Tuesday, April 20

Kisah Dahulu Kala I

Assalamualaikum :)


Selaen dapat Anugerah Tokoh Pelajar masa tadika ada satu kenangan yang saya tak boleh lupakan which is 'kene kacau dengan one-fat-boy' Dia sama tadika dengan saya dan merupakan anak kepada cekgu tadika tu. I'm not really sure what's his name actually but let use Fuad ok.


 
Fuad ni suka sangat kacau saya. Kalau time makan, mesti dia nak duduk sebelah. Fine la an nak kawan tapi kalau ye pun tak payah la dekat sangat lepas tu usik makanan orang! Bukan time makan je, time belajar, bersenam. Semua lah! Mengada betol dak gemok ni. Sampai ada satu masa tu saya menangis sebab too sick dengan perangai dia. Menyampah taw! Pastu an dia kena marah dengan cekgu a.k.a mak dia. Pueh hati den! Kalau sekali dua saya halalkan lagi tapi setiap hari. Geram kite taww! -______-
 


Saya masuk tadika masa umor empat tahun. Sesaje gatal ikot along pergi sekolah sebab jeles tengok dia belajar. Haha boleh tak? And now dah masuk 22 tahun pun, means dah 18 tahun tinggalkan tadika tu. Cekgu / budak gemok / kawan kawan. Entah kat mana diorang sekarang. Rindu pulak kat budak gemok tu. Entah entah dia dah kurus sekarang lepas tu hensem ala ala Redza Minhad! Haa rugi gua beb! DUSH. 



# Alaa tomey tomey..

 

To my cekgu tadika, terima kasih jutajuta cekgu sebab bagi ilmu kat saya sampai saya masuk universiti dah sekarang. Ilmu masa tadika lah yang mula mula saya dapat untuk jadi org berguna. Jasamu sentiasa dikenang cekgu ku. TERIMA KASIH !! 


To budak gemok, awak kat mane ye sekarang? Kenapa awak suka kacau saya? =.="





* * *



Zaman sekolah rendah saya bermula di Mersing (Darjah 1), Sekolah Rendah Seri Mulia, Rengit Batu Pahat (Darjah 2) and Sekolah Rendah Sultan Abu bakar 2, Muar Johor (Darjah 3-6). Every place, everywhere i go created memories :)



Masa Darjah 1,
ekonomi family tak berapa nak stabil so my mum needs to kerja dan bantu ayah sara keluarga. Kami empat beradik duduk dengan atok di Mersing. Pergi sekolah naek bas and masa tu sekolah rendah adalah di sebelah petang. Saya dan along akan pergi sekolah sama sama. Pagi lagi mama dah keluar pergi kerja dan tiggalkan duit blanja kat bawah baju. Ayah masa ni di Muar handle bengkel perabot sendiri. Kami jarang berjumpe T_________T




Yang saya masih ingat lagi, pernah terjadi satu peristiwa when ada group of student bergaduh dalam bas masa kami nak balik sekolah.
Diorang boleh pula bergaduh sambil baling baling botol. Salah satunya terkena along. Kami diam je. Kau gila nak marah. Kang tak pasal kena tibai. Kesian along, lebam mata dia. Tapi maintain cool je.




Saya yang menangis lelebih sebab sedih tengok along
. Turun je dari bas seperti kebiasaan mak sedara kami akan jemput and bila dia nampak along lebam bawah mate tu, die terus hangin. B
udak dalam bas tu habis semue kene marah maki segala! Padan muka kau. *makcik kami memang sangat garang* After kejadian tu kami lebih berhati hati untuk duduk jauh dari bebudak serabai dan tak tentu hala tu lagi.



 # Lepak a bro, nak gaduh lompat je dari bas.. Heh heh



* * *



Darjah 2 di Rengit, Batu Pahat agak mencabar sebab saya kene faham slang Jawa dalam percakapan, kena kacau dengan budak laki lagi *tapi kali ni tak gemok hehe* dan dugaan becinta-monyet lol. Ayah memang berasal dari Rengit so he is so pakar berbahasa Jawe. Tapi ilmu tu tak turun kat anak anak beliau harap maklum. Timbul problem masa nak beli makanan on my 1st day of school..



Norsia : Nak makan ape? epok-epok? semangka?

Saya : Haa..? Apa tu? 

Norsia : Epok-epok tu karipap. Semangka tu tembikai. Haha (sempat kau gelakkan aku)

AMY : Ooooookk. Epok-epok la singgit. 




Begitulah sketsa pendek tentang makanan lol. Padahal itu cuma
nama laen bagi tembikai dan karipap. Bingai. Pepandai je nak salahkan bahasa an. Actually takde la susah sangat nak faham ape diorg cakap, cuma keliru on certain words.


Ok. Next topic is 'kena kacau' lagi.
K
ali ni orgnya tak la gemok macam masa tadika dulu tu hehe. Nama dia Asha'ari. Masa Darjah 2 saya takde la nerd macam Darjah 1 kira dah pandai melawan lah kalau ada org kacau ecehh. Mamat ni sukaaa ambil barang saya lepas tu taknak mengaku. Geram taw kite! Tau la kite budak baru, tapi jangan a buli kite.



Rase nak pelempang je muka dia and u know what tertunai hasrat nak lempang at one time tu dia maen rapatkan diri kat saya *cam Aaron Aziz buat kat Fazura dalam Pisau Cukur tu, ingat tak?* Saya tak teragak agak terus je PANNGGGG!! Kelas terus senyap. Hambik kau nak sangat an. Start dari hari tu dia tak kacau saya lagi. Quite a good action is it? :)


# Saya tak kena buli walaupun pakai gigi besi. Jemput makan semua



Uihh. Panjang dah ni. Cerita cinta-monyet di next entry ok! 

Terima kasih sudi baca kisah saya :)


No comments:

Exchange Link