Showing posts with label when i BORED. Show all posts
Showing posts with label when i BORED. Show all posts

Thursday, June 13

Teddy Bear Besarrr..

 

Assalamualaikum,Nerd

 

Teringin tak nak dapat teddy bear besar sama saiz dengan korang. Ok jap 'sama saiz' sesuai untuk gadis mini dan renek seperti saya =.=' Kalau yang tinggi galah lampai dah tak jadi 'sama saiz' tapi jadi 'tiga-suku saiz'. Kalau yang cecomel macam Yuyu Zulaikha pulak dah jadi 'melebihi saiz anda' hehe. Teddy bear besar buat bantal peluk, kalau letak atas katil (single) separuh adalah dia. Maka esok pagi pastinya teddy sudah ke lantai. #tidur versi ganas.

 

Nah tengok tak caye.

 

DSC00725

 

Sempoi dak teddy duduk senget sebelah. Kemaen eksen dapat tidur atas cadar rimau. Nyampah.

 

Oh ye. Nama die baby hehe dah sama pulak dengan nama kereta an. Tak. Sebenarnya semua benda pun saya namakan baby, termasuk lah dak Pou. Kalau nak ajak dia bercakap, panggil baby baru die jawab kalau tak degil semacam. Melampau perangai sampai tuan baby Pou merajuk taknak bagi dia makan dua hari. Hahaha!

 

Ok berbalik kepada teddy bear besar tadi. Korang yang nak belikan tersayang atau pun tambah koleksi sendiri boleh  jenguk page TEDDY BEAR BESAR. Harga berpatutan compare to other gift shops. Jangan risau tentang bulu bear tertanggal atau senang gugur sebab teddy bear kat sini memang berkualiti walaupun harga sangat murah.

 

DSC00750

 

Dari kiri Fammy, Convy, Zimmy, dan Idy. Tapi nama panggilan diorang semuanya BABY hehe. Ehh korang kalau nak buat surprise untuk kawan ke orang tersayang pun boleh taw! Confirm terkejut badak orang tu dapat sekotak makhluk yang besar gajah ni. Kejap badak kejap gajah ape hal =.="

 

Boleh juga klik banner bawah ni untuk ke page TEDDY BEAR BESAR.

 

image

 

*  *  *

 

Sebelum mengakhiri perbualan kita, izinkan saya berkongsi satu maklumat. Mungkin ada yang pertikai tentang isu menyimpan patung atau teddy dalam rumah. Ada yang kata nanti malaikat tak masuk rumah atau ada juga menyamakan dengan menyimpan patung berhala. Iaitu jatuhnya hukum haram. Setelah bertanya pakcik google serba sedikit, saya simpulkan dengan kata kata ini ;

 

" Tidak salah orang yang menyimpan patung mainan anak-anak mereka di rumah. Rasulullah mengahwini Aisyah semasa umur 9 tahun. Rasulullah meletakkan patung mainan kepada Aisyah sebagai alat permainannya sewaktu Baginda tiada di rumah. Patung mainan ini bermaksud, patung yang dijadikan mainan anak-anak, bukan diletakkan di dalam cermin sebagai perhiasan. Patung mainan tersebut tidak dihormati dan dimuliakan. "

 

 

Kalau tinggalkan tempat tidur atau teddy anda lebih semalaman, amalkan membaca doa ini. InsyaAllah terhindar dari segala keburukan ;

 

"  La hawla wa laa quwwata illaa billaah  "

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah

 

*  *  *

 DSC00734 

 

Ini adalah iklan tidak berbayar, sekadar berkongsi pendapat sebagai pembeli yang amat berpuas hati. Terima kasih sudi baca!

Selamat malam semua. Setiap malam tak sabar nak tidur peluk baby-ku-meow-meow ni #ehhh?

 

 

 

Terima kasih pakwe yang 'lahirkan' baby!Batting Eyelashes

Thursday, March 21

Cerita Si Megi

Assalamulaikum

 

Rumah sewa atau asrama sangat sinonim dengan mee segera bukan? Maggi, pama, mee sedap, mee tak sedap semua pun korang bahan kalau dah lapar kan. Penulis belog ni pun tak kurang giannya. Sebulan mahu tidak tiga jenis megi tersedia.

