Showing posts with label love FAMILY. Show all posts
Showing posts with label love FAMILY. Show all posts

Saturday, February 8

DIY Tunang : Hantaran & Goodies (Part 1)

Assalamualaikum..♥


Dulu kekecik selalu berangan bila dah besar nanti nak kahwin macam princess jalan sambil seret kaen. Nak buat kad kahwin sendiri, hantaran, pelamin. Nak isi goodies dengan jajan banyak banyak. Malam sebelum nikah nak pakai inai sambil gosip hal hal bujang buat kali terakhir.


Hoi! Seronok okay.


Semua benda rasa nak DIY je. Kurang sikit belanja. Bukan apa cuma nak rasa pengalaman susah senang sebelum majlis. Lebih lebih lagi kalau hasilnya tiptop! Tersenyum puas sepanjang majlis :)





Alhamdulillah majlis pertunangan saya pada 11 Januari berjalan lancar. Semua teratur seperti yang dirancang. Especially part pelamin dan hantaran DIY kami. Still standing greatly to the last. Bertunang, berkahwin sekali je seumur hidup. So make it the best!


Untuk majlis tunang hari tu saya utamakan hantaran, goodies tetamu dan pelamin. Kedua baru fikir pasal baju, tudung dan mekap. Ketiga benda kecil like bunga tangan (hand bouquet), jamuan makan dan belanja perjalanan. Hmm nampak macam sikit bukan? Padahal pecah kepala jugak handle semua ni. Sobs sobs.


Segala persediaan saya mulakan 2 bulan sebelum.


Mulakan dengan kumpul maklumat thru google and magazine like pengantin, hijab etc. Tengok dari segi segala perkara, so senang nak generate idea kreatif korang nanti. Seriously idea pelamin, hantaran and decoration saya datang dari sumber di atas almost 60%. First, cincin pertunangan dan duit tanda.





Beli lilin kat hinode, toreh sikit ikut saiz cincin dan sapu minyak masak untuk elakkan lilin merekah. Untuk duit tanda pulak, terfikir untuk jadikan origami tapi haiwan apakah? Tanya pakcik google then terjumpa video origami ramarama. Memang terbaek, tak susah nak buat dia.





Bila dah seronok buat set cincin, baru datang semangat nak buat yang laen hehe. Saya decide untuk buatkan hantaran dari pihak lelaki sekali (pink) senang sekali jalan. Hantaran dari pihak kami pulak warna hijau. 7 dulang berbalas 5. Antara barang hantaran kami sireh junjung, set barang, kek, buah, coklat dan baju.





Dari segi goodies tetamu pulak kami decide untuk bagi foods instead of barangan. Anggarkan berapa orang yang akan datang then mulakan dari penyediaan beg/bekas goodies. Lepas tu pilih jajan yang agak sesuai untuk dewasa dan budak budak. Google je design untuk 'beg kertas wafel' dan tadaa.





Saya tak deco sangat la just tambah reben ikut tema warna and tulis nama kami, date. Tak nak nampak sarat sebab isi dah cukup berat haha. Ooh ye, sebelum terlupa saya alas 'beg wafel' sebelah dalamnya dengan kertas keras. Untuk jimat, saya recycle kalendar :) Isi goodies dengan gugula, jelly, air kotak dan apollo.


Majlis makan sepenuhnya dihandle oleh ayahanda dari segi menu, tempat dan meja kerusi segala. Saya bank in duit je hehe. Menu nasi ayam penyet dan venue untuk makan adalah di bengkel perabot ayah yang boleh memuatkan 50 orang at one time.





Total perbelanjan;

Hantaran (kecuali cincin) - 862
Goodies - 169
Jamuan makan - 350


Selagi boleh kurangkan perbelanjaan, adalah afdhal untuk dikurangkan. Cuba gunakan barang sedia ada atau recycle. Lets be creative peoples! :)


Bersambung... Dengan sesuatu yang kami rasa agak menyesal di next entry! Bai..♥



posted from Bloggeroid

Thursday, February 21

Gua MALAS la letak tajuk..

Assalamualaikum

 

Kalau dah malas apa pun tak jadi bukan? Gua rasa dah lama sangat tak update. Rasa bersalah pulak dengan Nuffnang bila BE sentiasa mashuk sedangkan gua pemalas nak mamp heh heh. Otak rasa sebal. Tak tahu apa nak dicarutkan. Bukan sebab pilihanraya dah dekat. Bukan sebab Fizz Fairuz dah putus tunang. Pun bukan sebab baby ku di lambung orang gaji. Sumpah bukan!

