Awak : Nak tahu satu rahsia tak..
Saya : Nak nak. Apa dia?
Awak : Rahsia lah. Mana boleh bagitahu..
Saya : Eleh tadi tanya nak tahu ke tidak!
Awak : Rahsia adalah rahsia. Kalau dah bagitahu tak rahsia dah lah.
Saya : Fine!
Siapa yang betul siapa yang salah kat sini? Yang 'awak' seperti nak memberitahu tetapi sengaja menyakitkan hati dengan ayat sedemikian. Kan elok kalau tak payah tanya terus dari awal. Sama seperti tidak memulakan perbualan untuk berkongsi rahsia kerana 'awak' tak berniat untuk berkongsi pun. Dan betul kata 'awak' yang rahsia adalah rahsia. Kalau dikongsi dah tak nama rahsia lagi dah.
Sama lah juga dengan si 'saya'. Kalau dah dengar perkataan rahsia tak perlulah nak tahu. Mungkin kerana si 'awak' adalah kekasih lalu kamu menggedik gedik nak tahu? Tidak semestinya 'awak' akan memberitahu kamu kerana jika 'awak' sendiri tidak mampu menjaga rahsianya, belum tentu lagi 'saya' mampu bukan?

Bila rahsia sudah diceritakan kepada orang laen, itu bukan lagi rahsia.
Kamu mungkin mempercayai orang laen lalu ter-cerita rahsia kamu kepadanya. Tapi silap kamu juga yang tak mampu menjaga rahsia sendiri. Jadi jangan melatah bila rahsia mula menjadi bahan bual bicara kerana kamu bukan hanya berkongsi dengan 'saya' seorang tetapi ramai yang laen. Si 'saya' yang mendengar rahsia ibarat memegang satu amanah yang tidak perlu diceritakan kepada orang laen. Tetapi tidak cukup 'saya' seorang yang menjaganya malah semua 'saya' yang mengetahui bahawa hal itu adalah rahsia perlu menjaganya.
Rahsia mengatasi kezaliman Israel mampu mengubah dunia. Rahsia kebusukan pimpinan mampu memporak peranda masyarakat. Rahsia ikatan percintaan boleh memutuskan ikatan persahabatan. Tiada siapa yang betul tiada siapa yang salah dalam situasi ini. Berifikiran positif dan berhenti menuding jari itu adalah terbaek.
Kesimpulan : Don’t expect others to be trust, but yourself :)
p/s : Ber-bahasa melayu skema bagai tetiba kesimpulan in english. Haha suka hati ai lah Bedah oooii !
4 comments:
salah awak la kenapa tanya.hehe
rahsia lah..haha..
@hnahdy
Haha. Pandai!
@zOeY zAu YaH
Shhh. Ok diam2 je :p
Post a Comment