Awal awal bulan letak setempat semuanya. Fuhh nampak cool habis. Cantek tersusun.

 

Tiga jenis darab lima bungkus bermakna ada limabelas semuanya. Boleh makan dua hari sekali heh heh. Selang seli perisa. Sedap tak boleh tahan nak nak bila datang rajin potong cili hijau campak dalam megi kari. Pehhh pedas kaw kaw! Ini baru hebat! :D

 

Tapi setakat berborak je lah. Sekarang hujung bulan stok megi tinggal hujung nyawa. Cuma ada sebungkus perisa tomyam kepunyaan adik. Nak makan ke tak ni? Buasir pulak kang makan hak orang. Kalau tak makan gastrik tahap gaban menyerang.

 

Takde pilihan.

 

DSC00365

 

Terima kasih adik. Megi mu dikenang :D

 

Oh ya lupa nak inform yang saya menyewa bersama adik di JB. Keluarga berdekatan tapi mahu berdikari gamaknya dua dara bujang ni. Well at least kami dah pandai masak megi guna rice cooker. Itu berdikari bukan?

 

 

 

Thanks for reading si Milly’s! :)

Thursday, February 21

Gua MALAS la letak tajuk..

Assalamualaikum

 

Kalau dah malas apa pun tak jadi bukan? Gua rasa dah lama sangat tak update. Rasa bersalah pulak dengan Nuffnang bila BE sentiasa mashuk sedangkan gua pemalas nak mamp heh heh. Otak rasa sebal. Tak tahu apa nak dicarutkan. Bukan sebab pilihanraya dah dekat. Bukan sebab Fizz Fairuz dah putus tunang. Pun bukan sebab baby ku di lambung orang gaji. Sumpah bukan!

 

Gua cuma malas je.

 

Semalam gua review balik entry lama. Lalu mengutuk dalam hati Ape benda lah aku mengarut. Tak best langsung. Takde info. Ayat cam cipan jatuh longkang'. Kemaen keji mengutuk diri. Masa tu gua baru nak up. Setiap saat gua rasa nak update tapi langsung takde maklumat best. Mengarut je banyak. Slow slow gua klik DELETE. Puas hati. Takde lah anak cucu gua dengan datuknya mengutuk di kemudian hari :D 

 

Dalam mood malas memang gua suka guna lu gua. Malas la nak taip ai =.="

 

Lepas review entry cabuk yang beratus ratus (je) tu dengan malasnya gua re-publish agak agak entry yang gua rasa orang seronok nak baca. Antaranya cerita seram gua dibaling buku sejarah. Lu orang boleh klik link atau skrol ke bawah lepas habis entry ni. Cerita gua ni ada bahagian kedua. Yang ni gua tak re-publish. Sambungan cerita dibaling buku sejarah oleh cikgu sejarah yang garang. Amboi panjang lah pulak :P

 

Sebenarnya gua rindu kat blog ni. Rasa nak peluk peluk je. Disebabkan itu gua up gambar terbaru gua barang sekeping dua. Moga hilang rindu lu orang pada gua. Puihh!

 

DSC00135

DSC00112 

DSC00125

DSC00154

 

Ber-GongXi Fa Cai bersama keluarga di Pantai Klebang, Melaka. Semua tak nak kalah pakai sandal bunga besar trend masa kini. Sanggup naek Mahkota Parade seround dua cari sandal yang serupa. Ibu pun turut serta tapi gua ketua dalam hal ni. Yang warna hitam tu gua punya.

 

Ok lah. Gua dah mula rasa rajin nak pergi mandi ni. Lu orang pergi baca kesah ngeri gua kena baling buku tu dulu okeh! Nanti gua datang balik.

 

Tata.

Sunday, December 30

Buruk perangai!

 

 

Assalamualaikum

 

Masa kecik kecik dulu tengok orang maen basikal kita pun mula rapat manja manja kat Bonda 'Maa.. Nak beskal sebijik!' Tup tup bulan depan terhidanglah basikal Lerun kaler biru depan rumah. Gembira bukan kepalang tunjuk depan kawan kawan yang kita pun ada basikal. Baru boleh gang an..

