Thursday, September 16

.aidiLfitri 2010! :)

.hey hey! rasenye masih belum terlambat nak wish SELAMAT HARI RAYA kat you guys an.. :) AMY mohon ampun andai ade salah silap ye, sepanjang setahun berbelog ni kot kot ade terlebih terkurang bahase terguris hati dan perasaan. zero zero ok!! ;) da masuk raya yang ke-22 buat AMY,.alhamdulillah.

.suppose tahun ni, turn kami adik beradik beraye di rumah Mama kat Johor tapi ade masalah last minit tak dapat nak elak, so kami beraye kat Muar je la dgn ayah. dapat berkumpul 5beradik seronok sangat. HAPPENING! tahun sebelum ni masing masing kena ikut giliran, asyik terpisah je. kalau Along and Fify beraya kat rumah ayah, AMY and dua lagi adik akan ke Johor rumah Mama. cume tahun ni dapat berkumpul semua, melayan keletah ank buah kesayangan, Noni yang tak reti duk diam. hehe.. :))

.nurul faiyira awnie.

.on Monday, AMY and adik tiba di Muar kul8 malam dgn beg yg full with baju raya buat seisi keluarga. penat betul shopping! but no regret ;) esoknya bergotong royong kemas rumah lak, mengecat, pasang langsir, sapu laman, lap tingkap..aktiviti wajib before raya datang, ngee. sumpah letih amat! and malam tu juga Along sampai Muar,.

.along and family, in purple.
.fify and shahir and 6months baby ^_^
.warna tema: hijau! ini adik, Fika.

.on 1st day raya, after solat raya and sesi salam-mintak-duet-raya, kami bergerak ke Batu Pahat (kampung step-mum), Ayer Hitam and Mersing (kampung Mama). you know what,.i maseh dapat duet raye tahu?! untung jugak tak kahwin lagi. ngeh ngeh. 2nd till 7th day of raya, duk kat rumah je tunggu orang datang. :))

thanx to cabe, busam, khidir, arbo, macho, timber, tahafiz, cupin, babak, suhaimi, lentik and pak badar (camera) yg dtg rumah on 5th raya. *hebat tak aku ingat name korang! ngeee,.*


.raye raye jugak,.ade mid term and 5assignment nak kena settle sebelum balik UM. hampa dan hampeh T__T

.saye pergi dulu ye,.tsk tsk.

Thursday, September 9

.aMyliz di firEfly.

.selamat pagi kawan! :) hari ni last day utk umat Islam berpuase. rase mcm baru je semalam start puase,.esok da masuk Syawal da. esok da boleh makan sarapan pagi. *ngeng!* haha. sekarang ni AMY da kat rumah (Muar), enjoy the happiest life as incek Sani's daughter. :))


.ok, kali ni AMY nak post tentang our Human Resource Management task/assignment. kami kena conduct interview with any HR manager. we choose to interview the HR Manager of FireFly Airlines *ala..yg cite Awan Dania tu.. ;p * since one of the group member have the 'orang dalam' at MAS, so it will be easy to deal with them and set an appointment.


.actually nak post entry dgn tajuk "when heaven life turns to HELL!". nak tau sebab ape?? ni cheq nak habaq mai cheq punya geram kat depa nih..! at first, diorang (my group member) sms AMY bgtau yg kami akan pergi FireFly tu on Friday, 3rd Sep. so,.AMY pun settlekan la asgment laen dulu and plan nak prepare for HR ni on Thursday. memang bajet bajet sempat la nak pergi interview dgn sempurna. suddenly! on 1st Sep (Wed), pada jam 1 pagi. yup! i repeat here JAM 1 PAGI..i got sms from them berbau seperti ini "dont forget ya, our interview tomorrow. see you at lrt station at 8.30 a.m." DAMN! mcm ten*k sungguh perangai !!. i expect them to tell me earlier la, at least AMY sempat gosok baju and wat short-note-laju-laju before pergi FireFly tu. ini FireFly tahu? FIREFLY! bukan kedai barang dua hinggit nak serabai serabai and cakap tak tentu arah je. memang menyumpah gile that nyte plus nangis kuat kuat sebab gerrrraammmm sangat!!~ mujur ade Bro yg sudi dgr keluahan hatiku. thnx awak!


.tak habis dgn sms 'terkejut' malam tu saje, pagi esoknya diorang buat hal lagi. AMY punyelah bangun awal nak prepare an,.baju, beg sekolah, note, soalan..and tibe kat lrt station at 8.20 a.m. hambik kaw semangat gile haku! TAPI!! diorang hantar sms seperti ini pule "you wait there ok, we're now at the faculty's office. we need to take the letter first, but the office did not open yet. .." gua da bengang tahap bangang je kat situ an..buat buat cool je bace nota bagai, padahal dalam hati..huhh~

