Selama ni aku cukup tabah menasihatkan orang laen bila mereka putus cinta. Patah hati. Kecewa. Aku dengar cerita mereka. Aku bagi kata kata semangat. Pernah juga aku menangis bersama. Tapi ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’ bukan?
Bila dah terkena batang hidung sendiri baru aku tahu betapa sakitnya rasa itu. Tak tahu mana silapnya. Orang yang paling aku sayang akhirnya mengecewakan aku. Jujur, aku sayang dia lebih dari kekasih sendiri. Maaf sayang, kita bercinta cuma atas ikatan couple. Dalam hati aku sentiasa ada dia. Tapi itu dulu, sekarang hati aku kosong..
Kalau ditanya kawan dalam ramai ramai lelaki siapa yang paling aku sayang, dah tentu nama kau yang aku sebut sebelum soalan habis ditanya lagi. Aku sayang kau. Terlalu sayang! Pernah kau tanya alasan aku untuk itu, jawapan aku tiada. I love you for no reason. Kita satu sekolah. Kita kenal lebih rapat dari friendster. Oh, mase tu facebook belum popular. Kita couple. Kita putus. Kita kawan. Kita gaduh. Kita kawan balik..
Sebut pasal facebook. Laman sosial yang banyak mengubah hidup aku. Punca segala masalah. Dari menatang itu jugak la tercipta entry ini untuk kau. Mungkin silap aku stalk facebook kau. Aku cuma nak tahu khabar kau. Tapi yang aku jumpa ternyata amat amat amat menyakitkan hati. Aku sedar aku siapa. Kan lebih elok dari awal lagi kau bagitau. Tak perlu aku letak harapan tinggi.
Walaupun sebenarnya aku cuba juga untuk merelakan kau bersama dengan orang laen, tapi hati gadis mana yang tak kecewa. Yang tak hancur. Waktu bersama aku tak pernah sekalipun kau ucapkan sayang di facebook. Tak mahu kawan laen nampak kata kau, aku pasrah. Tapi kenapa dengan orang laen kenapa kau ubah pendirian. Hina sangat ke ada hubungan aku?
Biarlah. Ini baru sedikit dugaan aku. Tak seberat dugaan yang diterima chegufachrule. Memang. Aku pun takkan redha dengan apa yang berlaku. Seumur hidup aku takkan lupakan kau, walaupun terpaksa hidup dengan kebencian. Aku dah tak kisah.
Setiap perkara yang aku buat, aku teringat kau. Setiap lagu aku dengar, aku teringat kau. Lebih lebih lagi kamera pemberian kau! Kalau ikut marah memang aku nak campak je kamera tu ke longkang. Macam aku buang baju dan gambar kau. Tapi sayang, kamera tu tak salah. Biarlah. Aku simpan satu satunya kenangan dari kau. Sumpah aku kata, terima berita kematian kau tak sesedih terima berita kau bersama orang laen.
Cukuplah. Nah! Ni lagu untuk kau.. (ST12 - Saat terakhir)
tak pernah terfikir olehku
tak sedikit pun ku bayangkan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
begitu sakit ku bayangkan
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
di bawah batu nisan kini
kau telah sandarkan kasih sayang kamu begitu dalam
sungguhku tak sanggup ini terjadi
kerna ku sangat cinta
inilah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampuku ucapkan
selamat jalan kasih
satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktu ku seumur hidupku
satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu dihatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktu ku seumur hidup
dinantiku..
Maaf Zaid. Bagi aku, kau dah mati !
Hidup ini indah! Terima kasih Allah..
Terima kasih chegufachrule..
Terima kasih kalian sudi baca..
*Maaf entry bermood ‘kau aku’..
Entry emo, tak payah LIKE!
12 comments:
be strong dear
hana pown kadg2 teringat si dia
tp nak wat gane...xde jodoh kan
nak ckp xnak mek tau tuh tipu la...
der gak tnya kwn2 dier camne skunk
punya xleh nak lupe
but life must go on kan?
^_^
chill milly... smile.. :)
Bawa bersabar ya Milly. :)
Fadzmie's Latest Entry: KENAPA PEREMPUAN MUDAH MENGALIRKAN AIR MATA
aik?siap ade lagu2 lagi?sabar ye..sabar itu sebahagian dari iman..=)
@HaNa HoNeY
yup! on and on. tq dear :)
@nyna amani
im better now :)
tq dearest!
@Fadzmie Mohamad
ye boss! hehe
milly ok so far..
@adib syazwan
lgu yg buat lg kuat i nanges! ;p
kite berdua serupa...
kite serupa...dammm
@✿ dalila wadud ✿
I wish he still 'alive' :')
yeah...he still alive
Post a Comment