Assalamualaikum
Gambar muka suci plus mata sembab ni taken almost three years ago when I went for Broga Hill’s hiking. Sumpah cantek weh tempat ni. Rasa berbaloi penat lelah mendaki bila sampai puncak bukit. Tak. I tak sampai puncak pun kaki bukit je. Semput you alls! Nak tengok gambar lagi klik ENTRY INI.
Ok gambar ni sebenarnya nak story about how and when I start to use/apply celak. FYI celak adalah antara barang mekap yang paling paling wajib I pakai. Tertinggal lip balm or foundation takpe lagi. Jangan celak. Habis semua orang akan tanya I 'Awak demam ke.. Nampak pucat je' Hampeh!
Bila mula pakai?
In year 2008, I joined Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan (PROSPEK) anjuran Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya. Projek ni memerlukan ahli untuk travel all over the world Malaysia untuk memberi halatuju pendidikan dekat adik adik lepasan SPM or STPM. Lebih kurang camtu la. Korang tau je lah kalau dah nama program sekolah, takkan nak start tengahari buta an. Mesti lah kena start awal awal pagi. Set up technical, dewan, modul bagai.
So dari situ lah I start pakai celak. Macam takde kaitan je an? Hehe actually sebab nak cover mata bengkak la sebab tidur lambat dan bangun awal. Itu pun I pinjam member punya celak and eyeshadow. Then (nak bagi kuat lagi reason) ade lak senior tegur ‘Eh cantek la mata u. Camne u buat ek..' Konon konon cam bangga and termotivasi terus nak pakai lagi dan lagi. Sampai lah sekarang. Poyo je!
Motif pakai?
Orang kata pakai celak ikut sunnah Nabi. Even lelaki or perempuan yang pakai celak hukumnya harus tahu? InsyaAllah terdetik juga niat pakai tu untuk mengikut sunnah. Selaen tu memang untuk cover mata sembab or muka pucat. Kebaikan memakai celak selaen hukumnya harus, celak juga boleh menyihatkan mata, membersihkan pandangan dan menyinar cahaya mata.
Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)
Jenama celak?
Masa mula mula menggedik nak pakai celak dulu I beli yang ada brand like Silky Girl and In 2 It. Silky Girl pencil eyeliner sangat oke, warna pekat and senang pakai cuma harga agak mahal. Yang In 2 It I beli roll-on eyeliner. Pun sangat best. Cuma cepat gila habis tak padan dengan harga yang mahal. So untuk lebih berjimat..
I pakai yang takde jenama. Beli kat Mydin, 12 batang baru RM5 you alls. Kau tengok how kedekut haku?! Guna yang murah pun oke what. Asalkan warna gelap, tahan lama and senang cuci. Lepas agih agih untuk bonda dan adik beradik sekarang ni ada lagi 5 batang. Jimat stok setahun Hehe!
* * *
Orang kata neutral/semulajadi itu lebih cantik. Takde mekap tebal takde gincu merah takde celak hitam. Fakta tu memang sangat betul lah bagi perempuan yang dah memang asli cantek cun melecun. Dah kalau orang tu neutral buruk tapi dengan mekap baru cantek bukankah lebih elok dia bermekap? Hihi Ini fakta I buat sendiri untuk diri sendiri. Siyesly I nampak 'demam' tanpa mekap especially celak.
So cakap lah ape pun. I nak mekap jugak tak kira.
I heart my eyes taw!![]()
Nampak kan perbezaan dua gambar di atas. Patut lah soalan 'Awak demam ke.. Nampak pucat je' ni keluar dari mulut orang-ramai-lah-sangat. Sekarang da faham. Dah boleh habiskan entry yang terlebih panjang ni and gosok baju untuk bekerja di esok hari.
Ok you alls. Have a great Sunday!
Take care.
Jemput baca entry Milly Molly zaman dahulu kala juga ye..![]()
LIKE and COMMENT meh!
3 comments:
@armouris
Thanks. Tp sy sihat lah awak :)
Setuju2, mekap tu dah mcm senjate org perempuan. hehee
@SaLbiahRAWR
Correct! Tapi plastik la ;p
Post a Comment