Sunday, November 7

Kisah Dahulu Kala III

Assalamualaikum.. 



Tadi berborak dengan housemate kesayangan sambil makan ayam goreng Mcd kegemaran. Bukan tentang isu terkini bas accident ke, kes Dato' Susilawati kena bunuh ke, siapa menang pilihan raya kawasan Kota Bharu ke. Bukan! Bukan! Tapi kenangan pahit manis zaman persekolahan. Wewiit! 



Start dari soalan kak Yana yang berbunyi " Siapa pernah jatuh kerusi sebab tak perasan yang kerusi tu rupenya satu meter kat belakang korang, tapi korang pergi bantai duduk jugak lalu jatuh terduduk..? " Ok soalan telah dipanjangkan harap maklum. Saya jawab, " Kalau time sekolah kena camtu kak, sumpah saya tukar sekolah terus. Bapak malu !! " 



Jadi bermula lah kesah kena denda diri atas kerusi sebab tak hafal sifir 3, kena tepuk dengan duster (pemadam papan hitam) kat pipi sebab tak buat homework, kena cubit sampai lebam sumpah 5 hari tak hilang dan macam macam lagi. Seronok an. Even ada yang sampai sekarang dok menyumpah cekgu yang denda korang tu haha but still, school life is the most precious moment ever!



Korang nak tahu kenagan zaman sekolah saya tak? Tetibe rase segar bugar nak segar-semula (refresh) cerita dulu dulu. Jom!



[1]

Pernah kantoi meniru paper Pendidikan Islam masa Tingkatan 2. Haha paling tak bertauliah pelajar neh nak meniru paper agama an tirula paper seni ke paper PJ ke. Bukan kantoi sorang sorang aw berteman 10 lagi rakan subahat. Semua kena masuk surau dan angkat sumpah takkan meniru lagi. Malu der! Kesan : Turun kelas dari kelas Alamanda ke kelas Balsam! Mujur ibu dan bapa tidak tahu menahu kesah ini T___T



[2]

Fly dari hostel sebab bosan, berhawa nafsu nak shopping dan stress tunggu proses dapatkan kad outing yang lembab gila nak mamp! BTW, fly bukan lalat ok. Fly bermaksud lari curi curi atau keluar secara haram dari asmara eh asrama. Faham? Yang bestnya saya fly dengan girlfriend kepada Kapten Pengawas sekolah. Haha kami otai bukan? Kesan : Tak kantoi! Terbaek wokk.



[3]
Yang ni paling tragis. Tarik nafas dalam dalam sebelum baca. Ok. Saya pernah jadi mangsa balingan buku oleh cekgu Sejarah, Cik Nazirah. Tak tahu ape yang cekgu tu dengki sangat kat Amy. Mungkin dia nak saya berjaya dengan cemerlang dalam subjek sejarah selepas terkena balingan beliau. Mungkin. Kesan : Berfikir sambil menangis dua malam. (I will share more in my next entry)



[4]

Masa Darjah 2 saya pernah menampar seorang classmate sebab dia suka sangat sangat sangat kacau saya! Rimas tahu. Masa tu dia saja rapat rapat belakang saya, saya toleh terus tampar je. Padan muka kau haha! Nama dia Asha’ari. Kesan : Sampai sekarang gua ingat nama dia. Ciss.



[5]

Masa sekolah rendah cekgu suka pinjam buku latihan saya, buat stok ‘contoh tulisan kemas’. Haihh malu tahu. Sampai ada cekgu yang report kat parent saya pasal ni. Bukan report la maybe lebih sedap bunyinya if I use PUJI *blushing* Kawan kelas pun suka nau fotokopi nota saya sebab diorang kata tulisan saya macam fotostat. Sebijik sebijik. Senang baca. Cube kau tengok nota gua sekarang, bace empatbelas kali pun belum tentu boleh faham. T____T



Ni belum termasuk kena ketuk ketampi 20 kali sebab bercakap dalam kelas atau berkawan dengan matahari sepanjang waktu Kimia atau lari keliling padang sebab ape-tah-gua-tak-ingat. Kalau nak cerita semua tujuh hari tujuh malam pun belum tentu habis. Heh heh.



we 3
# sahabat susah senang sewaktu Tingkatan 4 & 5



Oh ye. Cerita zaman tadika and primary school saya dah lama tercatat dalam belog neh. Korang boleh baca kat SINI dan SINI :) 


Thanx for reading! 


Anyway, ape hal paling gila pernah korang buat zaman sekolah? Jom share! :D

7 comments:

aTiKa aTeRkaH said...

cakap ngan matahari tak tahan...kelaka siot cikgu kimia tu..pe nama dia ea??lupa lak...ng hong seng je aku ingt..haha

SI MILLY'S said...

tan siew hock kot name beliau. haha
ak pun lupe beb! :P

tp cekgu ni memang la peling dengki kat ak. tension je. huh

faqhrule said...

hahaha memang saatu yang seronok bila ingat zaman sekolah dulu kan? okey i pun nak buat enrti pasal ni jugak la amy

SI MILLY'S said...

hehe, thanx faqhrule! i will update u..

tity said...

olaa..zaman sekolah ak xda yg menarik mcm amy la..semuanya mendatar ja, xda klimaks hehe :)

Amir Syahir said...

hihi,

Amir Syahir said...

hihi,

Exchange Link