 

Gua cuma malas je.

 

Semalam gua review balik entry lama. Lalu mengutuk dalam hati Ape benda lah aku mengarut. Tak best langsung. Takde info. Ayat cam cipan jatuh longkang'. Kemaen keji mengutuk diri. Masa tu gua baru nak up. Setiap saat gua rasa nak update tapi langsung takde maklumat best. Mengarut je banyak. Slow slow gua klik DELETE. Puas hati. Takde lah anak cucu gua dengan datuknya mengutuk di kemudian hari :D 

 

Dalam mood malas memang gua suka guna lu gua. Malas la nak taip ai =.="

 

Lepas review entry cabuk yang beratus ratus (je) tu dengan malasnya gua re-publish agak agak entry yang gua rasa orang seronok nak baca. Antaranya cerita seram gua dibaling buku sejarah. Lu orang boleh klik link atau skrol ke bawah lepas habis entry ni. Cerita gua ni ada bahagian kedua. Yang ni gua tak re-publish. Sambungan cerita dibaling buku sejarah oleh cikgu sejarah yang garang. Amboi panjang lah pulak :P

 

Sebenarnya gua rindu kat blog ni. Rasa nak peluk peluk je. Disebabkan itu gua up gambar terbaru gua barang sekeping dua. Moga hilang rindu lu orang pada gua. Puihh!

 

DSC00135

DSC00112 

DSC00125

DSC00154

 

Ber-GongXi Fa Cai bersama keluarga di Pantai Klebang, Melaka. Semua tak nak kalah pakai sandal bunga besar trend masa kini. Sanggup naek Mahkota Parade seround dua cari sandal yang serupa. Ibu pun turut serta tapi gua ketua dalam hal ni. Yang warna hitam tu gua punya.

 

Ok lah. Gua dah mula rasa rajin nak pergi mandi ni. Lu orang pergi baca kesah ngeri gua kena baling buku tu dulu okeh! Nanti gua datang balik.

 

Tata.

Tuesday, December 25

Bonda :)

 

Assalamualaikum.

 

It’s been awhile! Sorry guys. Nak dapat idea untuk menaip ni bukan senang. Kadang kadang dah taip panjang berjela tup tup tak tau nak ending macam mane. Maksudnye takde 'moral of the entry' so follower baca macam sia sia. I kan blogger picisan je. Ade ke orang nak baca kalau setakat update membebel tanpa hala tuju ke jalan yang benar? Macam takde kan –.–"

 

Ok dah. Bukan soal blog picisan yang mahu disembangkan tapi tentang bonda. Pejam celik pejam tak celik celik (ehh?) lagi seminggu je tinggal dalam 2012. Rasa macam baru semalam tengok bunga api tahun baru kat belakang rumah. Lepas ni 2013. Umur tambah lagi satu dah jadi 25. Boyfriend takde. Kahwin entah bila… blablabla. Ehhhh apehal ter-cerita pasal diri sendiri pulak ni!

 

Huhh tarik nafas. Lepas. Tarik nafas lagi. Lepas. And now back to the topic. Tahun baru dengan bonda memang sinonim because she was born on 1st January! Every year bonda was like.. "Wahh satu dunia cuti nak celebrate birthday mama kann.." Sambil senyum senyum tengok langit, buat muka terharu. Over taw!

 

So cerita pasal Bonda.. You know what, I or we (siblings) always relied on her. On any situations. Any-unhappy-thing happened. Anything we just like..

 

" Maaa.. tengok ni. Macam ada koyak sikit la dekat lengan baju ni "

" Mum.. Muka naek jerawat la. Dah buruk dah. Alaaaaa acane ni.. Nak cantik! Nak cantik! "

" Mother.. Tengok ni bakal menantu kesayangan you buat hal lak taknak jawab call. Cari laen boleh tak? Hikhik "

" Hello bonda.. Acane nak masak ayam masak kicap? Ayam dengan kicap ada dah ni.. Lagi? "

" Mama.. Ok tak pakai dress up camni? Tudung ni match tak? "

 

 

And for every single question, she will have the best answers, the best solutions.

