Saturday, December 24

Datuk Siti as Madonna?


image

Madonna much?

 

KUALA LUMPUR, 23 DISEMBER 2011: Sudah sekian lama tidak menghiasi muka depan majalah fesyen dan gaya hidup Glam, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza membenarkan dirinya menjadi tarikan untuk isu Januari 2012.


Jauh berbeza daripada daripada biasa, majalah Glam telah berkongsi kegembiraan bersama portal murai.com.my bercerita perihal selera fesyen mustika hati kegemaran ramai itu tanpa melanggar prinsip fesyen peribadinya.


Empat visual terkini Datuk Siti dirakamkan menjadi tatapan semua bagi menghiasi 12 halaman muka surat majalah Glam, bersandarkan tema ikon muzik terkenal, Madonna.


Datuk Siti menjelma menjadi Madonna, sebagaimana album terhebat diva antarabangsa berkenaan, Material Girl, diikuti inspirasi dari album Rain dan juga berubah sebagai wanita Jepun seperti yang pernah dilihat menerusi klip videp Nothing Really Metters.


Siapa sangka, dalam pada Datuk Siti sering ke hulu ke hilir dengan gaya scarf, penyanyi All Your Love itu berubah menjadi karektor Mickey Mouse seperti yang pernah tercerna menerusi potret ikonik rakaman jurugambar hebat, Herb Ritts. ..

Read more..

 

image

image 

One word. Awesome!!

 

Credit to murai.com

Jom LIKE! :)

No comments:

Exchange Link