Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Friday, May 17

Kerja Biar Ikhlas – Selamat Hari Guru!

 

AssalamualaikumLove Struck

 

Hai semua orang. Buat apa tu? Semua orang sihat? Dah mengundi? *ehhh* Cover line kemalasan tak update selama sebulan sepuluh hari. Ok fine. Takde siapa pun perasan sebenarnya. Ciss

 

Kerja ofis kira duit keluar masuk je pun penat macam kerja kontrak buat jalan tau tak. Jangan pandang akauntan sebelah mata. Diorang angkat batu kayu (buat jalan pakai kayu?) segala bagai nak siapkan jalanraya, saya tekan kalkulator nambelasratus kali setiap hari nak seimbangkan akaun. Diorang gerakkan bajak (atau JCB tapi bukan GCB Mcd), saya gerakkan tetikus komputer selang lapan saat. Letih tahu!

 

Kalau akaun balance then boleh senyum girang sampai ke telinga. Kalau tak balance alamatnya..

 

Musibah melanda. Crying

 

Pecah otak fikir mana hilangnya tujuhposen. Saat ni paling rasa-nak-tikam-diri-sendiri. Rasa nak keluar duit poket pun ada tambah tujuhposen tadi. Empat jam fikir baru dapat selesaikan masalah. Masa ni jangka hayat otak cuma tinggal 15% sebelum meletop. Kau bayangkan.

 

Tapi kerja tetap kerja an. Itu tanggungjawab. Bonda kata tak baek merungut..

 

* * * **

 

Saya akauntan. Tanggugjawab saya untuk kira dengan tepat, siap justifikasi sesuai untuk setiap sen keluar masuk. Kalau saya pekerja kontrak tanggungjawab saya untuk bina jalanraya yang selamat. Kalau saya doktor, tanggungjawab saya untuk mengubat sakit manusia. Dan kalau saya cekgu, tanggungjawab saya untuk mendidik anak bangsa kenal abc, 123, alifbata dan segala jenis ilmu.

 

SELAMAT HARI GURU

 

Buat semua para pendidik. Cekgu tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, pensyarah matrikulasi, pensyarah universiti semua semua lah. Terima kasih untuk segala ilmu yang dicurahkan. Penat lelah seorang cekgu terubat bila melihat anak muridnya berjaya. Sesungguhnya tanpa cekgu tak wujud akauntan, engineer, doktor, tukang masak, bos, tukang buat jalan kat dunia ni. Jasamu terlalu besar dan akan sentiasa dikenang CEKGU! Juga teristimewa buat cekgu gula hati saya suatu masa dahulu dengan ucapan bila nak update blog? Dah bersawang gamaknya tu haa.

 

Btw, nak baca kesah saya dan zaman persekolahan? Jomm.

 

# Kisah Dahulu Kala I – Budak gemok

# Kisah Dahulu Kala II – Cinta Monyet?

# Kisah Dahulu Kala III - Kantoi

# Kisah Buku Sejarah 

# Kisah Buku Sejarah II

 

* * * **

 

Orang kata apa pun kerja yang kita buat mesti kena buat dengan ikhlas baru lah rezeki tu berkat. Alhamdulillah dah setahun memegang tugas dalam bidang kewangan ni, dah mula faham apa sebenarnya kerja yang saya tengah buat hehe. Hantar tugas mengikut dateline. Bila kita gembira dengan kerja kita, insyaAllah orang laen pun akan puas hati dengan hasil yang kita bagi. Ini baru lah terbaek :)

 

DSC00173 # bos saya cute kan? Heh heh

 

 

Thanks for reading!

Wednesday, February 20

Kena Baling Buku Sejarah ! Sakit Beb !!

Assalamualaikum
Bengang tahap bangang seh tadi ! Boleh lak gua tertinggal atm kad kat rumah. Bukan rumah sewa kat KL au, rumah kat Muar nun -_____- hampeh bukan ? Punye la semangat gua buat list barang ape gua nak shopping. Tup tup kad takde dalam wallet. Uiiiyai hilang semua mood shopping !! Lalu gua call ayah..

Me : Ayahku, anakmu perlukan duit :(
Ayah : Ok nanti malam ayah bank in ye
Me : Sekarang tak boleh ke ayahku ? :(
Ayah : Jalan jammed la, Susah cari parking blablabla..
T_________T
Air mate turun lebat
..

..

..

..

..

Hey hey, tak rock la nangis !! Gua hilang mood setengah jam je tadi and ayah pun da bank in duit. yibbaaa !! :DD

[ Back to the topic ]

Gua pernah kena baling buku mase sekolah. Korang ade ? Mesti takde an sebab gua tahu korang semua baek je kat sekolah an an ?? Tak macam gua, baek memang baek tapi silap gua jadi pengawas pulak mase sekolah tu. Mesti korang pelik an kenape gua yang baek and jadi pengawas ni kena baling buku. Seriously gua memang sopan beb mase sekolah. Melawan cakap cekgu sikit pun tak pernah apetah lagi nak calarkan bmw cekgu.

Tapi cekgu sejarah gua ni la, beliau anti dengan pengawas :( Beliau kate pengawas macam bagus bagus, berlagak pakai uniform biru. Kalau dalam kelas tu, mesti beliau attack para pengawas untuk jawab soalan. Nak nak pulak kelas gua kelas yang paling ramai jumlah pengawas iaitu tujuh orang. Seantero kelas memang cuak la kalau time sejarah ni. If ade tugasan bace page sekian sekian, korang WAJIB bace sampai muntah !! At the same time ingat facts yang ade dalam page tu.

Malam before kelas gua mesti check empat-belas kali kerja yang beliau bagi kot kot ade tertinggal or terlepas pandang. Tapi ade satu hari ni gua sengaja tak jawab satu soalan latihan yang beliau bagi sebab sangat sangat tak tahu jawapan ape nak letak. Gua tanye member member and diorang pun tak dapat jawab soalan tu. So gua pun rilex la an, ade gang kena marah nanti hehe. Bile tibe waktu sejarah ketaq jugak lutut gua beb, sambil doa banyak banyak kot kot beliau lupe pasal latihan tu. Tapi doa gua tak termakbul hari tu :(

“ Sape yang tak siap walaupun satu soalan tolong bangun. Bangun!!

Oh, lupe nak inform yang cekgu gua ni memang garang GILER !! (dialog di atas adalah dalam nada yang agak tinggi)

At first gua malas la nak bangun an sebab satu soalan je pun, bukan gua tak buat langsung tapi beliau start pusing pusing pulak kat meja gua. Tu yang gua berdiri jugak sebelum beliau kantoikan gua. Plus, member gua ramai da berdiri. Lebih sepuluh orang jugak la semuanya huhu. Gua tunduk je. Cuak beb cuak !! Tibe tibe..