 

" Ambil benang jarum. Sini ma jahitkan "

" Banyak berangan la tu. Makan ubat cuci darah, lepas tu pakai krim malam biar hilang kesan jerawat. Seminggu mesti cun dah! "

" Die tengah drive kot. Try call esok la. Takyah gatal sangat nak cari laen. Ma suka dia je jadi menantu ma.. "

" Ape la masak ayam kicap pun tak tahu. Itu la dulu suruh masuk dapur sebok maen facebook lah, belog lah, hape semua lah blablabla.. Ni masak untuk berapa orang? Bahan tumis semua ada beli tak? Mula mula…. "

" Macam tak kena je tudung tu. Cari la warna terang sikit. Pastu ambil brooch ma tu letak kat bahu. Haaa baru ok! "

 

 

As like every mother in the world did, membebel panjang dulu sebelum bagi jawapan. Biasalah tu kan. Dalam umur 24 ni baru I sedar yang bonda adalah segalanya. Kalau tanya kat ayahanda, he will also have the answer but not as complete as mother’s. Paling koman pun ayahanda kan jawab..

 

" Go and ask your mum.. "

 

=.= "

 

 

Baru baru ni bonda and her new family went for a family trip to Cameron Highlands. This is not the first time she left us for a holiday but this is my first time I feels like 'jauhnya mama pergi..' Almost every hour I will call her to know where she go, is everything all right up there, how’s the weather, dah makan ke belum, esok balik pukul berapa etc. etc. I don’t know what it’s called but I can say that I MISS HER like in every second.

 

Pernah dulu I move out sebab ada selisih faham dengan bonda. Sebelum pindah I’m thinking of 'is there anything else that I need her to help for, anything that will make me to look for her'. After move out then I realized 'susahnya mama takde..' To accompany me shopping new-home-stuffs, to help me clean up the house, teach me how to arrange those stuffs. Because mother always knew better, right?

 

Alhamdulillah, it is not too late for me to realize how important a mother in life could be. Walaupun pada umur 24 tahun. Allah berikan I peluang untuk memperbaiki kesilapan lama, untuk lebih menghargai apa yang ada didepan mata. That’s why Allah said mother comes as the first three important person before father, to be respect and love.   

 

Ya Allah, Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil.. Aminn

 

 

Bonda

1st January 2013. Selamat Hari Lahir (in advance) yang ke-41 buat Bonda tercinta :)

 

Thanks for being the sweet and sour mother in the world. Thanks for every inspiration that have lighten my 24 years of life. Thanks for everything. I mean every single thing that we have gone through, together.

I love you MOMMY !

 

 

 

I wonder how am I gonna live without her :'(

Tuesday, October 9

Sehari Sebelum..

 

DSC09260

 

Walaupun ayahanda tak dapat datang. Walaupun ayahanda tak sempat merasa bangga melihat anak ayah naek pentas untuk segulung ijazah. Walaupun ayahanda tak dapat tolong betul betulkan jubah anak ayah. Walaupun ayahanda tak dapat sama sama ibubapa laen ambil gambar sana sini. Walaupun ayahanda jauh nak bagi pelukan gembira untuk anak ayah..

 

 

Anak ayah ni sentiasa sayang ayah :')

 

 

Terima kasih atas segala penat lelah ayahanda mencari rezeki untuk perbelanjaan anak ayah. Terima kasih atas segala pengorbanan menghantar dan menjemput anak ayah ke sekolah hinggalah ke universiti. Terima kasih atas nasihat supaya berdiri atas kaki sendiri. Terima kasih untuk setiap senyuman yang memberi kekuatan kepada anak ayah untuk menjadi seorang yang cekal dan sabar. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan. Terima kasih untuk segala galanya..

 

 

IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN

buat ayahanda kesayangan..

 

 

Meh LIKE!

Friday, October 5

5 years is OVER!

 

DSC09174

Alhamdulillah segalanya selesai Happy

 

Dari proses ambil jubah, perjalanan 4 jam ke Kuala Lumpur, hantar jubah ke dobi sebab tak larat nak iron, bayar RM5 per day untuk parking di rumah tumpangan, booking gambar untuk family, beli UM-car-sticker for officemates, menghabiskan duit bershopping-tak-hengat, batak dengan LRT, tidur tak lena takut lewat bangun untuk konvo, sebak dalam dewan, bergambar dengan family dan akhirnya berjumpa ayahanda kesayangan di Muar. Fuhh!

