Assalamualaikum
Kalau dah malas apa pun tak jadi bukan? Gua rasa dah lama sangat tak update. Rasa bersalah pulak dengan Nuffnang bila BE sentiasa mashuk sedangkan gua pemalas nak mamp heh heh. Otak rasa sebal. Tak tahu apa nak dicarutkan. Bukan sebab pilihanraya dah dekat. Bukan sebab Fizz Fairuz dah putus tunang. Pun bukan sebab baby ku di lambung orang gaji. Sumpah bukan!
Gua cuma malas je.
Semalam gua review balik entry lama. Lalu mengutuk dalam hati ‘Ape benda lah aku mengarut. Tak best langsung. Takde info. Ayat cam cipan jatuh longkang'. Kemaen keji mengutuk diri. Masa tu gua baru nak up. Setiap saat gua rasa nak update tapi langsung takde maklumat best. Mengarut je banyak. Slow slow gua klik DELETE. Puas hati. Takde lah anak cucu gua dengan datuknya mengutuk di kemudian hari :D
Dalam mood malas memang gua suka guna lu gua. Malas la nak taip ai =.="
Lepas review entry cabuk yang beratus ratus (je) tu dengan malasnya gua re-publish agak agak entry yang gua rasa orang seronok nak baca. Antaranya cerita seram gua dibaling buku sejarah. Lu orang boleh klik link atau skrol ke bawah lepas habis entry ni. Cerita gua ni ada bahagian kedua. Yang ni gua tak re-publish. Sambungan cerita dibaling buku sejarah oleh cikgu sejarah yang garang. Amboi panjang lah pulak :P
Sebenarnya gua rindu kat blog ni. Rasa nak peluk peluk je. Disebabkan itu gua up gambar terbaru gua barang sekeping dua. Moga hilang rindu lu orang pada gua. Puihh!
Ber-GongXi Fa Cai bersama keluarga di Pantai Klebang, Melaka. Semua tak nak kalah pakai sandal bunga besar trend masa kini. Sanggup naek Mahkota Parade seround dua cari sandal yang serupa. Ibu pun turut serta tapi gua ketua dalam hal ni. Yang warna hitam tu gua punya.
Ok lah. Gua dah mula rasa rajin nak pergi mandi ni. Lu orang pergi baca kesah ngeri gua kena baling buku tu dulu okeh! Nanti gua datang balik.
Tata.
4 comments:
hehe..aku pun kadang2 bce balik ape yg ditulis...pastu klo x minat delet gak..ehhe
Haha mmg perangai blogger camtu. Xleh terima kenyataan :P
hamboi.kemain lagi lu gua akak ni ye.ahaha.
@Ima Salsuzaima
Tgh malas mmg camtu wak. :D
Post a Comment