“ Amylis, nape kamu tak buat ?? Da pandai sangat ??? Kamu ingat kamu pengawas kamu boleh buat ape kamu suke ?? ”

Gua diam. Lalu..beliau pun BALING BUKU SEJARAH kat tangan beliau dari arah depan, tepat ke muke gua !!! (tempat duduk gua second row dari belakang)


Tapi..


Gua berjaye elak (ala ala movie the matrix) and buku tu elok je park kat lantai. Gile kau tak elak, paling koman pun bersepai spec gua mase tu and maybe gua tengah meraba raba taip entry ni sekarang haihhh~ Mujur buku sejarah je, kalau kat tangan beliau mase tu kerusi kayu ?? Korang fikir la sendiri.

Kelas diam. Senyap. Sunyi.


to be continue..
 DSC05267

Nanti gua sambung ok, tungguuu.. :)
Thanx for reading me !



Rindu zaman belajar walaupun sakit :)
Re-publish entry _5th January 2011

Friday, October 5

5 years is OVER!

 

DSC09174

Alhamdulillah segalanya selesai Happy

 

Dari proses ambil jubah, perjalanan 4 jam ke Kuala Lumpur, hantar jubah ke dobi sebab tak larat nak iron, bayar RM5 per day untuk parking di rumah tumpangan, booking gambar untuk family, beli UM-car-sticker for officemates, menghabiskan duit bershopping-tak-hengat, batak dengan LRT, tidur tak lena takut lewat bangun untuk konvo, sebak dalam dewan, bergambar dengan family dan akhirnya berjumpa ayahanda kesayangan di Muar. Fuhh!

 

Dah semua dah tamat.

 

Empat tahun setengah belajar hanya untuk catwalk 10 saat atas pentas dan sekeping ijazah. Berbaloi, bukan? Yeahh untuk masa depan dan kenangan tunjuk kat anak cucu bila dah tua nanti hihi.

 

 

Oops nampak taring pontianak ai! Blushing

Nampak? Meh LIKE!

Sunday, September 9

Graduation day!

 

Am going to graduate! Naek pentas UM buat kali keduanya (yang pertama masa menari ko-k semester 6). Pakai jubah besar. Topi ada tali gantung gantung. Woooo! Tak sabar tak sabar.

image

 

Tentatif :

24th to 27th of September – Ambil jubah and souvenir

29th of September – Raptai

4th Oktober – THE DAY! 

 

Semangat apply cuti sampai seminggu. Niat pertama ingin menghadiri hari kemenangan tamat belajar dengan riangnya. Niat kedua ingin menabung sepuas hati di shopping mall berdekatan dengan jayanya. Suci kan? Rindu amat kuat pada Kuala Lumpur. Ohhh nak shopping nak shopping!

 

Checklist convo:


   # Baju kurung cun cun walaupun nanti takkan nampak dalam gambar sebab jubah besar. Tak dulik nak yang cun jugak.
#  Wedges pun cun untuk catwalk atas pentas sambil lambai macam model –.–'
   # Hantar baby pergi service as for the 4 hours journey, from JB to KL. Alone!
   # Cash and Touch N Go.  
   # Camera.

 

Wish me luck friends, especially for my long-journey-alone-driving. Dah nekad redah haje-lah kann. InsyaAllah dipermudahkan segalanya nanti aminn :)

 

Night peoples! Assalamualaikum.

Monday, October 3

Pakcik Ahmat..

 

Sunday, 18th September 2011

Gang 8’s gathering!

 

For the first move, kami pergi melawat ayah Tsya, pakcik Ahmat who’s kinda critical for about a month at Hospital Melaka. Sayu hati tengok keadaan ayah beliau, terbaring lemah dengan macam-macam mesin keliling. Mata terpejam. Sekali sekala terbuka mungkin tak selesa dengan salur yang ditebuk di leher. Terdetik dalam hati mungkin satu hari nanti kite pun menerima nasib yang sama atau mungkin lebih teruk. Siapa tahu kan..

Mengalir juga air mata after bersalam dengan si ibu, yang tetap setia menjaga pakcik Ahmat dari siang hingga ke malam.

Ya Allah, kau tabahkanlah hati hambaMu ini dalam menghadapi segala dugaan. Moga pakcik Ahmat cepat sembuh. Aminn :')

 

 

* * * * *

 

Friday, 23rd September 2011

Innalillahiwainnailaihiraji’un..

 

Setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya. Pakcik Ahmat akhirnya menghembuskan nafas terkahir di wad kecemasan selepas waktu solat Jumaat. Tergamam selepas dapat mesej dari Ayuni jam 7 malam. Macam tak percaya. Baru je minggu lepas kami pergi melawat beliau. Fresh in mind wajah arwah when I touch his hand, to tell that we come to see him. He just blink his eyes once like so hard and in pain :'(

Ajal maut di tangan Tuhan. Moga roh pakcik Ahmat dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aminn..

 

DSC06075 

Al-Fatihah

 

Sentiasa ada ketika kita lupa padaNya dan terlalu leka dengan dunia bukan? Ingatlah yang Allah tak pernah lupakan hambaNya. Mungkin esok lusa waktu kita pula untuk kembali. Bercakap untuk diri Milly juga as the most easy way to earn pahala adalah dengan mengingati mati. InsyaAllah :)

 

Terima kasih baca entry ni.

Wednesday, May 11

Orang Tua Gatal!

# Cabaran : 1 Hari 10 Entry (8)

 

Kisah kedua dari entry hari tu..

 

Tiba di TBS around 9pm dari Muar and I took train to Masjid Jamek. Time nak lintas jalan, ade sorang lelaki yang rase I layak panggil die pakcik staring at me. Lampu hijau, tapi die tak lintas. Dia tunggu I sampai kat zebra crossing tu jugak. Bajet nak lintas sama lah. Hah!

 

Pakcik tua : Hai. Balik kampung?

Milly : Ha’ah..

Pakcik tua : Asal mane ni? *oke, die da mule..*

Milly : Er, Johor..

Pakcik tua : Ni naek train, bf tak jemput ke? *ayat pancing nak tahu gua ade bf tak. cheesy lah pakcik!!*

Milly : Tak..

Pakcik tua : O. Kenape die tak jemput? *bapak penyebok an die neh*

Milly : Busy kot..