 

Dah semua dah tamat.

 

Empat tahun setengah belajar hanya untuk catwalk 10 saat atas pentas dan sekeping ijazah. Berbaloi, bukan? Yeahh untuk masa depan dan kenangan tunjuk kat anak cucu bila dah tua nanti hihi.

 

 

Oops nampak taring pontianak ai! Blushing

Nampak? Meh LIKE!

Wednesday, September 5

4 Things About Your Cell Phone

 

Actually

4 Things That You Don’t Know About your Cell Phone

 

 

There are few things can be done in times of grave emergencies. Your phone can actually be a life saver or an emergency tool for survival. Check them out!

 

1. EMERGENCY

The Emergency Number worldwide for Mobile is 112. If you find yourself out of the coverage area of your mobile network or (trapped in a lift, etc.) and there is an Emergency, dial 112 and the mobile will search any existing network to establish the emergency number for you. And interestingly, this number 112 can be dialed even if the keypad is locked. Try it out.

 

2. BATTERY POWER

Imagine your cell battery is very low. To activate, press the keys *3370#. Your cell phone will restart with this reserve and the instrument will show a 50% increase in battery. This reserve will get charged when you charge your cell phone next time.

 

3. SERIAL NUMBER

To check your Mobile phone's serial number, key in the following Digits on your phone: *#06# . A 15-digit code will appear on the screen. This number is unique to your handset. Write it down and keep it somewhere safe.

 

If your phone is stolen, you can call your service provider and give them this code. They will then be able to block your phone so even if the thief changes the SIM card, your phone will be totally useless. You probably won't get your phone back, but at least you know that whoever stole it can't use/sell it either. If everybody does this, there would be no point in people stealing mobile phones.

 

 4. DIRECTORY SERVICE

Cell phone companies are charging us $1.00 to $1.75 or more for 411 information calls when they don't have to. Most of us do not carry a telephone directory in our vehicle, which makes this situation even more of a problem. When you need to use the 411 information option, simply dial: (800) FREE411 or (800) 373-3411 without incurring any charge at all.  Program this into your cell phone now. This is sponsored by McDonalds.

 

*  *  *  *  *

 

Hamboi kemaen speaking lagi kannn! Heee I copy paste dari email je. Something good to share kan so why not. Apetah lagi blog yang semakin berkulat ni. Entry Ramadhan sebijik. Entry raya haremm takde. Entry merdeka terus hmmph! Pemalas tahap dewa langit ke lapan belas. Mujur BE hari hari mashuk. Itulah rejeki namanye Alhamdulillah.

 

Nah hadiah satu untuk pembaca/pengskodeng yang rajin menjenguk Milly Molly! Thanks all.

DSC09001 
Sisters – With Adif

 

SELAMAT HARI RAYA & SALAM MERDEKA

 

Semoga negara kita sentiasa aman dan tenteram aminn. Pengguna phone sekalian, canggih manggih mana pun phone kalau tak explore baek campak masuk peti ais je. Gunakan lah sebaek mungkin. Cell phone is a human best friend, right? Ask your phone for anything. Kalau tak takkan lah wujud TAIP ON CINTA hantarkan ke 39999 untuk mencari pasangan anda. See? Flexible much?

 

LOL!

 

Good night peoples Big Grin 

 

Love, Milly.

Monday, January 16

Ayahandaku 1-Malaysia :)

 

Assalamualaikum wbt.

 

Hupdate jap sebelum tidur hehe. Selepas pulang dari kerja tadi (ecehh pulang konon!) ayahanda ku tetiba start enjin van beliau tanpa ku tahu ke mana arah hala tujunya sehingga waktu ku hendak mandi tetibe (lagi) tercongok empat kotak besar limau cina atas meja makan. Penat tak baca satu nafas? Haha. Maaf maaf excited sangat.

 

 DSC07877

 

Haa ni lah limaunye.. 1Malaysia enough? Errr actually Tahun Baru Cina je ayahanda sakan beli limau. Masa Deepavali takde pulak sakan beli maruku Haha! But still consider 1Malaysia an? an? an? Terima kasih kepada yang menganggukkan kepala =.='

Tapi an masa Deepavali ayahanda bagi diskaun tau untuk tempahan perabut to Indian walaupun tak borong muruku atau kain sari (tak memasal) Kira oke la an? Bukan apa kang siapa pulak nak makan maruku bertongtong tu, laen lah limau mandarin. Ade vitamin C der! ;)

 

DSC07880

 

Tak caye meh bace khasiat limau mandarin..