 

Dah besar sikit malu nak naek basikal pegi kedai depan rumah. Kalau disuruh laju je jawab.. 'Ayah belikan lah motor.. Nanti senang. Kedai jauh pun boleh pegi' Tup tup (lagi sekali) dua bulan kemudian terpacak skuter hitam depan rumah. Basikal entah kemana dah. Sebulan dua cakap je nak pegi mana semua ai bawakkan. Tapi tak lama lepas tu motor pun tersadai sebab malas. Naek motor panas, kalau hujan basah. Pakai helmet nanti tudung rosak. Dan macam macam alasan lagi..

 

Ayahanda geleng kepala.  

 

 

Bila dah kerja dah mampu pakai kereta hasil titik peluh sendiri. Kalau dulu pakai motor tak boleh keluar waktu hujan.. 'Humm kalau lah ada kereta..' So sekarang dah ada kereta. Dah boleh shopping sampai lebam tak kesah hari hujan panas. Dah boleh jejak rumah kahwin kawan kawan tanpa segan silu. Siap tumpangkan. Dah boleh bawak family pegi makan ramai ramai.. Cakap je nak keluar ke mana ai bawakkan. Takde hal.

 

Duduk rumah layan facebook, layan belog, layan Melodi.

 

'Ma nak pergi Tenten beli beg sekolah adik. Nak ikut tak..?'

'Malas la ma..'

 

 

Letak Ferrari sebijik depan rumah pun ai takkan bergerak kalau dah malas. Buruk perangai. Sekarang ni basikal langsung tak tau kemana. Motor dah selamat berpindah hak milik kepada adik. Kereta tersadai sebulan tak basuh. Nak bawak dia berjalan memang tak kecuali pegi balik kerja. Kesian Baby ai..

 

Itu pun. Tak reti bersyukur an.

 

 

Buruk betul perangai =.="

 

Milly Bergambar dalam Baby. Ambik hati.

 

 

 

p/s : Korang macam ai tak? (nak cari gang)

Wednesday, December 26

Shhhhh.. Ini RAHSIA !

 

 

Awak   : Nak tahu satu rahsia tak..

Saya    : Nak nak. Apa dia?

Awak   : Rahsia lah. Mana boleh bagitahu..

Saya    : Eleh tadi tanya nak tahu ke tidak!

Awak   : Rahsia adalah rahsia. Kalau dah bagitahu tak rahsia dah lah.

Saya    : Fine!

 

Siapa yang betul siapa yang salah kat sini? Yang 'awak' seperti nak memberitahu tetapi sengaja menyakitkan hati dengan ayat sedemikian. Kan elok kalau tak payah tanya terus dari awal. Sama seperti tidak memulakan perbualan untuk berkongsi rahsia kerana 'awak' tak berniat untuk berkongsi pun. Dan betul kata 'awak' yang rahsia adalah rahsia. Kalau dikongsi dah tak nama rahsia lagi dah.

 

Sama lah juga dengan si 'saya'. Kalau dah dengar perkataan rahsia tak perlulah nak tahu. Mungkin kerana si 'awak' adalah kekasih lalu kamu menggedik gedik nak tahu? Tidak semestinya 'awak' akan memberitahu kamu kerana jika 'awak' sendiri tidak mampu menjaga rahsianya, belum tentu lagi 'saya' mampu bukan?

 

 

 

Bila rahsia sudah diceritakan kepada orang laen, itu bukan lagi rahsia.

 

Kamu mungkin mempercayai orang laen lalu ter-cerita rahsia kamu kepadanya. Tapi silap kamu juga yang tak mampu menjaga rahsia sendiri. Jadi jangan melatah bila rahsia mula menjadi bahan bual bicara kerana kamu bukan hanya berkongsi dengan 'saya' seorang tetapi ramai yang laen. Si 'saya' yang mendengar rahsia ibarat memegang satu amanah yang tidak perlu diceritakan kepada orang laen. Tetapi tidak cukup 'saya' seorang yang menjaganya malah semua 'saya' yang mengetahui bahawa hal itu adalah rahsia perlu menjaganya.