Pakcik tua : Bf pernah tak cakap awak cantek? Mata cantek. Senyum cantek. Body cantek *what the hell!!*

Milly : Erkkk..

Pakcik tua : Boleh kan saya puji direct camni? Mata cantek. Senyum cantek. Body cantek!

Milly : Ahha! Ye. Erm. Oke.! Saya jalan sane. Errr. Da..

Pakcik tua : Bye.. *dengan muke teramat gatal*

 

 image

 

Wohoo! Pengalaman ngeri kot. I paling tak boleh handle jumpa orang tua gatal camni. Eyeewwww!!! Bajet gua bangga la lu puji puji camtu, pastu lu ajak gua makan, letak ubat tidur, angkat gua masuk hotel  etc. etc.

 

Nak muntah seh! Geli tauk geli?

 

Mujur la after habis je dialog bongok di atas, kami terpisah. Fuhh! Lega gile dapat lari. One more thing, alhamdulillah masa tu ramai orang lalu lalang. Kalau tidak, mesti sampai nama kuceng jiran sebelah rumah bf gua pun die tanye. Hehhh!

Korang rase an ape masalah orang tua tu? Kematian isteri? Tak pernah jumpe perempuan dalam hidup? Part time inspektor polis? Memang tugas beliau interview pejalan kaki kat situ? Haihh..

 

 

Moral : Pasni takmo balik malam sorang sorang da. Serik!

You guys take care ya!

 

Jom LIKE!

Tuesday, May 10

Muka Cantik Tapi Buruk!

# Cabaran : 1 Hari 10 Entry (4)

 

Hi guys!

That day I promised nak story pasal tajuk entry ni kan? Maaf dah delayed terlalu lama. Well, ini bukan cerita seram atau lawak taw. Ini kisah perempuan yang pada I agak cantek la orangnya, but berperangai buruk..

Oke, lets start..

 

Waktu I tunggu bas hari tu (8pm), hujan lebat mencurah curah tak hengat. Semua orang ambik port berteduh kat kaunter tiket. Lebar tempat tu lebih kurang 1 meter setengah je. Orang ramai. Memang sempit amat la. Mujur I dengan adik dapat port kat kaunter yang da tutup.

 

Tak jauh dari I, ade sorang gurl (A) berteduh kat area sebelah kiri and sebelah kanan lak ada sorang lagi gurls (B) rancak berborak dengan kawan die. Before hujan tadi I perasan si A ni berborak sampai terduduk duduk kat tepi tu. Bergayut dengan bf maybe. I was like,.

“Eh, annoying betul. Muka biase je. Mengade nak bergayut lelame lak depan haku..”

 

Yang si B pulak. Dress up cantek, smart, look good etc. Nampak rancak berborak sampai la waktu hujan da lebat, suara die still boleh didengar.

Nak dijadikan cerita, masa hujan tu I nampak sorang makcik around 50 baru turun bas. Dari bas nak ke tempat berteduh tu agak jauh la untuk seorang makcik yang mengusung beg berat..

image 

I nak tolong, tapi ade mamat bangla lak dok tercegat depan I. Then I expect that si B akan tolong makcik tu angkat beg since makcik tu stop betul betul depan die. And you know what?? Si (B) tu buat tak tahu je beb! Padahal makcik tu dah basah kuyup da..

Tetibe, si A yang I duk bengkek tadi come to give a hand. Dia angkatkan beg makcik tu sampai tempat yang takde orang. I nampak yang die sangat prihatin and pastikan makcik tu betul betul selamat. Back to that B, she keeps talking and talking and talking..

 

***

 

Tak sangka, sekali lagi I terkena dengan idiom don’t judge a book by its cover. Si A yang I pandang buruk tu lebih baek hati dari si B yang berwajah cantek. Siyesly, I sangat shock tengok benda camni terjadi depan mata.

Maybe it just a small thing for y’all, but I do think its really show who you are. In fact, the real you. Even at public, perangai kena jaga oke!

 image

 

***

 

Kebetulan, I and that B naek bas yang sama. I heard she’s yelling..

Eee!! Siape punye sampah tak reti nak buang ni?? Takde kesedaran sivik langsung la.. blablabla.

 

What the heck!?

 

 

# Gambar sekadar hiasan..

Jom LIKE!

Semua Follow Member Je..

# Cabaran : I Hari 10 Entry (1)

 

Finally. Exam telah tamat. Bukan untuk semester ni sahaja, tapi tamat untuk seumur hidup weh !! InsyaAllah. Dah buat yang terbaek, yang tinggal sekarang ni cuma tawakal pada Allah … Happy

 

DSC01953 Company Law. My last paper, 9th May 2011

 

Oh ya. Maaf guys sebab entry I before ni emo semacam. Sampai guna bahasa ‘kau aku’ bagai an? Siyesly, bila I da guna bahasa yang luar biasa macam tu, means I memang betul betul marah. Special thanks to those yang drop comment. Anyway, takde paksaan untuk bace pun. Ini kan blog I. Peace!

 

Oke sila abaikan tentang tu. I nak story sikit sejarah bermulanya hidup I sebagai budak akaun. As you  know, kita kena pilih jurusan yang kita minat after PMR. Means, if you minat sains then you can continue your study at science class but if you are more in account, you have to move to art class. Ini berdasarkan pengalaman I after PMR la, maybe korang laen ke an..

 

I started with science class during form 1-3. Then after PMR gatai pi apply borang masuk teknik. Follow member! Umur kecik lagi kan, pendirian pun belum nak tetap Haha! Bantai je la ape pun, janji dapat sambung belajar. Ini lah pegangan hidup I time sekolah dulu. Sangat ngeng!! Dengan berbekalkan result 7A 1B, I diterima masuk Teknik Bukit Piatu Melaka, aliran akaun until form 5.

 

class 2 During Form 4. Kelas yang sangat happening!

 

After SPM, tak tahu hala tuju nak ke mane. Tak tahu degree and diploma tu apa. Member kata masuk la matrikulasi, jimat mase belajar setahun compare to those yang buat diploma. Boleh buat degree awal, habis belajar pun awal. Sounds good right? So I apply matrikulasi berbekalkan result 4A 5B 2C and alhamdulillah diterima masuk Matrikulasi Pahang in the same course, for a year. 

 

Next. Dah tahu ape tu degree cuma sedikit kurang pandai membezakan pinjaman dan biasiswa. Alahai! Family members and friends waktu tu so not into this thing, So, I buat buat tahu je la teruskan perjalanan hidup. Berdikari orang kate. Result yang agak cemerlang sewaktu di matrik mencampakkan I ke Universiti Malaya. 3.95 consider enough bukan?? *riak kecil* Dibawah tanggungan PTPTN, for four years.