Kandungan Vitamin C yg tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.

Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru2 untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru2 dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.

Info dari SINI

 

Confirm!

Lepas ni sarapan limau, makan tengahari limau, makan malam limau and makan tengah malam pun limau! Hehe terima kasih ayahanda kerana menjadi seorang ayahanda yang prihatin dan 1Malaysia (tak memasal lagi) Empat kotak adalah bermaksud satu kotak untuk satu orang-melantak! Yeaahhaa..

 

Oke cukup!

 

HAPPY CHINESE NEW YEAR

and

HAPPY HOLIDAY! #inadvance

 

Good night readers! :)

Monday, December 26

Housewife??

 

Assalamualaikum wbt.

 

Jangan terkejut dengan tajuk housewife I tu Hehe! Entry ni cuma nak share pengalaman I menjadi surirumah-tanpa-suami for almost three weeks. Siapa kata isteri yang tak bekerja duduk rumah goyang kaki je tanpa mengeluarkan peluh? Siapa kata jadi surirumah tak penat?  

Sepanjang tiga minggu I spend time at my sister home (Johor), tugas harian I dah sebijik macam surirumah sepenuh masa. Penat woo!

 

DSC07670Awni – First niece :)

 

Bangun pagi lepas Subuh kena siapkan sarapan untuk adik I and sambil tu kena basuh baju. Mujurlah dengan teknologi sekarang ni semuanya agak-agak mudah. Mesin auto la katakan, letak je baju setengah jam lepas tu dah boleh sidai. But sometimes ade juga yang menambahkan kerja bile I lupe nak salurkan saluran air mesin basuh tu ke toilet. I guess you know what happened then.. Satu dapur banjir wehh!! Alahaiii…

 

Pung pang pung pang buat kerja pagi tetibe dah nak tengahari. Oke! Sekarang kena fikir ape nak masak untuk lunch pulak. Tugas sebagai surirumah ni melibatkan mental dan fizikal. Seriously, berfikir itu adalah sangat penat! Dah dapat menu lunch yang I pakai hentam je dengan ape yang ade dalam fridge, now kena bersihkan rumah (sambil memasak).

 

DSC05853 Paling kanan. Aimi – First nephew :)

 

Bersihkan rumah ini membawa maksud menyapu dan mengemop lantai. Yang ni memang kena lakukan setiap hari sebab anak buah I sangat gemar kotorkan lantai dengan menumpahkan susu diorang. Not only susu la actually sebab semua yang diorang makan mesti akan berterabur and lantai akan melekit. Tahap kesabaran yang amat tinggi diperlukan disini ye! Kalau tak bagi makan biskut-teddy tu nanti menangis pulak sampai satu taman dengar.. Haihh!

 

Lepas lunch ade time rehat jap untuk I tengok dongeng Indon kat TV3 setiap hari tu or spend time untuk baca novel. Oh ya, lupe nak masukkan sekali tugas sampingan. Lepas masak and makan of course la kena kemas dapur and meja makan bagai an. This is also one of the most leceh part! And yang paling meningkatkan rase penat tu bile tidak mendapat kerjasama dari orang sekeliling. Adik I, yang die tau makan je.. =.="

 DSC07777 Her fav song – Dadali, Di saat Aku Mencintaimu

 

Evening, I kena ready kat rumah sambut kepulangan anak-anak buah dari taska. Macam tunggu suami balik je an hehe. Sebelum tu kena siram pokok bunga, angkat baju kat ampaian and sapu laman..

 

Sebelah malam adalah waktu bersama keluarga #ecehh! Melayan kerenah anak buah, bagi makan, minum susu and tidurkan diorang. Mane pergi mama diorang? Ade je tapi I terpaksa ikhlas dan memahami la yang Along I penat bekerja huhu #sounds ikhlas much?    

 

DSC07768Awni and her mum – Along

 

All of the routine must be done like everyday! Duhhh..

But now I know how hard it is to be a housewife. But that doesn’t mean I don’t wanna get married LOL! Cume berharap I akan berkahwin dengan seorang kawan dan suami yang memahami dan boleh bertolak ansur #senyum sambil garu dagu pandang atas..