.bile otak da tak mampu nak membace, ambil gambar utk tenangkan jiwa sebab awal awal lagi da set dalam otak.."wa nak post kat blog bende ni..!"
.diorang tiba at 8.45 a.m. and we took lrt terus ke Kelana Jaya. gambar ni mase dalam taxi ke FireFly,.penat dgr khutbah pakcik taxi tu. ade je cite die..huu~
.da sampai, tapi 3x kali keluar masuk and keluar semula sebab sesat. besar sungguh tempat ni.
.diorang tengah sebok sebok tanye arah kat pakcik MAS,.malangnye pakcik tersebut tidak dapat memberikan arah yg betul *seperti baru sehari bekerja di situ saje pakcik ni* T__T
.finally!!.
.ku ingin terbang tinggi di awan...lalalalaaa.. :D.Swee Fong and Man Tser. hekk!
.with Miss Charlene Phang. ALHAMDULILLAH, the interview's going well. :) soalan yang AMY tanye sebaris ayat je, ahaha..lantak! janji lepas..*geram masih belum pudar. grrr *
.diorang lagi yg sebok sebok tengok jadual waktu bas. wa malas nak ambik port..
.bas kena rush dgn abang abang polis yang berlagak seperti org biase pada awalnya. poor PATI! uhhuu. oppss! ade amoi sexy lahhh...
.the bus stopped at Asia Jaya lrt station, and we go back to University..
.aktiviti wajib 'ambil-gambar-depan-cermin-dalam-toilet. walaupun sedang berwajah pucat dan bermate bengkak,. T__T



moral of the day :
[1] agak susah bekerja dgn 'diorang'. really hope the task will ended soon. huh! benci benci benci!
[2] bersabar bile ade dugaan and doa banyak banyak biar semuanya akan OK ;) bukan menyumpah seperti saye ye. hehee. setiap perkara yg berlaku mesti ade hikmahnya..InsyaAllah

*sedang menyiapkan assignment tersebut. tsk tsk.

Friday, September 3

.eNtry tanpa haLa tujU (o.O).

.oh! saye tidak boleh hidup tanpa laptop.

.kerana sekarang hampir setiap saat saye teringatkan incek Blog. sayang sungguh saya padanya. T_T bile mata sudah mahu lelap, otak ligat berfikir entry ape nk post esok. pasal jalan sesak da, pasal makeup da, pasal makan makan da, pasal boyfie da. hui!. kadang kadang sampai 2jam tidur saye tak lena angkara incek Blog. selepas 2jam itu memang lena semula kerana sudah ade tajuk utk entry tersebut. bukan sebelum tidur sahaja saya berfikir tentang incek Blog, malah setiap perkara yang saya lakukan mesti akan berkata di dalam hati "nak masuk blog la.." huhuu..kamu tak terharukah incek Blog?


.lalu tercipta entry tanpa arah tuju ini, kerana esok Miss Amira Shafika sudah hendak pulang ke kampung halaman. maka, saye tidak dapat lagi menggunakan laptop beliau utk mengupdate isu terkini tentang diri sendiri. *oh! kesiannya saye, seperti orang-tidak-kaya sahaje meminjam laptop kawan. tsk * sebenarnya, laptop saye sudah exchange dgn adik angkat kesayangan, tetapi sehingga kini masih belum dapat laptop beliau. takpe la adikku. akakmu bersabar :)


.keadaan di rumah telah sunyi. Che Yah and Ruziana sekarang ni, ye waktu ini sedang nyenyak tidur dalam bas gamaknye. mereka sangat tidak sabar hendak pulang ke Kelantan. semoga selamat perjalanan. oh! sudah rindu. :( esok pula, Kak Tina and Miss Amira Shafika akan berangkat pulang. sunyi la hidup saye, cume ditemani Kak Yana yang akan keluar-date-anytime-die suke. tinggal saye sorang sorang. berbuke sendiri. huwaaaa...~


.di samping itu, menanti penuh debaran juga ketibaan adik kandungku dan temannya di Kuala Lumpur. mereka datang cume ingin menunaikan nafsu bershopping-raye di sini. saye akan menjemput mereka di Bukit Jalil yang macam har*m jauhnya. perlu menaik teksi, lrt, star dan kaki utk tiba di sana. semoga saye tidak sesat sahaje. saye tidak punya boyfriend yang berkereta mewah dan kaya raye, maka perlulah berdiri di atas sandal-crocs-kuneng sendiri. kasihan.


.oh ye! esok, perlu bangun awal utk ke UM dan mengepos kad raye buat insan tersayangku. cume kerana sekeping kad itu. huh! sungguh malas tetapi ku gagahi juga utkmu dear. malam kelmarin kelmarin telah pergi ke kedai kecil yang menjual kad raye. sangat banyak pilihan sampai juling mate dibuatnya (@.@) semua cantik, and my first choice on the "sayangku" card was the best! last piece pulak tu. terbaekkk~ telah terbeli juga kad buat seisi rumah sewa ini dan sedikit ketupat mainan utk hiasan.


.hey hey! telah panjang pule entry ni. saye ade TIGA asignments perlu dibereskan sekarang. kepada viewers and readers, maaf andai ade salah silap ye :) terima kaseh diterime kerana melayan fikiran saye yang telah sedikit gile ini. *sila lihat waktu entry ini dipost utk menguji kesahihan fakta*





.anda semua tentu perasan yang gambar saye seperti 'takde gambar laen da ke nak letak, cam gambar yg same je!'. betul tak? maaf ye, pada cuti semester lepas laptop saye telah didatangi virus yang amat kuat..lalu memakan semua..ye!.semua isi kandungan laptop saye, tidak kira yang sudah dibackup or belum. sangat durjana ini virus! sedikit pun tidak tinggal utk saye. cam har*m!! sebab itu yang tinggal cume gambar terbaru sahaje. harap maklum :)


.di luar hujan, di kanan nasi goreng kampung, dikiri nota nota asignment, di depan mata incek Blog kesayangan. ok! saya perlu tidur sekarang. selamat hari Jumaat guys!

..zZzz..

Exchange Link