Assalamualaikum,![]()
Teringin tak nak dapat teddy bear besar sama saiz dengan korang. Ok jap 'sama saiz' sesuai untuk gadis mini dan renek seperti saya =.=' Kalau yang tinggi galah lampai dah tak jadi 'sama saiz' tapi jadi 'tiga-suku saiz'. Kalau yang cecomel macam Yuyu Zulaikha pulak dah jadi 'melebihi saiz anda' hehe. Teddy bear besar buat bantal peluk, kalau letak atas katil (single) separuh adalah dia. Maka esok pagi pastinya teddy sudah ke lantai. #tidur versi ganas.
Nah tengok tak caye.
Sempoi dak teddy duduk senget sebelah. Kemaen eksen dapat tidur atas cadar rimau. Nyampah.
Oh ye. Nama die baby hehe dah sama pulak dengan nama kereta an. Tak. Sebenarnya semua benda pun saya namakan baby, termasuk lah dak Pou. Kalau nak ajak dia bercakap, panggil baby baru die jawab kalau tak degil semacam. Melampau perangai sampai tuan baby Pou merajuk taknak bagi dia makan dua hari. Hahaha!
Ok berbalik kepada teddy bear besar tadi. Korang yang nak belikan tersayang atau pun tambah koleksi sendiri boleh jenguk page TEDDY BEAR BESAR. Harga berpatutan compare to other gift shops. Jangan risau tentang bulu bear tertanggal atau senang gugur sebab teddy bear kat sini memang berkualiti walaupun harga sangat murah.
Dari kiri Fammy, Convy, Zimmy, dan Idy. Tapi nama panggilan diorang semuanya BABY hehe. Ehh korang kalau nak buat surprise untuk kawan ke orang tersayang pun boleh taw! Confirm terkejut badak orang tu dapat sekotak makhluk yang besar gajah ni. Kejap badak kejap gajah ape hal =.="
Boleh juga klik banner bawah ni untuk ke page TEDDY BEAR BESAR.
* * *
Sebelum mengakhiri perbualan kita, izinkan saya berkongsi satu maklumat. Mungkin ada yang pertikai tentang isu menyimpan patung atau teddy dalam rumah. Ada yang kata nanti malaikat tak masuk rumah atau ada juga menyamakan dengan menyimpan patung berhala. Iaitu jatuhnya hukum haram. Setelah bertanya pakcik google serba sedikit, saya simpulkan dengan kata kata ini ;
" Tidak salah orang yang menyimpan patung mainan anak-anak mereka di rumah. Rasulullah mengahwini Aisyah semasa umur 9 tahun. Rasulullah meletakkan patung mainan kepada Aisyah sebagai alat permainannya sewaktu Baginda tiada di rumah. Patung mainan ini bermaksud, patung yang dijadikan mainan anak-anak, bukan diletakkan di dalam cermin sebagai perhiasan. Patung mainan tersebut tidak dihormati dan dimuliakan. "
Kalau tinggalkan tempat tidur atau teddy anda lebih semalaman, amalkan membaca doa ini. InsyaAllah terhindar dari segala keburukan ;
" La hawla wa laa quwwata illaa billaah "
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
* * *
Ini adalah iklan tidak berbayar, sekadar berkongsi pendapat sebagai pembeli yang amat berpuas hati. Terima kasih sudi baca!
Selamat malam semua. Setiap malam tak sabar nak tidur peluk baby-ku-meow-meow ni #ehhh?
Terima kasih pakwe yang 'lahirkan' baby!![]()
3 comments:
nak jgk teddy bear besar mcm tu..tpi ada dah kt umh satu ..hee
*Dasar tamak ni..huhuhu
@siti ZAHARA
Hehe. Ape salahnya kumpul banyak2. :P
hehe. kalau beli teddy nie. kompem kene bawak dua kereta untuk angkut barang ke kolej. hihi
tapi mmg sdap buat peluk kot. :)
Post a Comment