Gediq! :)

 

After all I can say that semua lelah hilang bile tengok muka anak-anak buah I time diorang tidur. Comel sangat! Feel like so calm and relief..

 DSC07761

 

Maka girls jangan-lah takut untuk menjadi seorang isteri kerana jasa dan pengorbanan kamu amat berharga buat keluarga. Juga buat guys, jangan sesekali perlekeh para surirumah dan rajin-rajinkan-lah ringankan beban isteri kamu nanti ye!

 

p/s: Kaum hawa adalah sangat fleksibel bukan? ;)

 

Jom LIKE!

Monday, September 12

Eid Mubarak! ^^

 

Assalamualaikum..

Tajuk ni sepatutnya untuk entry-tertunda terakhir. Tapi setelah di request oleh member yang ingin melihat I berbaju raya maka entry ini di bawa ke depan. Tahun ni turn kami adik beradik beraya dengan family sebelah ayah, di Muar with warna tema merah..

 

So, this is my family..

DSC05828

Itu tiga orang anak buah I, Aimi, Awni and Afif. Yang si Aimi tengah galak tengok atok die :)

 

DSC05816

My little sister, Fify and family. Anak beliau, Shafezrul Afif..

 

For this eid kami tidak direbut-rebut oleh parent lagi untuk beraya ke mane and what-so-ever since tahun ni my mum and family pun beraya di Muar ;) Hari raya pertama kami pulun beraya ke  rumah saudara mara sampai ke malam. Hari raya kedua pula duduk kat rumah tunggu kunjungan balas dari diorang. Hehe!

 

 

Erm. Sampai seminggu raya pun sebenarnya kami duduk di rumah sahaja. Makan kueh raya sambil tengok astro –.–'

To be honest I tak ramai kawan kat Muar, itu yang stay at home je. Al maklum 7 tahun merantau belajar kat negeri orang. Sampai nama jiran sebelah rumah pun I tak ingat. Ape tah lagi nama ketua kampung yang tandatangan surat akuan untuk I masuk kampus dulu. Hampeh bukan?

 

 

*  *  *

 

DSC05845

 

Oke guys!

 

SALAM LEBARAN

and

MAAF ZAHIR BATIN

 

If ade terkasar, tersasul, terlazer sepanjang I berbelog ni. Takde manusia yang dapat lari dari buat kesilapan. Saling memaafi itu kan lebih indah :)

Selamat kembali bekerja dan kembali belajar untuk kalian semua.

 

 

Take care!

 

 

p/s: more picture of ME and family di entry JB With Love. Tunggu..~

 

More entry-tertunda klik SINI

Friday, May 6

Happy Mothers Day Mummy !!

 

Masyarakat di 46 buah negara termasuk Malaysia memilih hari Ahad kedua dalam bulan Mei sebagai Hari Ibu.

 

Tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 8 Mei 2011

 

# Budaya sambutan Hari Ibu di setiap negara adalah berbeza berdasarkan amalan sesebuah masyarakat. Biar bagaimanapun cara Hari Ibu disambut di serata dunia, ideanya adalah sama iaitu..

Menyatakan rasa cinta, hormat dan terima kasih di atas kasih sayang yang dicurahkan dan pengorbanan para ibu..

 

 

Terima kasih mummy untuk segalanya, selama 23 tahun Angah hidup kat muka Bumi ni Love Struck 

 DSC01935

 

 

I like this ads statement :

Orang kate, kalau nak tengok wajah bakal isteri waktu da tua, tengok la wajah ibunya sekarang..

 

Iye ke ?? Raised Eyebrow

 

Kalau suke boleh LIKE!

Reunion Family : Heaven! - Exam : Opposite of Heaven?

Assalamualaikum Big Grin

 

Hi guys! Last week I balik JB. My mum ada buat makan makan. So, semua adik beradik akan berkumpul. Sangat heaven! Balik seperti exam sudah habis sahaja, padahal baru satu paper berlalu. LOL!

