Assalamualaikum wbt.
Hupdate jap sebelum tidur hehe. Selepas pulang dari kerja tadi (ecehh pulang konon!) ayahanda ku tetiba start enjin van beliau tanpa ku tahu ke mana arah hala tujunya sehingga waktu ku hendak mandi tetibe (lagi) tercongok empat kotak besar limau cina atas meja makan. Penat tak baca satu nafas? Haha. Maaf maaf excited sangat.
Haa ni lah limaunye.. 1Malaysia enough? Errr actually Tahun Baru Cina je ayahanda sakan beli limau. Masa Deepavali takde pulak sakan beli maruku Haha! But still consider 1Malaysia an? an? an? Terima kasih kepada yang menganggukkan kepala =.='
Tapi an masa Deepavali ayahanda bagi diskaun tau untuk tempahan perabut to Indian walaupun tak borong muruku atau kain sari (tak memasal) Kira oke la an? Bukan apa kang siapa pulak nak makan maruku bertongtong tu, laen lah limau mandarin. Ade vitamin C der! ;)
Tak caye meh bace khasiat limau mandarin..
Kandungan Vitamin C yg tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.
Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru2 untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru2 dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.
Info dari SINI
Confirm!
Lepas ni sarapan limau, makan tengahari limau, makan malam limau and makan tengah malam pun limau! Hehe terima kasih ayahanda kerana menjadi seorang ayahanda yang prihatin dan 1Malaysia (tak memasal lagi) Empat kotak adalah bermaksud satu kotak untuk satu orang-melantak! Yeaahhaa..
Oke cukup!
HAPPY CHINESE NEW YEAR
and
HAPPY HOLIDAY! #inadvance
Good night readers! :)