati.

 

 

Tapi bila bergaduh.

Boyfriend hantar video ini..

 

 

 

 

 

 

 

 

And he make me smile again :) Kanak kanak sangat boyfriend ni taw!

 

 

# Song always be a great way to interpret your words! Learn to understand and you will know how it works. Good night sayang sekalian. Thanks for reading Milly Molly!

 

 

ILY boyfriend!

Sunday, June 17

Belajar

 

Aku belajar dari kesilapan lalu ku..

Silap ku kerana terlalu mencintai dirinya..

 

Lalu aku belajar untuk tidak terlalu mengharap..

Aku belajar untuk tidak terlalu memberi..

Aku belajar untuk tidak terlalu menerima..

Aku belajar untuk tidak terlalu mempercayai..

 

Dan kini..

Aku terus belajar..

Aku belajar untuk terima kekurangannya..

Aku belajar untuk terima dia seadanya..

Aku belajar untuk memahami dirinya..

Aku belajar untuk setia padanya..

 

Tapi, ada lagi satu perkara yang harus aku belajar..

Wajib untuk aku mempercayainya..

JODOH ITU RAHSIA ALLAH

 

Lalu aku mengingatkan diri dan si dia bahawa.. 

"Jika Allah tidak menulis jodoh awak dengan saya, buat lah apa pun saya tetap bukan milik awak. Tapi jika memang jodoh kita untuk bersama, berpisah sejauh mana pun pasti kita akan berjumpa.."

 

 

*  *  *  *  *

 

Ya Allah, Seandainya telah engkau tuliskan dia milikku dan terlahir untukku. Dekatkan dan satukanlah hatinya dengan hatiku. Berikanlah kebahagiaan antara kami, agar kesetiaan itu abadi. Aminn

 

DSC08621 Weekend at Pantai Air Papan, Mersing

 

 

ILY boyfriend! Terima kasih Allah :)

Saturday, May 26

Yuna & Qi

 

I suka hubungan diorang ni. Simple! Comel! Walaupun masing masing jauh nak mamp. 

 

 

Qi kata..

"Once per day mesti kena contact walau busy mane pun.."

 

Love StruckLove StruckLove Struck

#Hamboi sampai tiga!

 

 

Sweet-lah. Nak mencontohi boleh tak? Diorang ni sorang kat Malaysia, sorang kat overseas. I pulak sorang utara sorang selatan. Elok sangat la an Hehe!

 

Artis sekarang dah tak maen jawab 'no komen' kalau ditanya pasal hubungan. Jawapan tu ibarat meminta pelempang sahaja. Direct je mengaku lagi senang bukan? Kalau ada jodoh takkan ke mana..

 

Ok Yuna and Qi, hope berkekalan hingga ke jinjang pelamin and ke akhir hayat!

 

 

*  *  *

 

 

Long distance relationship. Yang penting jujur, setia and percaya. InsyaAllah :)

 

ILY boyfriend!

Monday, May 14

Jiwa Jiwa..

 

Selagi ada waktu.. Selagi ada rindu..

Biar beribu batu.. Ingin aku bertemu..

 

DSC08197 

 

Ecehh asal malam je perasaan jiwa jiwa datang an. Gatai!

Dekat tiga bulan dah. Orang normal mane yang tak rindu der..

Cepat-lah hujung bulan!

 

 

 

Rindu buah hati tapi letak gambar sendiri. Motif??

Abaikan-lah. Hehe!

 

Have a good day peoples! Love Struck

 

Mohd Najibuddin Aris, ILY!

Saturday, January 21

Second chance..

 

Suddenly he comes and asks for his second chance. How can I consider it because the heart is now TAKEN.

I’m truly sorry..

Wednesday, December 28

Jantung berdegup kencang dengar lagu ni..

 

Lagu ape? Lagu ape?

 

Ombak Rindu by Hafiz & Adira Big Grin

Hehe. Jom layan jap..

 

 

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

 

Aduhaii syahdunye. I’m fall in love with those lyrics..

Love Struck

 

I da tengok kat wayang movie Ombak Rindu ni and thumbs up la. Memang best! Sesuai untuk I yang minat cerita style ‘terjatuh cinta’ ni. LOL! Fyi, movie ni da berjaya mengumpul RM10.25 juta dari penjualan tiket. Banyak tu..

No wonder la Ombak Rindu tersenarai (3rd place) dalam Hall of Fame – Hiburan Malaysia 2011 

 

p/s: Kencang banget nih! Aduhh.

 

Jom LIKE!

Saturday, December 24

Matluthfi dan DIA :')

 

Gua suka mamat ni..

matluthfi1

 

Mata dia. Hidung dia. Gigi dia. OMG!!

Sama macam kekasih gua yang-da-mati (dari hidup gua) ni..

 

zaid

 

Ke'serabai'an rambut beliau tu lah yang buat gua jatuh hati. Serabai dalam semat gitu! Markah tambahan untuk hidung yang mancung and gigi yang 'rabbit'! And markah bonus untuk mata yang sepet (referring to both guys). Sungguh indah ciptaan mu Tuhan :)

FYI, I can suddenly stop walking kalau terserempak/selisih dengan guys yang hidung mancung or gigi rabbit. Berhenti dan menghayati keindahan alam. I dont know why gigi and hidung diorang yang I akan pandang dulu. Kalau selisih tibetibe I pergi tenung kaki dia pelik la pulak kan. Memang mendapat-kaki la jawabnye. Haha

 

Oh ya. First guy tu Matluthfi (bajet korang tak kenal an). I know this guy from Remaja where the program introduced about vlogging and I siap simpan link matluthfi dalam phone kononnye nak terujateruja la tengok video beliau lepas tu. Tapi disebabkan da teruja sangat sampai 6 months lepas tu baru I google beliau. Hampeh!

