Tuesday, May 10

Semua Follow Member Je..

# Cabaran : I Hari 10 Entry (1)

 

Finally. Exam telah tamat. Bukan untuk semester ni sahaja, tapi tamat untuk seumur hidup weh !! InsyaAllah. Dah buat yang terbaek, yang tinggal sekarang ni cuma tawakal pada Allah … Happy

 

DSC01953 Company Law. My last paper, 9th May 2011

 

Oh ya. Maaf guys sebab entry I before ni emo semacam. Sampai guna bahasa ‘kau aku’ bagai an? Siyesly, bila I da guna bahasa yang luar biasa macam tu, means I memang betul betul marah. Special thanks to those yang drop comment. Anyway, takde paksaan untuk bace pun. Ini kan blog I. Peace!

 

Oke sila abaikan tentang tu. I nak story sikit sejarah bermulanya hidup I sebagai budak akaun. As you  know, kita kena pilih jurusan yang kita minat after PMR. Means, if you minat sains then you can continue your study at science class but if you are more in account, you have to move to art class. Ini berdasarkan pengalaman I after PMR la, maybe korang laen ke an..

 

I started with science class during form 1-3. Then after PMR gatai pi apply borang masuk teknik. Follow member! Umur kecik lagi kan, pendirian pun belum nak tetap Haha! Bantai je la ape pun, janji dapat sambung belajar. Ini lah pegangan hidup I time sekolah dulu. Sangat ngeng!! Dengan berbekalkan result 7A 1B, I diterima masuk Teknik Bukit Piatu Melaka, aliran akaun until form 5.

 

class 2 During Form 4. Kelas yang sangat happening!

 

After SPM, tak tahu hala tuju nak ke mane. Tak tahu degree and diploma tu apa. Member kata masuk la matrikulasi, jimat mase belajar setahun compare to those yang buat diploma. Boleh buat degree awal, habis belajar pun awal. Sounds good right? So I apply matrikulasi berbekalkan result 4A 5B 2C and alhamdulillah diterima masuk Matrikulasi Pahang in the same course, for a year. 

 

Next. Dah tahu ape tu degree cuma sedikit kurang pandai membezakan pinjaman dan biasiswa. Alahai! Family members and friends waktu tu so not into this thing, So, I buat buat tahu je la teruskan perjalanan hidup. Berdikari orang kate. Result yang agak cemerlang sewaktu di matrik mencampakkan I ke Universiti Malaya. 3.95 consider enough bukan?? *riak kecil* Dibawah tanggungan PTPTN, for four years.

 

SAM_2451 Jamuan raya final year accounting student

 

See! Perjalanan hidup I sebagai budak akaun bermula dengan ‘follow member’. To be honest, pada awalnya memang I sangat suka belajar akaun sebab I like numbers. But bila da masuk UM things change drastically. Too many subjects to cover! Dah tak boleh nak manje manje macam kat matrik lagi Hehe. Semuanya kena alert, bijak, rajin etc. etc.

 

Alhamdulillah its all over now. Hopefully everything will be fine. Just cant wait to start the internship program. Btw, I will involve in mushroom industry which is not so strict to accounting matters but more on ‘bercucuk tanam’ Haha!

 

DSC01734Bakal ‘bercucuk tanam’  bersama kak Tina

 

Da terpanjang lak entry ni. Untuk adik adik yang da dapat result UPU tu, selamat menyambung pelajaran. Belajar rerajin taw! Bukan semua orang diberikan pemuang untuk sambung belajar. So, hargailah peluang yang ada. Yang masih belum buat keputusan, pilihlah kos yang kamu betul betul minat. Belajar itu sangat menjamin masa depan yang hebat! Good luck.

 

Till then. Thanks reading me! Winking

 

Jom LIKE!

7 comments:

Adib Syazwan said...

wah!bijaknye cikgu ni..xsangke ye...hehehe...anyway..goodluck!=)

SI MILLY'S said...

@adib syazwan

eh u. mne ade bijak..
SPM 4A je pun ;p

Adib Syazwan said...

mtrx 2 pointer da dkt 4 flat..xpandai apenye..hoho

SI MILLY'S said...

@adib syazwan

haha. kebetulan je tu ;p

fia~ said...

eh, ada pict i la kat cnie....dah lama xjenguk ke cnie, nway good content...we are in the same matrik n uni kan....:)))

SI MILLY'S said...

@fia~

hehe. nmpak je die ye!
yup! kte sm u n mtrik ;)
nice moment,.

Anonymous said...

Today is ethical poorly, isn't it?

Exchange Link