Wednesday, May 23

Alhamdulillah.. Rejab

 

Doa 

Tarikh bulan Rejab 2012 jatuh pada hari Selasa bermula 1 Rejab. Jadi malam (Isnin) 21 Mei 2012 adalah malam 1 Rejab.
Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.


Umat Islam digalakkan supaya berdoa Istighfar pada malam 1 Rejab. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa dan juga makbulkan doa pada malam tersebut.

 

 

*  *  *

 

 

Maaf lambat share maklumat. Tapi sepanjang Rejab ni ambil-lah peluang untuk tambahkan lagi pahala, tingkatkan amal ibadat and rajin rajin-lah berpuasa sunat. InsyaAllah :)

 

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan Rejab:

  • Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
  • Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
  • Puasa 1 hari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).
  • Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  • Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
  • Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  • Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
  • Puasa 15 hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.
  • Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
  • Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
  • Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

 

  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

 

Allahuakbar!

 

 

*  *  *

 

 

Ya Allah, alhamdulillah atas kedatangan bulan rahmat-Mu. Moga diterima segala amalanku kerana hamba-Mu ini sudah mula rindukan Ramadhan. Harap masih ada lagi kesempatan untuk ku menjalani ibadah puasa dan menghayati keindahan Ramadhan-Mu. Aminn

 

Assalamualaikum dan selamat beramal semua Happy

DSC08412 During Aidil’s Wedding – Next entry!

 

 

SHARE, COMMENT, LIKE?

No comments:

Exchange Link