Sunday, March 24

Blog Design By : Si Budak Kurus

 

AssalamualaikumLove Struck

 

Hai pembaca  tegar atau tak tegar blog Milly Molly (suatu masa dahulu)! How’s your weekend? Amboi pendahuluan cliche sangat. Dah macam iklan ubat gigi pulak dah. Cerita tentang masa dahulu dan sekarang ni, uolls perasan tak iolls dah tukar rupa paras blog iolls. Dulu pink warna warni sekarang dah jadi warna coklat kuneng. Apehal?

 

Ehh suka hati ai lah =.='

 

Blog ni telah di design oleh Si Budak Kurus atau Kay. Comel kan hasil kerja tangan beliau. Kami berhubung melalui facebook. Yang bestnye beliau ni sangat open tak kesah I mengomen mengomplen bagai. Rama rama senget lah warna tak terang lah. I tak pandai buat sendiri so just minta Kay design ikut citarasa tuan belog and beliau cool je follow segalanya heh heh. Customer is KING :D

 

 

Boleh klik banner untuk ke page beliau. Selain design template Kay juga boleh buat doodle comel comel :)  Harga berpatutan and korang tak payah pening pening nak fikir harga sebab Kay dah sediakan pakej bersesuain dengan kehendak korang. So cepat cepat pergi jenguk page Si Budak Kecik. Confirm puas hati!

 

Dengan wajah baru ni secara automatiknya nama blog ai berubah menjadi Si Milly’s. Lepas tu ada lagu Sastera Kupu Kupu dari Mimie Haris sempena blog ade tema rama rama terbang gitew. Terima kasih sudi baca iolls ye!

Thursday, March 21

Cerita Si Megi

Assalamulaikum

 

Rumah sewa atau asrama sangat sinonim dengan mee segera bukan? Maggi, pama, mee sedap, mee tak sedap semua pun korang bahan kalau dah lapar kan. Penulis belog ni pun tak kurang giannya. Sebulan mahu tidak tiga jenis megi tersedia.

Awal awal bulan letak setempat semuanya. Fuhh nampak cool habis. Cantek tersusun.

 

Tiga jenis darab lima bungkus bermakna ada limabelas semuanya. Boleh makan dua hari sekali heh heh. Selang seli perisa. Sedap tak boleh tahan nak nak bila datang rajin potong cili hijau campak dalam megi kari. Pehhh pedas kaw kaw! Ini baru hebat! :D

 

Tapi setakat berborak je lah. Sekarang hujung bulan stok megi tinggal hujung nyawa. Cuma ada sebungkus perisa tomyam kepunyaan adik. Nak makan ke tak ni? Buasir pulak kang makan hak orang. Kalau tak makan gastrik tahap gaban menyerang.

 

Takde pilihan.

 

DSC00365

 

Terima kasih adik. Megi mu dikenang :D

 

Oh ya lupa nak inform yang saya menyewa bersama adik di JB. Keluarga berdekatan tapi mahu berdikari gamaknya dua dara bujang ni. Well at least kami dah pandai masak megi guna rice cooker. Itu berdikari bukan?

 

 

 

Thanks for reading si Milly’s! :)

Tuesday, March 5

Aku nak jadi askar

 

 

Aku : Kau makan apa malam ni?

Kau : Weh aku nak jadi askar la.

Aku : Kenapa?

Kau : Nak tolong selamatkan negara. Aku nak bunuh semua orang jahat tu.

Aku : Ada lagi yang lebih layak. Biar diorang berjuang dulu. Kita doakan diorang selamat eh :)

Kau : Ok. Aku makan nasi lauk ayam sambal.

 

=.="

 

*  *  *

 

 

Terbawa bawa isu Sabah yang tengah hangat sekarang. Yang dah pergi kita doakan agar mereka ditempatkan di kalangan golongan yang dimuliakan disisi Allah. Yang masih berjuang kita doakan mereka diberikan kekuatan, diberikan semangat dan sentiasa dilindungi oleh-Nya. InsyaAllah :')

 

Semoga keamanan dan kedaulatan negara Malaysia sentiasa terpelihara dari apa jua kejahatan.

 

Al-fatihah buat pejuang negara yang telah terkorban.

Exchange Link