Saturday, April 21

3 Tanda..

 

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali,

bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.

 

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

 

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

 

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

 

 

Subhanallah Alhamdulillah Lailahailllah Allahuakbar

 

Sekadar untuk berkongsi. Bersederhana dan merendah diri adalah yang terbaek :)

Selamat malam kawan.

 

Meh LIKE!

Exchange Link