Friday, May 17

Kerja Biar Ikhlas – Selamat Hari Guru!

 

AssalamualaikumLove Struck

 

Hai semua orang. Buat apa tu? Semua orang sihat? Dah mengundi? *ehhh* Cover line kemalasan tak update selama sebulan sepuluh hari. Ok fine. Takde siapa pun perasan sebenarnya. Ciss

 

Kerja ofis kira duit keluar masuk je pun penat macam kerja kontrak buat jalan tau tak. Jangan pandang akauntan sebelah mata. Diorang angkat batu kayu (buat jalan pakai kayu?) segala bagai nak siapkan jalanraya, saya tekan kalkulator nambelasratus kali setiap hari nak seimbangkan akaun. Diorang gerakkan bajak (atau JCB tapi bukan GCB Mcd), saya gerakkan tetikus komputer selang lapan saat. Letih tahu!

 

Kalau akaun balance then boleh senyum girang sampai ke telinga. Kalau tak balance alamatnya..

 

Musibah melanda. Crying

 

Pecah otak fikir mana hilangnya tujuhposen. Saat ni paling rasa-nak-tikam-diri-sendiri. Rasa nak keluar duit poket pun ada tambah tujuhposen tadi. Empat jam fikir baru dapat selesaikan masalah. Masa ni jangka hayat otak cuma tinggal 15% sebelum meletop. Kau bayangkan.

 

Tapi kerja tetap kerja an. Itu tanggungjawab. Bonda kata tak baek merungut..

 

* * * **

 

Saya akauntan. Tanggugjawab saya untuk kira dengan tepat, siap justifikasi sesuai untuk setiap sen keluar masuk. Kalau saya pekerja kontrak tanggungjawab saya untuk bina jalanraya yang selamat. Kalau saya doktor, tanggungjawab saya untuk mengubat sakit manusia. Dan kalau saya cekgu, tanggungjawab saya untuk mendidik anak bangsa kenal abc, 123, alifbata dan segala jenis ilmu.

 

SELAMAT HARI GURU

 

Buat semua para pendidik. Cekgu tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, pensyarah matrikulasi, pensyarah universiti semua semua lah. Terima kasih untuk segala ilmu yang dicurahkan. Penat lelah seorang cekgu terubat bila melihat anak muridnya berjaya. Sesungguhnya tanpa cekgu tak wujud akauntan, engineer, doktor, tukang masak, bos, tukang buat jalan kat dunia ni. Jasamu terlalu besar dan akan sentiasa dikenang CEKGU! Juga teristimewa buat cekgu gula hati saya suatu masa dahulu dengan ucapan bila nak update blog? Dah bersawang gamaknya tu haa.

 

Btw, nak baca kesah saya dan zaman persekolahan? Jomm.

 

# Kisah Dahulu Kala I – Budak gemok

# Kisah Dahulu Kala II – Cinta Monyet?

# Kisah Dahulu Kala III - Kantoi

# Kisah Buku Sejarah 

# Kisah Buku Sejarah II

 

* * * **

 

Orang kata apa pun kerja yang kita buat mesti kena buat dengan ikhlas baru lah rezeki tu berkat. Alhamdulillah dah setahun memegang tugas dalam bidang kewangan ni, dah mula faham apa sebenarnya kerja yang saya tengah buat hehe. Hantar tugas mengikut dateline. Bila kita gembira dengan kerja kita, insyaAllah orang laen pun akan puas hati dengan hasil yang kita bagi. Ini baru lah terbaek :)

 

DSC00173 # bos saya cute kan? Heh heh

 

 

Thanks for reading!

No comments:

Exchange Link