 

Enuf. Let me start with the long and tiring journey. Jumaat, 12.30 bertolak ke Muar. I keluar rumah dua jam setengah awal. Haha. Gila semangat an kau nak balik! Singgah Muar dulu sebab nak kena ‘jemput’ adik bongsu I untuk gerak bersama sama ke JB. Adik terhormat nak kena jemput jemput. Ceh! Padahal saiz badan dan ketinggian beliau sudah melebihi kadar boleh-naek-bas-sorang-diri. Tapi faktor umur yang baru 14 tahun, redha je lah seharian hidup dalam bas. (Photo : Apa pun tak boleh. Ehemm. Study sementara tunggu bas kat TBS)

 

DSC01805 

Tiket ke JB at 8pm but the bus delayed sampai an hour since hujan lebat and jammed bagai. Sementara tunggu tu I realize something, berlaku depan mata : Muka cantek tapi buruk! True story. I cerita panjang panjang kat next entry taw. Entry ni nak cerita pasal I balik kampung je. Hehe!

 

Sampai JB around 12 and having heavy supper together. Errr actually its a dinner. Satu family terpakse berlapar tunggu ketibaan kami. Kasihan mereka. (Photo : Little brother and sister. Danial and Dania)

 

DSC01820

DSC01816

 

Saturday. The day of the event. Bangun seawal mungkin untuk tolong mama prepare makanan. Menu utama pulut kuning, kari daging, laksa Johor, ketupat and rendang ayam. Da macam raya je an. Semua bahan dikerjakan sejak pagi and majlis start after maghrib. Tetamu yang datang around 50 plus adik beradik I semua, memang gamat habis satu rumah. Suppose majlis dibuat kat luar rumah but suddenly hujan lebat malam tu. (Photo : Antara jiran jiran yang hadir. Thanx!)

 

DSC01900

 

Sibuk sangat waktu tu sampai nak photoshoot dengan family pun tak sempat. I and adik amik ‘tender’ melayan tetamu, basuh pinggan, packing lauk etc etc. Buzy amat! Harap maklum. Kami cuma sempat snap gambar ni. (Photo of the day : With adik Fika. Warna tema HITAM!

 

DSC01897

 

The event ended around 12 am. Quite tiring but sangat seronok dapat organize ‘reunion’ family. Selalunya dapat gather time raya je Hehe. Itupun duk bergilir dengan turn beraya di Muar. Al maklum, having two parents in the same time. Ni belum lagi masuk keluarga mertua Haipp!

 

Sunday. Dah wajib balik ke KL. Memikirkan hari Khamis I ade dua paper dalam satu hari. Reunion dengan family memang agak HEAVEN. Tapi paper secara double ini amatlah HELL. Both killer paper and to make it worst, it’s a theory subject. Oh man! Mujur mama drop I kat Muar and ambik bas dari sana je. Jimat plus tak penat lelame dalam bas. I gerak at 5 pm and sampai TBS ade lagi satu kejadian dengan tajuk : Orang tua gatal! Also in my next entry. Tunggu..

 

So, that’s all for today. Berjumpa lagi di laen entry. Doakan Milly untuk next paper this coming Monday ya! Last paper for the whole year of study. Big WOW!! Hehe. Tak sabar. Oke la, ni  last picture for y’all.. (Photo : Mama’s new family)

 

DSC01930

 

Have a good day guys. Thanx for reading !Love Struck

 

Kalau suka boleh LIKE!

Friday, April 8

Tick on My Wishlist! ;)

Assalamualaikum..

 

Fuhhh! Fuuuhhh!! Tebalnye habuk kat blog ni, haishh. Seminggu beb tak update. Maaf ye readers, tak dapat nak follow back.. Tak sempat nak reply komen.. Tak larat nak blogwalking langsung :( Jadual pack tak hengat punye!

Tapi an, dalam busy sempat je menge'tick' senarai hajat ahha! Ini bukan secara online, jadi memang ade mase untuk 'mereka' ye..

 

Sempat balik rumah! Oh, rumah-manisku :)

On 31st March, Thursday. Seawal mungkin! *kalau boleh habis kelas kul12 terus nak langkah masuk bas!* Agak melampau bukan semangat ini? Gerak sorang ke Terminal Bersepadu Selatan, yang agak besar dan buat I sesat! Kejam. First time mendarat kat TBS nih, habis semua orang I tanye arah ke bas Transnational,. Dah la terlewat sampai, turun kat balai berlepas 5 minit before bas gerak. Tak sempat nak snap gambar untuk tempek kat sini. Maaf ye..