 

SAM_2451 Jamuan raya final year accounting student

 

See! Perjalanan hidup I sebagai budak akaun bermula dengan ‘follow member’. To be honest, pada awalnya memang I sangat suka belajar akaun sebab I like numbers. But bila da masuk UM things change drastically. Too many subjects to cover! Dah tak boleh nak manje manje macam kat matrik lagi Hehe. Semuanya kena alert, bijak, rajin etc. etc.

 

Alhamdulillah its all over now. Hopefully everything will be fine. Just cant wait to start the internship program. Btw, I will involve in mushroom industry which is not so strict to accounting matters but more on ‘bercucuk tanam’ Haha!

 

DSC01734Bakal ‘bercucuk tanam’  bersama kak Tina

 

Da terpanjang lak entry ni. Untuk adik adik yang da dapat result UPU tu, selamat menyambung pelajaran. Belajar rerajin taw! Bukan semua orang diberikan pemuang untuk sambung belajar. So, hargailah peluang yang ada. Yang masih belum buat keputusan, pilihlah kos yang kamu betul betul minat. Belajar itu sangat menjamin masa depan yang hebat! Good luck.

 

Till then. Thanks reading me! Winking

 

Jom LIKE!

Sunday, April 17

Jom Kenali Bloggers

 

reena tan Click banner to the page!

 

Hi !

  • I’m blogging since August 12, 2009. Which mean it’s almost a year and 8 months! Quite a long period ha? But you can see my followers sangat sedikit Hehe! I blogging bukan nak kejar pengikut oke. Just to share my personal life, my experiences, my knowledge yang ciput and else. 400+ ni pun da cukup bersyukur. Thanks a lot guys!
  • For the first time blogging, I’m so inspiring by a friend, Selo Mio *cant find his link* and a friend’s sister, Kak Izue. They both have different style of blogging yet giving me some ideas on how to start writing. Apart from that, my roomates also involve on this kind of hobby :)
  • Get more interested when I start to blog-walk. Read and read. And found this girl yang sangat cantek, talented and famous dalam dunia blog, she’s FATIN LIYANA. Oke, siape tak kenal FL? Meh nak kenalkan! I bace setiap entry dalam blog beliau taw! Punya la minat an Hehe. Beliau idola saya! ^^

Woho! Da terpanjang pulak. Maaf..

Thanx Reena Tan for creating such segment. Hope dapat kenal lebih ramai blogger :) Btw, happy blogging guys! Take care..

 

Sila LIKE jika kamu LIKE :)

Saturday, March 26

Oh my! I Think I Miss Him..

Assalamualaikum :)

 

Hi guys! Hari ni I pergi pra-test driving tau and everything going smoothly la at first tu, bile but masuk je pegawai IMKL duduk sebelah habis semua lupe, gelabah, cuak, sindrom terencat semua bercampur baur! Mujur tak kena maki je an dari beliau. Gelabah sangat, sampai nak masuk gear pun lupe. Bagus!

Sangat tak sabar untuk dapatkan lesen and drive my own car. Petang tadi call ayahanda dan hantar online application untuk dapatkan kereta sebijik Hehe! Harap lulus dengan kadar segera. Sila doakan saye secara beramai-ramai ye.. :)

 

Ok, enough! Sebenarnye nak story pasal my selongkar-aktiviti sebentar tadi. Kemas kotak buku, kotak kasut, kotak baju, kotak hadiah, and jumpe ni..

 

DSC01096

 

Memorable thing in my life! Satu mase dulu pernah janji dengan mr.Bf nak bagi kad kecik for everytime we date, but hajat tak kesampaian sebab bile nak bagi je I mesti lupe or segan nak bagi  (=_____=)" So, tersimpan je la sampai sekarang. Maybe one day I akan pos je terus ke rumah beliau. Lagi senang an..

Each card kat atas ni da siap tertulis ayat-ayat jiwang tau! Salah satunye,.. *blushing*

 

..when I saw you I feel in love and you smiled, because you knew it.. - 22nd Sep 09

 

Jiwang tak jiwang la an, yang penting dapt express perasaan kat beliau. Haha, terasa geli sungguh anak tekak! And guys, ade lagi satu penemuan yang telah mengundang airmata..

 

DSC01100

 

Keychain baju-kecik ni with letter 'Z' and 'A' on the other one. I jahit them by myself (the letters) and just after I done sew them, mr.Bf text me something yang I paling benci and tak nak dengar which is..

 

Let us just be friends..

 

Yap! We break-up. He keeps his word and we are friend like till now. He is a very good friend! He keep listening when I start membebel, and of course I pun kena dengar bebelan beliau lah once I buat salah. Oh, he’s so good at it! Believe me..

He’s a positive man, never forget to give me 'kate-kate semangat' bile I nak exam.. Die teman I bile I bosan, bile I sedih, bile I gembira.. He will always there to hear me :) He just my everything. Oh my! I think I miss him..

 

How I wish I can turn back to the past and remain there..

 

he’s my babe..

 

Sila LIKE jika kamu LIKE :)

Thursday, March 24

Milly’z Dulu dan Kini,.

10 years ago..

10 years ago

7 years ago..

7 years ago

5 years ago..

SUNP0121

3 years ago..

marriot

Current..

DSC00948

Setiap manusia pun akan berubah kan.. :) In term of physical appearance.. I mengaku, I’m totally different compared to 10 years ago Haha! Confirm la different an.. Da pandai dress-up, make up bagai, pakai heels.. But, one thing yang I tak suke is terlalu mengikut fesyen. Contohnye, ade satu time dulu trend pakai selipar yang platform tu! Ha, tau kan yang mane I maksudkan..

Pastu trend pakai legging! Haha, trend kah?? Unlike! Trend pakai shawl-belit pun da menjadi-jadi sekarang, I ni je baru berjinak dengan mereka. Tu pun apply ikut mood..Kalau lepak mall, melambak orang pakai shawl! Da takde beza antara yang cun dengan yang tak-berapa-nak-cun, all alike! Errr, unlike lagi! Pakai tudung bawal je-lah milly’z :)

Announcement :

## Ramdomly Segmen terpakse dihentikan sementara waktu. Harap Maaf.. Will be continue once bloglist segmen tamat,.

## Segmen Bloglist Milly Molly akan dilanjutkan sehingga 26th of March. Bagi yang da join, thanx a lot from Milly. Luvya! ^__^

Thanx reading me! Take care guys,.

Sila LIKE jika kamu LIKE :)

Saturday, March 5

Awak Ade Make Over Mate Ke..??