 

Rahsia mengatasi kezaliman Israel mampu mengubah dunia. Rahsia kebusukan pimpinan mampu memporak peranda masyarakat. Rahsia ikatan percintaan boleh memutuskan ikatan persahabatan. Tiada siapa yang betul tiada siapa yang salah dalam situasi ini. Berifikiran positif dan berhenti menuding jari itu adalah terbaek.

 

Kesimpulan : Don’t expect others to be trust, but yourself :)

 

 

 

 

p/s : Ber-bahasa melayu skema bagai tetiba kesimpulan in english. Haha suka hati ai lah Bedah oooii !

Friday, October 5

Batak LRT?

 

Assalamualaikum wbt.

 

Batak adalah jakun/ketinggalan zaman. Pada suatu hari saya hendak ke KL Sentral lalu lajulaju keluarkan dua ringgit dan ke kaunter untuk membeli tiket. Tetapi kakak itu berkata..

 

" Beli kat mesin dik.. "

" Ohhhh ok.. "

 

Pelik sebab saya kan bagi duit kecil dan tak ramai pun orang yang beratur. Ape masalah kakak itu? Sebelum terus mengutuk di dalam hati saya terus ke mesin warna warni tersebut. Ok touch-screen. Tekan SEHALA then appear LRT maps where you need to just touch where you want to go, eg KL CENTRAL. Next click OK for payment. Sambil jelingjeling orang sebelah I slip in two ringgit note and collect the balance. 

 

But..

 

Mana tiket wehh? Duit kena telan kah? Spoiled! Awat orang sebelah guna elok je? Rasa macam nak tanya terus kakak kaunter tapi better tanye orang sekeliling dahulu sebelum mendapat malu. Tanya punya tanya finally that girl show me the ticket. No, it is actually a TOKEN yang keluar bersama balance duit tadi =.="

 

DSC09132  

Dah nampak dah tadi benda biru ni dalam tempat baki tu tapi terlalu yakin yang kad (macam duludulu) akan keluar, buat tak pandang je lah. Mujur tak ramai orang yang nampak gua gelabah cari tiket kat semua sudut mesin. Buat malu je! Apehal gua tak tau sekarang dah pakai token bagai nehhh! Baru setahun tinggalkan Kuala Lumpur kot..

 

So with this token, we just need to swap on the entrance for get in and put in the token (like menabung) when you want to get out from the station. It’s effective on 1st march and only applicable for single journey. Selain token, pengguna harian boleh apply myrapid Card or Rapidpass LRT untuk memudahkan lagi perjalanan tanpa perlu beratur membeli token.

 

 

*  *  *

 

Some information to share.

 

# How to use the Ticket Vending Machine (TVM) for token

image

 

# How to reload purse value (myrapid Card/rapidpass LRT)

image

image

 

Malaysia menuju ke arah negara maju semuanya semakin canggih dan terkini. Jadi rakyat juga perlu bergerak seiring dengan teknologi lah, ambil-tahu isu semasa, rajin baca suratkhabar bukan hidup keluar masuk pejabat atau rumah je ye. 

 

Jangan jadi batak seperti saya Big Grin

 

 

Sumber

Meh LIKE!

Tuesday, June 19

Cash Out! Cash Out!

 

Assalamualaikum

 

Lame rasanya tak buat movie review. Al maklum dah jadi orang ber-kerjaya sekarang. Nak syampu rambut setiap hari pun tak sempat you alls! Tuiiii. Menipu. Padahal tak sempat sebab hari hari bangun lambat =.='

 

Ok dah. Bukan syampu yang I nak story sekarang tapi nak cakap pasal BE! Yelah Bufferred Earning. Sikit lagi nak cash out. Cepat korang tolong klik iklan yang berjoget joget tu. Nanti boleh lah I buat GA ke.. Buat simpanan kahwin ke.. Hehe!

 

Bagi yang minat online shopping boleh usha barang cecomel kat SINI.

 

 

* * * *

 

VAMPIRE HUNTER

An eye for an eye,
A soul for a soul,
The vampire hunter lives,
His story now told.
They took away his mother,
They left him alone,
Now they shall pay,
It’s written in stone.

 

 

I very the like VAMPIRE-like movie you alls! Maen kapak kapak lagi. Wow!