Ape pun, staying home for almost 3days memang heaven Hehe! Boleh makan puas-puas, layan CSI sampai pagi, pakse adik beli jajan,. Kat KL mane nak dapat semua ni, study study study!! Itu je lah. And yang paling penting dapat jumpe ayah kesayangan :)

 

Bershopping sakan dengan adik :)

Aktiviti wajib bile I balik rumah, menghabiskan duit! Kebetulan pulak mase I balik tu gaji part time da mashuk. Gile tak shopping!? Sampai habis I kerjakan Hehe! Tapi an, time 'kebetulan' duit I ade.. 'Kebetulan' jugak la beg sekolah adik I rosak,. Kasut I nak pergi wedding tertinggal,. Barang make up habis.. Ohhh! Suratan atau kebetulan,..

Baki dalam akaun .. negative! Err,. kadang-kadang ade jugak rase menyesal balik rumah.. (=_______=)"

DSC01295  My little sister, Fika. Paling hebat dalam urusan menipiskan wallet I!

 

DSC01304 Bukan check baki akaun ye, tapi tengok list kat mane lagi nak habiskan duit!!

 

Z for Mr. Pinky :)

Kat entry Kekasih Hati Yang Baru ni, I ade kate nak search for letter ‘Z’ sticker an. And I found it!! Comel je die dah ade name tag Hehe! Setakat ni, beliau adalah kesayangan I yang tersayang. Erkk.. Paling sayang lah!    

 

DSC05712 Maaf, Mr. Pinky agak 'layu' sedikit malam ni. Da ngantok katenye..

 

Meng’halal’kan diri untuk memandu kereta! Yeahhh :)

Actually baru je hari ni kejadian tersebut berlaku. Bangun seawal 6.20 pagi, and gerak ke Gombak untuk settllekan proses dapatkan lesen kereta. Of course la mandi, make up, dress up bagai dulu an.. Agak-agak la bangun terus pergi kejar LRT, gile mamai kau! Perjalanan sejauh 17 stations, as I mentioned dalam entry  Weekend Yang Hebat before. It takes about 45 minutes.  

After registration, kena tunggu turn. I start with ‘on the road’ part, followed by the other three things on track. Alhamdulillah, pegawai JPJ yang I dapat sangat la baek hati berborak sampai bagi I lulus terus Haha! Tapi ade special friend I tu an, siap dapat puji-pujian and highest mark *jeles oke!*

 

DSC01480During registration..

 

DSC01481 Menunggu giliran..

 

Overall, sangat happy for this one-of-the-most-important-thing-in-life, when I manage to passed them. Terus call ayahanda tadi and mintak belanje topup! Kalau kat rumah, boleh la mintak kfc satu bucket, set bilik tidur mewah tema kuneng, Myvi pink limited-edition ke an? Hehe lulus ujian memandu je pun, over kau nox! But Myvi,. Ohhh! Im so in love with this thing so-called, CAR.. ;p  

Nak sebijik boleh?!

 

Wedding & Reunion :)

I will share this on the next entry! With a lot of picture of us.. Tungguuu…

 

.***

 

Five things in a row, in a week. Happiest thing but I am physically and mentally tired. When it comes to presentation, assignment, study.. Oh man! I was really like to give up all this, and let the rules of life bring me forwards. Thinking of study matters and such, it’s really really sucks exhausting. But, when there are friends, family, special friend by you,. Things will become better and better :) Alhamdulillah, for such a good life..

Till then. Good night guys!

 

DSC01277

   

RANDOMLY :

 

Sila LIKE jika kamu LIKE :)

Monday, December 27

Ok, Yang Ketiga Juga Sepet !

dari yang sorang ni

IMG_1017

sorang lagi

IMG_1016

dan yang baru berumur 2 hari ni

DSC01109

hehe motif ? nak bagitau adik Amy selamat melahirkan baby boy on 26th Dec 2010 :) so da ade tiga orang anak buah yeay ^^

happy for her and husband !

AmySay : mahu juga ! ngee

Monday, November 15

Home MANISSS home :)

Hallo hallo! Amy di rumah. Ooo yeah, finally kembali ke daratan haha

Rindu nak bergosip dengan adik Fika
Rindu berebut laptop dengan adik Mizzi
Rindu tengok step-mum masak kat dapur
and yang paling penting, rindu bermanje dengan ayah kesayangan!

ye, saye ANAK AYAH :)

Pulang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di rumah dan makan sepuasnye. Yihha!


raye 2

AmySay : sedang gian edit gambar gune PhotoScape :) 


Exchange Link