Tuesday, September 25

"Alah Bisa Tegal Biasa" Elehh macam tak biase!

 

DSC09061

DSC09062

Tajamkan ilmu matematik anda sekarang. Keluarkan kalkulator sempoa pun boleh dan kira perbezaan jarak di atas. Dah dapat? Yaaa itulah jarak perjalanan pergi balik ke tempat kerja saya setiap hari. Tak lah jauh sangat kannn –.–"

 

Alah bisa tegal biasa orang kata. Orang laen yang kata la. Saya pula kata pinggang bisa macam tak biase! Disebabkan jarak yang jauh dan memikirkan disiplin ke-punctual-an yang terbaek saya memandu seperti berlumba setiap hari. Laju tahap nak terbang. Ok 120 km/j adalah sudah amat laju bagi saya seorang-pemandu-berhemah sila faham.

 

Ehh kira cukup laju la tu kann ke cane? Lepas tu drive macam bagus stay kat lorong kanan sambil nyanyi nyanyi lagu Jerrypah. Bila ada kereta dalam kategori bagai-dikejar-hanji*g follow rapat mula buat muka spoiled rasa macam dah laju dah. Padahal diorang pakai Shell bagaikan memandu Ferrari kottt patutlah laju.. I pakai i-10 je. Err takde kaitan .

 

Memang setiap pagi akan ada kes macam ni. Entah nak kejar hape.. Belum masuk lagi kes tetiba tukar lorong tak reti bagi signal. Tak pun kereta enjin turbo yang kuat nak mamp tetiba elok je berdesup kat depan kita. Tak berderau darah jap. Fishcake sungguh! Patut-lah Malaysia dalam ranking negara paling tak sopan di dunia alahaii..

 

*  *  *  *  *

 

DSC08695

Ok motif letak gambar sopan? Haha sebenarnya celoteh panjang berjela nak share niat keluar mencari rezeki tu. Biar jauh beribu batu, biar dipotong kejam oleh driver-rempit sekalipun yang penting niat/nawaitu kite. 'Cekgu' saya kata sebelum keluar pergi kerja kena niat dulu..

 

Sahaja aku keluar mencari rezeki kerana Allah Taala..

 

Atau pun boleh baca doa ini, Doa Murah Rezeki (Solat Dhuha)

image

Ya Allah Ya Tuhanku. Jika rezekiku berda di atas langit maka turunkanlah ia. Dan jika berada di dalam perut Bumi maka keluarkanlah ia. Dan jika sukar maka mudahkanlah ia. Jika haram maka sucikanlah ia. Jika masih jauh maka dekatkanlah ia.

Ya Allah limpahkanlah kepada kami rezeki sepertimana yang telah engkau limpahkan kepada hamba hambaMu yang soleh..

 

Tips dan petua dipermurahkan rezeki :

# Jangan sesekali lupa menunaikan ibadah kepada Allah SWT

# Banyakkan istighfar

# Tinggalkan perbuatan dosa

# Berzikir dan sentiasa ingat Allah SWT

# Berbakti dan mendoakan ibu bapa

# Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

# Tunaikan hajat orang lain

# Banyakkan berselawat

# Buat banyak amal kebajikan

# Bangun pagi awal

## Dan banyak lagi.. Teruskan baca di SINI

 

Moga dipermudahkan setiap urusan, dilapangkan jalan dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah.

 

Ok dah nak tidur esok nak berlumba lagi Big Grin

Jangan lupa niat esok ye. Assalamualaikum.

 

LIKE meh!

3 comments:

No name said...

cuba ukur jarak jarak tempat kerja tue dalam peta. Mesti sekit jer. Jalan raya yang bersiu buat jauh. huhuhu. Sori lawak bodoh plak

✿ Milly Molly ✿ said...

@Lizzie Yasmin

Haha it's ok ^^

Muslimah Optimis said...

heheheh.. akak pun sama jugak 30km 1 way setiap hari dengan jalan berbukit dan berselekoh yang xboleh speed 120km.. huhuhu.. kat jalan besar pulak ada speed trap, so xboleh nak speed jugak..

lama xjumpa amy..

Exchange Link