Assalamualaikum :)

 

Semalam after done 4 hours of working, am going back home as usual la..

Then I terperasan sorang pakcik ni around 40’s (kategori pakcik la an?) dok tengok muke I dengan muke pelik tapi tersenyum sejak dari I parking motor lagi. Kebetulan pulak kami naek lif yang same..

 

I ke tingkat 3, pakcik tu ke tingkat 6.. Sampai dalam lif pun die dok usha je muke I dengan reaction yang I describe kat atas tadi.. Nak sampai tingkat 3 pun terase lame gile bile ade orang-buat-perangai-cani Haihh! I still buat muke slumber,. padahal dalam hati Tuhan je yang tahu! Suddenly die bersuare,..

 

Awak ni ade buat make over (operate) mate ke…???

 

Uhhuukk! *terbatuk kecil*

Ehh hey, takde la pakcik.. Errr

 

 

(=_____________________=)"

  DSC00466 Guys, obvious sangat ke mate I..??

 

or better I camni je..??

DSC00190

 

 

Kepada pakcik tersebut ;

  • Kalau jumpe saye lagi lepas ni, tolong tanye awal awal ye, bukan selepas 15 minit merenung-pelik terhadap saye..
  • Kalau nak tanye lagi, tanyelah soalan yang tercapai dek akal seperti Berapa lamekah mase yang awak ambil untuk make-up..? Apekah jenama selipar-toilet yang awak pakai ni, cantik sungguh!? dan laen laen..
  • Jawapan untuk soalan pakcik, Ye, saye operate mate gune contact lens je. Pakcik nak cube?? Macam macam kaler ade taw!
  • Saye berharap tidak akan terjumpe pakcik lagi di mase akan datang..

 

 

So, korang rase obvious sangat ke?? Tu baru pakai kaler grey, masalahnye sekarang ni I baru order lens kaler PINK! Takut nanti ade pulak yang tanye Kat negara awak memang ramai mate kaler pink eh.. (-___-)" Oh man!

 

 

p/s : I perabun tegar! Harap maklum..

Sile LIKE jika kamu LIKe :)

Wednesday, February 9

Majuk’s Wedding and Mini Beautiful Reunion :D

 

Assalamualaikum :)

Hi guys !! Have i told you that i love reunion or so-called jumpe kawan-kawan lame ?? Especially with them from my secondary school, Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu. Sangat excited oke !! After about five years tak jumpe, finally kami decide untuk berkonvoi ramai-ramai ke majlis perkahwinan Mohd Alham @ Majuk on 6th February. Discussion dibuat melalui event di Facebook. Tetibe rase nak menghargai Fb sebab menjadi alat perhubungan terbaek mase kini Hehe!

 

Gedebak gedebuk bincang, they all pakat nak konvoi around ten-cars dari Melaka to Muar to Batu Pahat. Credit to Amir Salleh (Penyu) as the organizer :) At first, me and Zaid nak terus ke Batu Pahat but fikirkan ke-happening-an berkonvoi, kami decide untuk join diorang..

konvoiMUAR : Pick up Pedo and waiting for Pak Lan :) Itu merah kereta paling HOTS milik dak Atong..

 

guys 2So happy to see them smiling happily. Itu dak Gang-sem, Perba, Zul, Ater, Zaid, Atong, Nelly.. Eh! Ramainye :p

 

weBeloved friends, Nadirah Rustam.. Cute in pink!

 

IMG_1257Sekitar majlis dengan tema light blue. Menunggu pengantin yang tak kunjung tiba Huhu.. Delayed for 2hours man !! Demi-mu Majuk, kami tunggu :)

 

ladiees 2Sheril and Nad, at first lupe name diorang boleh tak ?? Haha! Da lame sangat tak jumpe beb..

 

ladiesYasmin and Nadirah taken! Didi (middle), tak sure Hehe! Masing-masing da semakin shantek !!

 

IMG_1263 Finally pengantin tibe. Majuk smile at me, rase macam nak nangis :’) Terharu kot tengok member kahwin, da besar da kawan aku ni Hahaha! Congratz beb!! Happy for both of you..

 

usSengaja over-size picture ni, close up pengantin :)

 

IMG_1272Lagi nak balik, lagi banyak benda nak diborakkan, takut rindu la tu. Siap beratur nak salam salam Hehe!

 

Kawan yang hadir (as i remember) ; Lolo, Kekek, Hamid, Senyum, Abeng, Cupin, Sojer, Areeq, Gang-sem, Pedo, Lepan, Boye, Balong, Arbo, Cimpeng, Ater, Perba, Penyu, Zul , Zaheen, Nelly, Atong, Wani, Yasmin, Didy, Nad, Sheril, Maryana, Faaishah, Nadirah, Emilia and Zaid.

Maaf if ade yang tak tersenarai. I love to mention their name here because in the future, I will read this with a smile :) Huge one!

 

Kalau korang perasan, most of the name stated here sounds weird is it ?? Macam Penyu, Perba, etc. Hehe sebenarnye tu semua panggilan yang diorang dapat mase zaman sekolah (wajib dapat sorang satu), melekat sampai sekarang! Biar tak tahu name sebenar pun, cukup sekadar tahu name panggilan tu Hehe! Sampai bile-bile takkan lupe..

 

Actually tak berborak pun dengan diorang time tu, yelah Amy kan ayu-ayu gitu ahha! Malu kot nak terjah group diorang (guys) tibe-tibe. I’m just standing at  a corner and look at them, smiling :)

 

Hey, da rindu lah! Wherever you go, whatever you do.. do take care guys!

Oh ya! Thanx to my partner, Zaid yang keep-in-fresh driving for more than 10 hours.. TQ AWAK !

 

MILLYSAY : Kawan selamanya..

Friday, January 7

Sambungan Kisah Kena Baling Buku Sejarah

Assalamualaikum

Korang pergi bace ENTRY INI dulu before bace sambungan ni tau ! :) Maaf, entry ber’mood gua-gua

 

 

Semua budak (student) diam selepas acara baling membaling oleh cekgu sejarah gua tu. erk beliau je yang baling buku kat gua, gua baling gak tapi baling airmate je kat buku latihan sejarah haihh ! Nak angkat muke pun tak berani da. Sakit memang sakit beb, sakit hati kau-tau ? Gua tak faham kenapa sampai nak baling buku teks tu kat gua. Orang laen berdiri same level gak dengan gua, baling la kat diorang haha *kejam*

Gua nangis (tak kire da rock tak rock). Gua malu. Gua bengang. Gua sebak. Bebudak kelas semua senyap gile. Diorang pun terkezut gamaknye huhu.

