Walaupun ayahanda tak dapat datang. Walaupun ayahanda tak sempat merasa bangga melihat anak ayah naek pentas untuk segulung ijazah. Walaupun ayahanda tak dapat tolong betul betulkan jubah anak ayah. Walaupun ayahanda tak dapat sama sama ibubapa laen ambil gambar sana sini. Walaupun ayahanda jauh nak bagi pelukan gembira untuk anak ayah..
Anak ayah ni sentiasa sayang ayah :')
Terima kasih atas segala penat lelah ayahanda mencari rezeki untuk perbelanjaan anak ayah. Terima kasih atas segala pengorbanan menghantar dan menjemput anak ayah ke sekolah hinggalah ke universiti. Terima kasih atas nasihat supaya berdiri atas kaki sendiri. Terima kasih untuk setiap senyuman yang memberi kekuatan kepada anak ayah untuk menjadi seorang yang cekal dan sabar. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan. Terima kasih untuk segala galanya..
IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN
buat ayahanda kesayangan..
Meh LIKE!
6 comments:
sayu pulak bace..(-_-)
Sedih
tanpa ayah siapalah kita =)
@asliner
It is just something from the heart :')
@Anonymous
^^ Tq Anon!
@aDiB sYaZWaN
Hehe saya sayang ayah saya!
Post a Comment