Friday, January 31

Virus otak!

Assalamualaikum.. ♥


Ini kesah lama. Aku dan seorang lelaki dulu. Dia juga blogger dan sebenarnye medium ni lah pucuk perkenalan. Indah.


Seorang pelajar maktab dan seorang pelajar uni. Masa terluang dulunya cuma mengarang. Paling rajin pun ke tesco sebelah beli barang dapur.


Mula dari tinggalkan komen semangat buat si budak maktab yang putus cinta. Bajet good good jiwa kental lah sangat. Bukan apa cuma tertarik dengan hasil karangan tuan tanah. Berisi dan mantap. Kalau matlutfi hebat dengan isi videonya, dia hebat dengan tulisannya.


Berpindah ke yahoo mesenger (YM), facebook dan akhir sekali tukar nombor telefon. Ok, isi tulisan lebih kurang lisannya. Terdetik hati 'bagus budak ni'. Boleh buat geng kot ada blog gathering ke senang kira. Dalam masa yang sama terdetik juga 'buat boyfriend pun bagus!'.


Pertemuan pertama di times square, tonton Crayon, makan di Kopitiam, merayau. Indah.


Hari berlalu hampir tiga tahun. Bergaduh, merajuk, berkongsi cerita, jumpa family, semua dah. Cuma belum bercinta. Aku sayang. Tapi dia 'lelaki dalam kenangan'. Belum boleh lupa cinta lama katanya. Takpe lah, aku tunggu.


Sayang itu wujud tapi cuma kawan. Kau nak aku, kau nak dia. Kau layan aku, kau tipu dia. Kau layan dia, kau tipu aku. Cantek mainan kau. Terlalu banyak perkara yang kau sembunyi dari aku. Aku cuma anggap kau nak jaga hati aku. Sebab tu kau tipu. Baeknya aku masih positif. Atau bodoh lebih sesuai?


Kau bertunang dalam masa kau masih melayan kerenah aku. Kau uruskan perkahwinan dalam masa kau masih tarik tali dengan aku. Bagus perancangan kau sayang. Memang tak salah aku buang kau dari awal lagi. Cuma hati yang belum sepenuhnya aku buang. Kalau memori otak boleh ditukar, dah tentu kau yang pertama aku delete. Tak perlu diternak lagi virus serupa kau.


Kau ada isteri. Aku pun dah jumpa lelaki aku.


Kau hidup kau. Aku hidup aku. Walau aku tau kau pun belum delete memori aku :) Mana mungkin kau lupa awek dalam senarai bakal isteri kau dulu bukan? Aku cuba redha. Tapi belum boleh sebab aku rasa teraniya dengan perasaan yang kau wujudkan. Sampai hati kau.


Cukuplah sampai sini coretan buat si virus otak. Aku ada satu hati yang perlu dijaga sekarang, moga hingga akhir hayat. Buat kau, selamat menjaga hati sang isteri. Urusan antara aku dan kau aku serahkan pada yang lebih mengetahui. Terserah padaNya untuk menghukum kau. Yang ini, aku redha :)






Gambar 4 disember 2010. Caption 'aku tak bodoh, aku cuma sayang'.

posted from Bloggeroid

No comments:

Exchange Link