Saturday, January 1

Day 7 – Your Dream Wedding

Click 30 Days Challenge labels for more days :)

 

Kahwin sekali je seumur hidup mastilah nak yang termeletop terbaek an ? Tipu la kalau Amy kate Amy tak pernah berangan nak kawhin. Selalu je beb ! haha Especially bile sekarang ni da sampai-turn-untuk-kahwin haihhh

 

Dream wedding mean majlis perkahwinan impian is it ? what if ..

images

:: I love black and white and yellow :: 

:: I love MacDonald and Nasi Gorang Kampung ::

:: I have a lot of friends ::

:: I love white roses :: 

:: I love photoshoot ::

:: I love chocolate cake ::

:: I love butterflies ::

:: I love Nomey !! ::

 

Mix and match dengan main things in wedding ceremony. oh, sungguh indah :) Yang last tu !! Untuk kategori the person who will sit next to you. Sayang kamu kuat kuat walaupun sekarang ni rase macam nak tinggalkan kamu je gemok. Boleh kah ? Huhu

 

Al Fatihah buat Allahyarham Faizal Yusuf

 

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

 

Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul. Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

faizal yusuf

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat. Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.

 

Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya. Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu. Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

 

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

 

Al Fatihah 

 

Welcome to The Years of 23rd

Assalamualaikum

Maaf sebab terlalu lame tak hupdate blog, SORRY ! hah kau siap caps lock :) ni Amy nak explain kenapa lame tak hupdate ;

  • first, broadband tertunggak sampai dua bulan tak bayar haha. cuti an, poket kering beb ! hari tu dapat online sekejap pun sebab pinjam broadband along. sadis bukan ?
  • second, perasan tak blog Amy da berubah wajah hehe. 3 hari beb nak settlekan semua. ini pun ade banyak lagi yang nak dikerjakan. sebenarnye nak tukar mood blog sempena tahun baru :) kali ni baru betul colorful ! thanks a lot to bloggers yang sediakan variety of tutorials, memang sangat berguna.
  • bile da sibuk make up blog, mood untuk membebel pun da semakin berkurang. draft melambak lambak tersimpan kat WLW tunggu nak edit semula and publish je tapi still MALAS ! hah

 

Ooops ! da ter’out of topic, maaf. kalau cerita pasal tahun baru mesti berkait dengan azam tahun baru an ? macam da sinonim sangat je. tahun baru, azam baru. tahun baru, azam baru. ok cukup !

 

Tahun lepas Amy berazam nak cecah pointer 3.0 (kalau tak silap la) and nak ade boyfriend (s) !! haha melampau-kau

Alhamdulillah tercapai. last semester dapat jugak merasa angka 3 dalam slip result. da semester ke-6 baru termakbul -___- hoi hoi, nak cakap Amy tak berapa nak pandai la tu an ! pukul nanti baru tau. ini UM tau, bukan senang senang leh dapat cecah 3.0 pointer especially accountancy. nak dapat dean list tu lagi la macam mimpi disiang hari je.

Azam kedua pun agak tercapai la sebab my boyfriend, Nomey tibe tibe muncul on February setelah berbulan hilang sampai ku bajetkan kami sudah break off. but Alhamdulillah he still mine until now :) so sekarang ni da biase da kalau beliau hilang berminggu atau berbulan, malah bertahun pun takpe. chill !

 

Tahun bertukar, segala kenangan still in mind and most of them tercoret dalam blog buruk ni :) bagi Amy, kenangan paling buruk yang paling susah nak lupe are putus cinta and kematian orang tersayang. putus cinta tu da jadi mainan hidup alam remaja, perpisahan meninggalkan kenangan dan menambahkan pengalaman :) just take it positive and go on ! and al Fatihah buat arwah Nadia yang da hampir 2 tahun pergi menemui Illahi.

 

Goodbye 2010 and Welcome 2011 !!

 

1 January, HAPPY BIRTHDAY yang ke 40 buat Mama tersayang :) beliau selalu kate ; ‘satu dunia celebrating birthday mama !!’ *senyum bangga* fine ma, FINE !

Untuk tahun ni, azam nak habiskan semester dengan cemerlang gemilang dan terbilang ! plus, mengkaji semula ape sebenarnye yang gua belajar selama 4 tahun kat UM ni –___________- sekarang da faham kenape semester ke-6 baru Amy dapat cecah 3.0 pointer ?? hahaha standard la study for exam ONLY ! lepas exam hilang semua ilmu, hampess !!

Oh ye. pertengahan tahun ni Amy akan mula internship. cuak beb cuak !

sekarang da mula berjinak dengan shawl :) but still, i am not going to where them to class hehe. shopping or somewhere else maybe, depends on mood. masih menambah koleksi shawl, so to anybody yang tak tahu nak bagi ape untuk my 23rd birthday nanti boleh la tolong tambahkan my collection ya hehe. anyway, i like Maria Elena’s hijab style. she’s so cool and great and awesome and cantek !! like 100 times ;)

 

Ok, till then. HAPPY NEW YEAR guys !! have a good day yaw

milly’z : rindu Kuala Lumpur

Exchange Link