 

“ Dah. Semua duduk ! ”

 

Gua pun duduk. Nak mintak izin pegi toilet gua takut kena maki lak an. Nak kuar ikot pintu belakang lagi la beliau hanginn nanti. So gua lex lex je la kat tempat gua. Mood study sejarah hilang terus terikut buku yang berdesup hujung mate gua tadi. Member sebelah (Ayuni Syazana) pun diam je, mungkin die pun blur tak tahu nak cakap ape. Tibe tibe beliau panggil..

 

“ Amylis, datang depan ”

 

GULP ! Bapak nervous !!! Dalam otak gua da fikir macam macam da. Tah tah kena denda lari keliling padang. Tak pun ketuk ketampi 400x. Or kena denda tulis ‘Saya janji akan siapkan latihan sejarah’ 18 pages. Oh man !!!

 

“ Berapa banyak soalan awak tak buat ? Kenapa tak siapkan, susah eh ? Ni kan camni..blablabla ”

 

(Dalam nada yang amat amat lembut) Tak caye ? Erkk gua tak sempat lak nak record perbualan kitorang hari tu haha. Gua sendiri pun banyak kali sapu mate, gosok telinga nak pastikan ape yang gua dengar and lihat. Memang betul beb, sejuk hati gua yang berapi tadi dengar beliau cakap slow-rock camtu (^___^) Gua rase an beliau rase bersalah sebab over-acted kot, hummm. Gua berjalan ke tempat duduk sambil tersenyum. Alahai cekgu-ku~

 

 

[After a week..]

 

 

Gua buat kejutan dengan markah sejarah 97% dalam mid-year test !! Hehe gua pun tak sangka dapat markah setinggi tu, but sangat syukur dengan rezeki and berkat kena baling buku hari tu. Terima kasih cekgu. Pengalaman kena baling dengan buku sejarah tu memang mencipta sejarah dalam diri gua walaupun beliau takde ucap tahniah or even senyum kat gua mase gua dapat paper tu :’)

 

 

[At the end of the year]

 

 

Dengar cerita beliau nak sambung study master, so kami sekelas organized majlis makan makan dengan beliau kat kantin sekolah. Bile tibe waktu nak berpisah, gua pun hulur la hadiah dari kelas kitorang and kau-tau beliau terus tarik gua, PELUK GUA KUAT KUAT !! Gua nampak beliau nangis. Slow je beliau bisik kat gua..

 

“ Cekgu minta maaf ye amylis.. ”

 

T_______________T

*speechless*

 

 

 

Cekgu kesayangan gua, Cik Puan Nazirah :) Da tukar status and ade anak sorang (updated 2009) Sejak malam perpisahan tu, gua tak pernah jumpe beliau lagi. Cekgu, rindu-lah ! Terima kasih atas segala ilmu and sejarah yang cekgu bagi, kalau bukan kerana cekgu mesti saye takkan ade ‘sejarah dibaling buku’ hehe. TERIMA KASIH CEKGU ! ^^

 SAM_3472

 

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Usman Awang, 1979

 

Saturday, January 1

Al Fatihah buat Allahyarham Faizal Yusuf

 

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

 

Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul. Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

faizal yusuf

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat. Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.

 

Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya. Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu. Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

 

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

 

Al Fatihah 

 

Welcome to The Years of 23rd

Assalamualaikum

Maaf sebab terlalu lame tak hupdate blog, SORRY ! hah kau siap caps lock :) ni Amy nak explain kenapa lame tak hupdate ;

  • first, broadband tertunggak sampai dua bulan tak bayar haha. cuti an, poket kering beb ! hari tu dapat online sekejap pun sebab pinjam broadband along. sadis bukan ?
  • second, perasan tak blog Amy da berubah wajah hehe. 3 hari beb nak settlekan semua. ini pun ade banyak lagi yang nak dikerjakan. sebenarnye nak tukar mood blog sempena tahun baru :) kali ni baru betul colorful ! thanks a lot to bloggers yang sediakan variety of tutorials, memang sangat berguna.
  • bile da sibuk make up blog, mood untuk membebel pun da semakin berkurang. draft melambak lambak tersimpan kat WLW tunggu nak edit semula and publish je tapi still MALAS ! hah

 

Ooops ! da ter’out of topic, maaf. kalau cerita pasal tahun baru mesti berkait dengan azam tahun baru an ? macam da sinonim sangat je. tahun baru, azam baru. tahun baru, azam baru. ok cukup !

 

Tahun lepas Amy berazam nak cecah pointer 3.0 (kalau tak silap la) and nak ade boyfriend (s) !! haha melampau-kau

Alhamdulillah tercapai. last semester dapat jugak merasa angka 3 dalam slip result. da semester ke-6 baru termakbul -___- hoi hoi, nak cakap Amy tak berapa nak pandai la tu an ! pukul nanti baru tau. ini UM tau, bukan senang senang leh dapat cecah 3.0 pointer especially accountancy. nak dapat dean list tu lagi la macam mimpi disiang hari je.

Azam kedua pun agak tercapai la sebab my boyfriend, Nomey tibe tibe muncul on February setelah berbulan hilang sampai ku bajetkan kami sudah break off. but Alhamdulillah he still mine until now :) so sekarang ni da biase da kalau beliau hilang berminggu atau berbulan, malah bertahun pun takpe. chill !

 

Tahun bertukar, segala kenangan still in mind and most of them tercoret dalam blog buruk ni :) bagi Amy, kenangan paling buruk yang paling susah nak lupe are putus cinta and kematian orang tersayang. putus cinta tu da jadi mainan hidup alam remaja, perpisahan meninggalkan kenangan dan menambahkan pengalaman :) just take it positive and go on ! and al Fatihah buat arwah Nadia yang da hampir 2 tahun pergi menemui Illahi.

 

Goodbye 2010 and Welcome 2011 !!

 

1 January, HAPPY BIRTHDAY yang ke 40 buat Mama tersayang :) beliau selalu kate ; ‘satu dunia celebrating birthday mama !!’ *senyum bangga* fine ma, FINE !

Untuk tahun ni, azam nak habiskan semester dengan cemerlang gemilang dan terbilang ! plus, mengkaji semula ape sebenarnye yang gua belajar selama 4 tahun kat UM ni –___________- sekarang da faham kenape semester ke-6 baru Amy dapat cecah 3.0 pointer ?? hahaha standard la study for exam ONLY ! lepas exam hilang semua ilmu, hampess !!

