Manusia akan hanya menghargai selepas kehilangan..
Assalamualaikum.
Pernah tak kamu buang sesuatu then realize kalau lah benda tu ada lagi kan bagus. Buang eye-shadow pasar malam konon tak elok dengan kulit muka padahal elok je warna cantik, lembut. Beli yang mahal buang yang murah. Then sedar yang mahal tak berapa nak hebat memikat, yang murah lagi best. Selongkar tong sampah dah takde dah. Mungkin dah bergerak seiring lori sampah busuk pagi tadi..
Kehilangan.
Itu hal barang. Mungkin pernah juga terbuang biskut lemak cap ayam yang takde rasa langsung. Dua hari kemudian beli pula jem strawberi konon nak makan dengan biskut tadi. Tapi lupa biskut dah dibuang. Tinggal jem strawberi dan perut bergendang kelaparan. Kalau lah aku tak buang biskut tu semalam. Kalau lah aku hargai rasanya yang tawar..
Kehilangan.
Itu hal makanan. Pernah tak kamu buang kekasih kerana ego atau kewujudan manusia laen. Setiap hari tak putus ucapan selamat, ucapan rindu, ucapan sayang walaupun tak berbalas. Kekasih yang setia menjaga, mengambil berat walaupun tak pernah menerima ucapan terima kasih kamu. Dia sentiasa yakin bahagia itu ada walaupun belum nampak cahayanya. Entah kamu sedar atau tak adanya dia selama hidup kamu. Sampai satu masa takde lagi ucapan selamat, ucapan jaga diri. Mungkin masa tu baru kamu akan perasan. Kalau lah dia ada lagi.. Kalau lah dia masih hidup..
Ini lumrah. Apa yang ada depan mata tak nampak hebatnya..
Andai masa boleh diundur kan lebih mudah. Boleh ambil balik eye-shadow yang terbuang tadi. Andai kotak ingatan dilupuskan setiap hujung bulan kan lebih indah. Takde kesah hitam putih kuneng hijau merah segala. Setiap bulan bermula hidup baru. Undur atau lupus, dua pilihan.
Ini juga lumrah manusia yang tak pernah cukup.
Allah dah tetapkan aturannya cuma belajar lah menghargai apa sahaja depan belakang atau tepi mata kamu. Mungkin esok lusa dia/ia hilang, terbuang atau mati tanpa kamu sedar..
Awak. Kalau saya mati awak rindu saya tak?
6 comments:
manusia kan suka mencari yang sempurna walaupun pada hakikatnya tiada diantara kita pun yang sempurna. termasuklah eye shadow.hihi
ape2pun. hargai apa yang berada di depan mata. jangan terlalu mengejar kesempurnaan. *nasihat keras buat diri ini jugak* :)
p/s: owh, lagu nie dinyanyikan oleh firman ke..indonesian rupanya. kite suka lagu nie. tapi tak tahu siapa yang nyanyi. hihi
yup btl sgt2.
@asliner
Menulis di kala kehilangan. Camni lah. Tq adik sudi lawat! :)
@Siti(zoey)
Yang ada tak pernah cukup kan? Manusia ^^
suka lgu ni..penuh maknakan? ..:)..
zara dh follow blog milly
jemputla ke blog saya ye..
time kcih =) http://sekuntumbungazara.blogspot.com
@siti ZAHARA
Kan awak kann.. ^^
Thanks! Milly dah follow.
Post a Comment