After 2, 3 videos gua tengok, memang tak silap yang mamat ni sebijik macam DIA. Rupa, badan rambut and perangai gilagila diorang sama. Ohh!! Rindunye.. :')

 

 

Sementara gua nangis, korang layan video ni dulu oke! ;)

Actually semua karya beliau sangat best dan kelakar! Korang boleh tengok yang lainlain kat SINI

 

 

Motif entry:

(1) Am addicted to matluthfi’s videos..

(2) Teramat rindu kat DIA. Nak bace kisah terakhir tentang beliau? Klik SINI..

 

 

 

Kejap gua kejap I? Haha. Abaikan. Terima kasih sudi bace Milly :)
Happy Saturday guys!

 

Jom LIKE!

Tuesday, November 15

Jodoh - Menjodohkan

 

Assalamualaikum..

Hi peeps! Maaf lame tak update. As usual, my super duper power reason will be I AM SOOO...BUSY! Hehe.

 

How to start? Ok. Boleh dikatakan ramai rakan seperjuangan dah melangkah ke alam perkahwinan. Baek lelaki mahupun perempuan. Indahnya hidup mereka. Ade sorang dua member yang da menimang baby pun sekarang ni, alahaiii seronoknye :) Kalau diikutkan memang terlalu awal la nak fikir soal kahwin, umur I baru 23. Praktikal pun belum habis. LOL

Wait! Terlalu awal or da layak sangat fikir pasal ni? Erkkk.

 

Well actually ni la tajuk perbualan utama bile I melepak dengan my housemate, Izzati. The thing is she’s also 23! Mesti korang semua nak cakap yang kami like so desperado an? an? Hello! Ini bukan desperate-lah tapi berfikiran jauh. Coz my mum selalu pesan, ‘jangan sampai nanti awak da umur 40 anak baru nak merangkak!’ Ok mum. Ini bukan pesanan tapi satu sumpahan.. =.='

 

Seriously, it’s SOOO...NOT COOL to have a kiddo when you’re already in 4 series of age. They’re suppose to be your grandchildren not your children lah! Plus to have a baby in late 30 adalah sangat berisiko for both baby and mummy.

 

People always said like ‘jodoh pertemuan di tangan Tuhan’, but still we need to find it yaw. You can’t just sit and wait, like what I always said ‘tunggu jodoh turun dari langit..’ No. At least we need to put some effort. Do something like make friends, exploring new things, chatting etc. etc. Sape tahu mamat yang terlanggar bahu kite sampai terbalik semua burger mase kat mcd dulu tu jodoh kite an. Hehe.

 

Ade juga yang cakap ‘aku ni tak lawa, mane ade orang nak..’ Yang ni memang rase nak lempang laju-laju je dengar an. There’s always a price of beauty dear bak kate Selena Gomez. Cantik itu bukan reason untuk mudah je dapat jodoh, it’s not necessary. Be yourself! Tapi an bagi yang betul-betul rase sangat out-of-date tu, you better change.. Ini 2011 bukan 1988. Oke friends!? ;)

 

Kesimpulannya jodoh ajal semua da tertulis kat atas sane as kite hanya mampu merancang, Allah yang akan tentukan. So, why don’t we plan it with colors? Life is too short to waste for. Learn from it.. :)

 DSC06431 rempit cari jodoh ^^

 

* Talking about cari jodoh, Izzati (again) sedang menjodohkan I dengan sepupu beliau, Hilmi. Sangat sweet kan housemate I sorang ni. Alahaiii…

Saturday, September 24

Hatimu Milikku :)

 

Assalamualaikum

 

Am currently addicted to this song. Enjoy!

 

 

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

 

Hatimu Milikku by Nera :)

image

Tuesday, September 20

Mr. 7-days-bf :’)

 

Orang boleh jadi gile sebab cinta..

Ade yang sanggup membunuh pasangan bile cemburu. Bunuh diri bile boyfriend/girlfriend minta putus. Maen ugut bile tarikh perkahwinan dibatalkan. Damn! Semua sebab CINTA.

 

 

Cukup gile tak if saya kate saya minta couple dengan DIA for a week? Seminggu. Yup! Tujuh hari..

 

DSC04006 

 

We are bestfriend.

Sangat bahagia and gembira bila bersama. Almost 24/7 spending time. Bergelak menangis semua bersama :')

Kami sekepala. Kami sama gile.

 

DSC05653

 

Susah senang bersama. DIA paling risau bile saya sakit sebab DIA sayang saya :')

He know me and I know him. Three month is more than enough..

 

DSC03578

 

Mana ade DIA situ ade saya. Tempat kerja, shopping mall, warung or even meredah sesat di bumi Melaka.

Dengan DIA semua boleh :')

 

DSC03140

 

Ini hadiah pertama dari DIA yang saya takkan lupe. It takes a month to finish up that lolly. 

Tanpa celak? Itu permintaan DIA.

 

DSC05677

 

Oh ye! DIA suke patung/keychain gantung kat kunci kereta. Macam budak kecik.

Itu dari saya after dua ekor patung DIA tercicir entah kat mane.

 

DSC04005

 

Yang kuneng itu pula untuk saya.

Look at the time, its smile :')

 

    DSC05525

 

Cukup 7 hari dan DIA pergi. Tinggalkan kenangan paling indah juga si kuneng (IDY) ni dengan saya.

Segalanya indah. Sumpah.

Ya Allah, saya amat sayangkan DIA.

 

 

 

 

 

Tapi..

 

 

 

 

 

Mencintai tak semestinya memiliki.

Saya redha :')

 

 

More entry-tertunda klik SINI

Exchange Link