Oh ye. pertengahan tahun ni Amy akan mula internship. cuak beb cuak !

sekarang da mula berjinak dengan shawl :) but still, i am not going to where them to class hehe. shopping or somewhere else maybe, depends on mood. masih menambah koleksi shawl, so to anybody yang tak tahu nak bagi ape untuk my 23rd birthday nanti boleh la tolong tambahkan my collection ya hehe. anyway, i like Maria Elena’s hijab style. she’s so cool and great and awesome and cantek !! like 100 times ;)

 

Ok, till then. HAPPY NEW YEAR guys !! have a good day yaw

milly’z : rindu Kuala Lumpur

Sunday, November 7

Kisah Dahulu Kala III

Assalamualaikum.. 



Tadi berborak dengan housemate kesayangan sambil makan ayam goreng Mcd kegemaran. Bukan tentang isu terkini bas accident ke, kes Dato' Susilawati kena bunuh ke, siapa menang pilihan raya kawasan Kota Bharu ke. Bukan! Bukan! Tapi kenangan pahit manis zaman persekolahan. Wewiit! 



Start dari soalan kak Yana yang berbunyi " Siapa pernah jatuh kerusi sebab tak perasan yang kerusi tu rupenya satu meter kat belakang korang, tapi korang pergi bantai duduk jugak lalu jatuh terduduk..? " Ok soalan telah dipanjangkan harap maklum. Saya jawab, " Kalau time sekolah kena camtu kak, sumpah saya tukar sekolah terus. Bapak malu !! " 



Jadi bermula lah kesah kena denda diri atas kerusi sebab tak hafal sifir 3, kena tepuk dengan duster (pemadam papan hitam) kat pipi sebab tak buat homework, kena cubit sampai lebam sumpah 5 hari tak hilang dan macam macam lagi. Seronok an. Even ada yang sampai sekarang dok menyumpah cekgu yang denda korang tu haha but still, school life is the most precious moment ever!



Korang nak tahu kenagan zaman sekolah saya tak? Tetibe rase segar bugar nak segar-semula (refresh) cerita dulu dulu. Jom!



[1]

Pernah kantoi meniru paper Pendidikan Islam masa Tingkatan 2. Haha paling tak bertauliah pelajar neh nak meniru paper agama an tirula paper seni ke paper PJ ke. Bukan kantoi sorang sorang aw berteman 10 lagi rakan subahat. Semua kena masuk surau dan angkat sumpah takkan meniru lagi. Malu der! Kesan : Turun kelas dari kelas Alamanda ke kelas Balsam! Mujur ibu dan bapa tidak tahu menahu kesah ini T___T



[2]

Fly dari hostel sebab bosan, berhawa nafsu nak shopping dan stress tunggu proses dapatkan kad outing yang lembab gila nak mamp! BTW, fly bukan lalat ok. Fly bermaksud lari curi curi atau keluar secara haram dari asmara eh asrama. Faham? Yang bestnya saya fly dengan girlfriend kepada Kapten Pengawas sekolah. Haha kami otai bukan? Kesan : Tak kantoi! Terbaek wokk.



[3]
Yang ni paling tragis. Tarik nafas dalam dalam sebelum baca. Ok. Saya pernah jadi mangsa balingan buku oleh cekgu Sejarah, Cik Nazirah. Tak tahu ape yang cekgu tu dengki sangat kat Amy. Mungkin dia nak saya berjaya dengan cemerlang dalam subjek sejarah selepas terkena balingan beliau. Mungkin. Kesan : Berfikir sambil menangis dua malam. (I will share more in my next entry)



[4]

Masa Darjah 2 saya pernah menampar seorang classmate sebab dia suka sangat sangat sangat kacau saya! Rimas tahu. Masa tu dia saja rapat rapat belakang saya, saya toleh terus tampar je. Padan muka kau haha! Nama dia Asha’ari. Kesan : Sampai sekarang gua ingat nama dia. Ciss.



[5]

Masa sekolah rendah cekgu suka pinjam buku latihan saya, buat stok ‘contoh tulisan kemas’. Haihh malu tahu. Sampai ada cekgu yang report kat parent saya pasal ni. Bukan report la maybe lebih sedap bunyinya if I use PUJI *blushing* Kawan kelas pun suka nau fotokopi nota saya sebab diorang kata tulisan saya macam fotostat. Sebijik sebijik. Senang baca. Cube kau tengok nota gua sekarang, bace empatbelas kali pun belum tentu boleh faham. T____T



Ni belum termasuk kena ketuk ketampi 20 kali sebab bercakap dalam kelas atau berkawan dengan matahari sepanjang waktu Kimia atau lari keliling padang sebab ape-tah-gua-tak-ingat. Kalau nak cerita semua tujuh hari tujuh malam pun belum tentu habis. Heh heh.



we 3
# sahabat susah senang sewaktu Tingkatan 4 & 5



Oh ye. Cerita zaman tadika and primary school saya dah lama tercatat dalam belog neh. Korang boleh baca kat SINI dan SINI :) 


Thanx for reading! 


Anyway, ape hal paling gila pernah korang buat zaman sekolah? Jom share! :D

Friday, April 30

Kisah Dahulu Kala II

Assalamualaikum :)


First time kenal love love ni during standard two. Kecik kecik da pandai hoi! Tapi takde la couple ke hape. Just dah pandai jealous, touching, sentap bagai haha. Kalau diingat balik memang nonsense dan memalukan!


Bermula dari kisah seorang budak kecik yg bernama
Anwar. Dia ni ketua kelas, cute orgnya. Dalam kelas ni saya ada tiga org kawan rapat, Aziah, Norsia dan Munirah. Kawan yang memula bertegur so terus close. Rumah pun dekat dekat je.


Nak story pasal Munirah ni la, dia cousin Anwar dan minat sangat kat mamat tu. Everyday kau bercerita pasal Anwar tapi on the same time, Anwar ni terminat dak saya. A
h sudah! Tapi saya jual mahal lagipun tak nak belot dengan kawan sendiri. Puihh kemaen.