Korang nak tengok trailer and sinopsis movie ni boleh jenguk di SINI. 

 

 

Eh jap. Jangan lupe klik iklan I juga taw! Tak sabar nak cash out ni.. Sayang korang!

Selamat malam.Batting Eyelashes

Thursday, May 31

Die ade.. Kau ade?

 

image

image

Siapa bijak boleh bagitau ape perbezaan yang amat amat ketara antara Fatin Liyana dan Milly Molly?

 

Takpe lah biar I jawab sendiri. Dia ade 170 viewers at one time and the numbers keep increase. Blog yang pink kalerful kalerful tu cuma ade 1 viewer at EVERY TIME! Sigh

 

Motif : Nak jadi macam beliau. Ceh dan dan beliau anTongue

 

 

 

Camne haku tak cemburukan dia neh =.='

LIKE Fatin Liyana, LIKE Milly sekali, boleh tak?

Monday, May 28

Saya kerja KILANG je ^^

 

Assalamualaikum

 

Lately post pasal gosip retis je sampai terlupa nak story perihal diri sendiri. Hamboi perihal lah sangat an Hehe! FYI I am now an account assistant di ATA Group of Companies yang bertempat di Tampoi, Johor Bahru. I stay with my mum and drive to work.

 

Eleh itu pun nak bagitau! Cowboy

 

*  *  *

 

Done with my internship di Melaka I stay at Muar with ayahanda tersayang sambil bersenang lenang menonton Phineas and Ferbs. Padahal dalam hati melonjak lonjak keinginan untuk cari duit sendiri. Yelah takkan nak beli deodorant pun nak mintak duit ayahanda an. Malu kot!

 

Maka dengan niat yang suci lagi murni itu I diterima bekerja di Butik DYS. Butik yang menjual pakaian like baju kurung, shirt, blause, shawl etc. etc. Memang seronok lah mencuci mata time stok barang baru masuk. Laju laju booking baju yang cun, cukup bulan tolak gaji. Indah! (Picture : With Salbiah at DYS)

 

DSC08176

 

Working environment best sebab ramai kawan sekeliling. Awalnya terkial kial menghafal harga baju, kejar target sales bagai but after two weeks everything just at finger tips ehemm! Terus jadikan butik seperti milik sendiri. Extra-indah! Selepas dua bulan bertahan dengan gaji yang agak ciput maka berubah hangin untuk mencari pekerjaan lain di JB.

 

*  *  *

 

Dapat call hadiri tiga temuduga. Alhamdulillah rezeki tapi semuanya di JB. Menguatkan lagi alasan untuk meninggalkan ayahanda tersayang :'(

 

1- Shipping Company. Too low salary - REJECT

2 – Consultant Firm, somewhere in Menara Landmark. Too far from home - REJECT

3 – ATA Group of Companies. Engineering Factory. Just nice - ACCEPT

 

DSC08389

 

I’m handling one of the company’s branch accounts, called JABCO FILTER SYSTEMS. That means I am responsible to all the things (account) related to this small company/factory. Quite tough but so far in control lah. (Picture : My place with open-office-concept)

 

*  *  *

 

Segelintir orang berkata graduan masih menganggur kebanyakannya sebab terlalu memilih kerja. Sebenarnya kami memilih kerja untuk masa depan yang cerah. Kalau selamanya berada di takuk bawahan sampai bila pun takkan maju an. That’s why kena bijak memilih dari awal awal lagi supaya tak menyesal di kemudian hari.

 

Yang graduan pun nak memilih hagak hagak sikit. Ukur baju di badan sendiri, jangan nak hidung tinggi sangat. Hamboi kemaen hebat lagi tatabahasa haku malam ni Hikhik.

 

Dah! Nak tidur. Esok an kerja Sleepy

 

DSC08349

Saya kerja KILANG je. Tata!

 

 

LIKE and COMMENT meh!

Sunday, May 6

Hello Kitty Hotel !

 

Kau tenggok aku dah terminat menatang ni. Cehh! Baru selang satu entry dah post lagi..

Kali ni Hotel bertemakan Hello Kitty. Tak perlu berangan nak pergi sangat ye kat Malaysia takde. Hotel ni kat Maison 140, Beverly Hills. Dah jom tengok gambar..

