Wednesday, July 20

Which GF you are, now? :P

(sms conversation)

 

Situasi 1

Bf : You, tangan I tersepit mesin mase kerja tadi. Rasa sakit sampai sekarang taw!

Gf (1) : You ni, hati hati lah. Nanti putus jari tu kan da susah nak buat kerja. Sakit lagi ke? Da letak ubat? Bengkak tak you? I sayang you taw! Careful oke next time.. *cry

 

Bf : You, tangan I tersepit mesin mase kerja tadi. Rasa sakit sampai sekarang taw!

Gf (2) : Ow really? Letak ubat ye. Sakit kejap je tu.. *hug

 

 

Situasi 2

Bf : Yup baby, I smoke again. It takes time to stop. I’m sorry ya.

Gf (1) : You, merokok kan bahaya untuk kesihatan. Bukan you je sakit nanti, I pun akan dapat penyakit. If you sakit I susah hati la, kita kan dah janji nak sehidup semati. You nak biar I menjanda awal eh? Sampai hati you. *cry

 

Bf : Yup baby, I smoke again. It takes time to stop. I’m sorry ya.

Gf (2): Oke then. Take your time. I know you love me more..

 

 

Situasi 3

Bf : I got to work tomorrow. Tido jom. Take care! Nyte..

Gf (1) : Ok dear, good night. Sweet dream. Tidur pakai selimut taw takut you sejuk pulak malam malam nanti. You tidur taw, jangan merayau. Esok pagi I call kejutkan you oke, 615 am. Ok baby, selamat malam! (again)

 

Bf : I got to work tomorrow. Tido jom. Take care! Nyte..

Gf (2) : You too, nyte!

 

 

Situasi 4

Gf (1) : I miss you like crazy la dear. Miss you smile, miss your hug, miss your everything! You balik KL nanti kite spend time like a whole day sesame oke. You jangan curang taw! I boleh nampak you dari sini. I love you so much baby. Love you. Love you..

Bf : Ya. I miss you too..

 

Gf (2) : Miss you beb!

Bf : Ya. I miss you too..

 

 

So, which GF is more matured? HAHA. The second one of course! Well, this is based on my own experience though. Setiap orang pun pernah lalui zaman puppy-love an. Sebelum matang bercinta bagai nak gile, sms-ing 28 hours per day, kena marah sikit nanges, semua benda nak touching, saying ILY like a thousand time everyday, lambat balas mesej je miscall berpuluh kali, caring tak nak kalah sampai nak pergi toilet pun kena cakap ‘take care dear!’.. *wth?!

Bila ingat balik memang agak malu and rase nak gelak guling guling satu taman *LOL

 

Sekarang dah semakin matang, dah tak perlu nak sms setiap masa taip panjang berjela, balik balik tanya khabar and dah makan belum. Boring-lah! Tak sms bukan bermakna tak sayang, tak rindu, tak caring oke! Yang penting HATI,.

 image

 

p/s : Entry to compare how si matang dan si budak bercinta. Memang banyak bezanya bukan? Ini semua terjadi depan mata saya. Hehe!

Wordless Wednesday #1 : Love

DSC02879

Saturday, July 9

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

 

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

 

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

 

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

 

image 

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

 

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

 

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

 

image 

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

 

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

 

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

 

image

 

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

 

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

 

Posted by Faiq Fayyadh, beloved little bro Love Struck

 

 

Kan lebih comel kalau bertudung. Till then. Take care guys!

p/s : Lepas tengok Tahajjud Cinta, teringin pulak nak berpurdah. After bertukar status kepada ‘MARRIED’ mungkin. Hehe!

Exchange Link