Actually takda simpan perasaan pun tapi entah kenapa ada pulak rasa cemburu tengok cousin ni rapat rapat. Apakah sangat kan.. Masa ni selalu dengar lagu sedih, jiwang karat. Lagu yang tengah naek masa tu is lagu Lestari, Mahligaimu Dari Airmataku. Dengar je kat radio lelaju salin lirik. Kang sebelum tidur nak nyanyi. Kau bayangkan baru Darjah 2 dah macam ni perangai. Haha





So kesudahannya? I let him go chewaahh. Munirah tu cantik gebu putih melepak. Saya ni si gelap yang comot je. Anwar minat saya mungkin sebab saya cute sikit dari Munirah tapi kalah dengan warna kulit je *ehhh!* 


 
# Google nama Munirah keluar gambar ni. Ok fine.



Cinta monyet ke macam tu? Ok saya memang tak sempat bercinta pun dengan dia tapi dia lah yang pertama buat saya rasa / ada perasaan jealous, touching segala. Kira boleh la dikatakan monkey love juga kan. Dah 12 tahun tak dengar khabar berita apatah lagi berjumpa. Entah diorang dah kahwin pun agaknya sekarang :)



Nak sangat jumpa diorang semua tapi bila balik Rengit je jumpa atok sekejap, makan makan then balik. Uptown girl sangat kan.. Hampeh



Till Then. Terima kasih sudi baca saya :)

Tuesday, April 20

Kisah Dahulu Kala I

Assalamualaikum :)


Selaen dapat Anugerah Tokoh Pelajar masa tadika ada satu kenangan yang saya tak boleh lupakan which is 'kene kacau dengan one-fat-boy' Dia sama tadika dengan saya dan merupakan anak kepada cekgu tadika tu. I'm not really sure what's his name actually but let use Fuad ok.


 
Fuad ni suka sangat kacau saya. Kalau time makan, mesti dia nak duduk sebelah. Fine la an nak kawan tapi kalau ye pun tak payah la dekat sangat lepas tu usik makanan orang! Bukan time makan je, time belajar, bersenam. Semua lah! Mengada betol dak gemok ni. Sampai ada satu masa tu saya menangis sebab too sick dengan perangai dia. Menyampah taw! Pastu an dia kena marah dengan cekgu a.k.a mak dia. Pueh hati den! Kalau sekali dua saya halalkan lagi tapi setiap hari. Geram kite taww! -______-
 


Saya masuk tadika masa umor empat tahun. Sesaje gatal ikot along pergi sekolah sebab jeles tengok dia belajar. Haha boleh tak? And now dah masuk 22 tahun pun, means dah 18 tahun tinggalkan tadika tu. Cekgu / budak gemok / kawan kawan. Entah kat mana diorang sekarang. Rindu pulak kat budak gemok tu. Entah entah dia dah kurus sekarang lepas tu hensem ala ala Redza Minhad! Haa rugi gua beb! DUSH. 



# Alaa tomey tomey..

 

To my cekgu tadika, terima kasih jutajuta cekgu sebab bagi ilmu kat saya sampai saya masuk universiti dah sekarang. Ilmu masa tadika lah yang mula mula saya dapat untuk jadi org berguna. Jasamu sentiasa dikenang cekgu ku. TERIMA KASIH !! 


To budak gemok, awak kat mane ye sekarang? Kenapa awak suka kacau saya? =.="





* * *



Zaman sekolah rendah saya bermula di Mersing (Darjah 1), Sekolah Rendah Seri Mulia, Rengit Batu Pahat (Darjah 2) and Sekolah Rendah Sultan Abu bakar 2, Muar Johor (Darjah 3-6). Every place, everywhere i go created memories :)



Masa Darjah 1,
ekonomi family tak berapa nak stabil so my mum needs to kerja dan bantu ayah sara keluarga. Kami empat beradik duduk dengan atok di Mersing. Pergi sekolah naek bas and masa tu sekolah rendah adalah di sebelah petang. Saya dan along akan pergi sekolah sama sama. Pagi lagi mama dah keluar pergi kerja dan tiggalkan duit blanja kat bawah baju. Ayah masa ni di Muar handle bengkel perabot sendiri. Kami jarang berjumpe T_________T




Yang saya masih ingat lagi, pernah terjadi satu peristiwa when ada group of student bergaduh dalam bas masa kami nak balik sekolah.
Diorang boleh pula bergaduh sambil baling baling botol. Salah satunya terkena along. Kami diam je. Kau gila nak marah. Kang tak pasal kena tibai. Kesian along, lebam mata dia. Tapi maintain cool je.




Saya yang menangis lelebih sebab sedih tengok along
. Turun je dari bas seperti kebiasaan mak sedara kami akan jemput and bila dia nampak along lebam bawah mate tu, die terus hangin. B
udak dalam bas tu habis semue kene marah maki segala! Padan muka kau. *makcik kami memang sangat garang* After kejadian tu kami lebih berhati hati untuk duduk jauh dari bebudak serabai dan tak tentu hala tu lagi.



 # Lepak a bro, nak gaduh lompat je dari bas.. Heh heh



* * *



Darjah 2 di Rengit, Batu Pahat agak mencabar sebab saya kene faham slang Jawa dalam percakapan, kena kacau dengan budak laki lagi *tapi kali ni tak gemok hehe* dan dugaan becinta-monyet lol. Ayah memang berasal dari Rengit so he is so pakar berbahasa Jawe. Tapi ilmu tu tak turun kat anak anak beliau harap maklum. Timbul problem masa nak beli makanan on my 1st day of school..



Norsia : Nak makan ape? epok-epok? semangka?

Saya : Haa..? Apa tu? 

Norsia : Epok-epok tu karipap. Semangka tu tembikai. Haha (sempat kau gelakkan aku)

AMY : Ooooookk. Epok-epok la singgit. 




Begitulah sketsa pendek tentang makanan lol. Padahal itu cuma
nama laen bagi tembikai dan karipap. Bingai. Pepandai je nak salahkan bahasa an. Actually takde la susah sangat nak faham ape diorg cakap, cuma keliru on certain words.


Ok. Next topic is 'kena kacau' lagi.
K
ali ni orgnya tak la gemok macam masa tadika dulu tu hehe. Nama dia Asha'ari. Masa Darjah 2 saya takde la nerd macam Darjah 1 kira dah pandai melawan lah kalau ada org kacau ecehh. Mamat ni sukaaa ambil barang saya lepas tu taknak mengaku. Geram taw kite! Tau la kite budak baru, tapi jangan a buli kite.



Rase nak pelempang je muka dia and u know what tertunai hasrat nak lempang at one time tu dia maen rapatkan diri kat saya *cam Aaron Aziz buat kat Fazura dalam Pisau Cukur tu, ingat tak?* Saya tak teragak agak terus je PANNGGGG!! Kelas terus senyap. Hambik kau nak sangat an. Start dari hari tu dia tak kacau saya lagi. Quite a good action is it? :)


# Saya tak kena buli walaupun pakai gigi besi. Jemput makan semua



Uihh. Panjang dah ni. Cerita cinta-monyet di next entry ok! 

Terima kasih sudi baca kisah saya :)


Exchange Link