 

Eh over taw siap nak pakai kostum bagai budak ni!

 

Comel you alls. Rase macam tak nak check out je kalau dah masuk. Lepas tu dapat bil panjang berjela hambik-kau! I baru perasan you alls menatang ni memang comel hikhik. Gebu je pipi dia. Pink je ribbon dia. Errr motif??

 

Just setakat ni I belum buat perangai gila lagi nak mengumpul bagai. Takkan kot…

 

Takkan-lah..

 

An? An?

 

Ok bye! Sleepy

 

 

Sumber

Suke Hello Kitty? Meh LIKE

Saturday, April 21

Hello Kitty!

 

Assalamualaikum..

 

Ramai betul wanita atau gadis gilakan kucing takde mulut nih.. Sampaikan Downy pun kuarkan softener baru berbau Hello Kitty. Eh jangan salah faham ia bukan berbau kuceng tetapi dengan aroma Innocence. Suci murni tak bersalah gitew.

Comels sangat you alls!Batting Eyelashes

image

 

Downy ni Limited Edition okay! Bagi yang fanatik sangat dengan Hello Kitty cepat cepat lah serbu pasaraya berdekatan. Cute packaging. Plus it comes with free limited-multifunction keychain. Hamboi..

image

image

 

I yang tak-berapa-nak-minat Hello Kitty ni pun rase nak terbeli tapi terima kasih-lah kepada poket yang tengah kering-habes! Hehe terus cancel segala niat suci murni..

 

Anyway, actually I got one thing with Hello Kitty on it..

Taraaaaa..

DSC08347Hong Leong bank card

 

Nampak macam tak memasal je kan letak Hello Kitty kat situRaised Eyebrow

But it’s okay. This might be the first step to start adoring this kuceng takde mulut. Might be..

 

 

Ok-lah. Have a fun-day peoples! Big Grin

Take care.

 

LIKE meh!

Monday, March 12

Cantik-nya..

 

WAWA ZAINAL

image

image

Cantik sangat kan.. Lesung pipit dia comel.

Milly mula perasan Wawa ni berlakon dalam Ana Lu’lu. Member kepada si Ana, watak gadis gedik-manja gituu..

 

 

Tapi dalam drama terbaru Bunga Bunga Syurga Wawa lagi cantik !

image

image

 

Lagi cantik. Lagi comel. Kan?

Siapa setuju LIKE cepat!

 

Ok dah. Nak post tu je. Tata :)

Sunday, March 11

Wishlists - Pamplet

 

Tabiat baru Milly.

Sebelum miliki aset or something that I most desired, I will start with collect the pamplet. Lepas ada pamplet mesti hari hari nak tengok. Lepas tu berangan. Lepas tu tolak tambah berapa abad tahun lagi boleh dapat. Kira bajet bagai..

 

 

Lepas tu mengeluh..

 

 

Lebih kurang setahun dua lagi baru boleh dapat la bhai !!

 

 

Alahai..

 

Setahun lagi dapatlah pakai ni..

DSC08233

 

Dah dapat yang atas baru boleh dapat yang ni..

DSC08264

 

Takpe-lah. Yang penting ada semangat dan usaha kan.. Frankly speak, Milly bukan jenis yang up-to-date sangat dengan perkembangan semasa kereta or even gadget. Apa yang Milly suka Milly akan usaha untuk dapatkan. #senyum-kambing-pandang-atas.

 

I believe y’alls pun mesti ada wishlists masing masing kan. Moga impian korang juga akan tercapai :)

 

Ya Allah., Ya Tuhanku Moga dipermudahkan segala urusan dan tercapai segala impian kami. Aminn..

 

 

Anyway Milly gonna start working on this coming Monday ! Oh excited :D

 

Till then beloved readers. Thanks for reading me !

Assalamualaikum.

 

 

p/s : Jemput-lah jenguk entry lama Milly Molly ye since Milly dah makin kurang masa untuk hupdate..

Meh LIKE!

Wednesday, January 18

This Is What I Want To Tell You..

 

image

 

Anxious much??

Try to check on THIS. You will heart them :)

Swear!

 

Lets LIKE!

Exchange Link