Sunday, June 17

Belajar

 

Aku belajar dari kesilapan lalu ku..

Silap ku kerana terlalu mencintai dirinya..

 

Lalu aku belajar untuk tidak terlalu mengharap..

Aku belajar untuk tidak terlalu memberi..

Aku belajar untuk tidak terlalu menerima..

Aku belajar untuk tidak terlalu mempercayai..

 

Dan kini..

Aku terus belajar..

Aku belajar untuk terima kekurangannya..

Aku belajar untuk terima dia seadanya..

Aku belajar untuk memahami dirinya..

Aku belajar untuk setia padanya..

 

Tapi, ada lagi satu perkara yang harus aku belajar..

Wajib untuk aku mempercayainya..

JODOH ITU RAHSIA ALLAH

 

Lalu aku mengingatkan diri dan si dia bahawa.. 

"Jika Allah tidak menulis jodoh awak dengan saya, buat lah apa pun saya tetap bukan milik awak. Tapi jika memang jodoh kita untuk bersama, berpisah sejauh mana pun pasti kita akan berjumpa.."

 

 

*  *  *  *  *

 

Ya Allah, Seandainya telah engkau tuliskan dia milikku dan terlahir untukku. Dekatkan dan satukanlah hatinya dengan hatiku. Berikanlah kebahagiaan antara kami, agar kesetiaan itu abadi. Aminn

 

DSC08621 Weekend at Pantai Air Papan, Mersing

 

 

ILY boyfriend! Terima kasih Allah :)

Thursday, May 31

Die ade.. Kau ade?

 

image

image

Siapa bijak boleh bagitau ape perbezaan yang amat amat ketara antara Fatin Liyana dan Milly Molly?

 

Takpe lah biar I jawab sendiri. Dia ade 170 viewers at one time and the numbers keep increase. Blog yang pink kalerful kalerful tu cuma ade 1 viewer at EVERY TIME! Sigh

 

Motif : Nak jadi macam beliau. Ceh dan dan beliau anTongue

 

 

 

Camne haku tak cemburukan dia neh =.='

LIKE Fatin Liyana, LIKE Milly sekali, boleh tak?

Monday, May 28

Saya kerja KILANG je ^^

 

Assalamualaikum

 

Lately post pasal gosip retis je sampai terlupa nak story perihal diri sendiri. Hamboi perihal lah sangat an Hehe! FYI I am now an account assistant di ATA Group of Companies yang bertempat di Tampoi, Johor Bahru. I stay with my mum and drive to work.

 

Eleh itu pun nak bagitau! Cowboy

 

*  *  *

 

Done with my internship di Melaka I stay at Muar with ayahanda tersayang sambil bersenang lenang menonton Phineas and Ferbs. Padahal dalam hati melonjak lonjak keinginan untuk cari duit sendiri. Yelah takkan nak beli deodorant pun nak mintak duit ayahanda an. Malu kot!

 

Maka dengan niat yang suci lagi murni itu I diterima bekerja di Butik DYS. Butik yang menjual pakaian like baju kurung, shirt, blause, shawl etc. etc. Memang seronok lah mencuci mata time stok barang baru masuk. Laju laju booking baju yang cun, cukup bulan tolak gaji. Indah! (Picture : With Salbiah at DYS)

 

DSC08176

 

Working environment best sebab ramai kawan sekeliling. Awalnya terkial kial menghafal harga baju, kejar target sales bagai but after two weeks everything just at finger tips ehemm! Terus jadikan butik seperti milik sendiri. Extra-indah! Selepas dua bulan bertahan dengan gaji yang agak ciput maka berubah hangin untuk mencari pekerjaan lain di JB.

 

*  *  *

 

Dapat call hadiri tiga temuduga. Alhamdulillah rezeki tapi semuanya di JB. Menguatkan lagi alasan untuk meninggalkan ayahanda tersayang :'(

 

1- Shipping Company. Too low salary - REJECT

2 – Consultant Firm, somewhere in Menara Landmark. Too far from home - REJECT

3 – ATA Group of Companies. Engineering Factory. Just nice - ACCEPT

 

DSC08389

 

I’m handling one of the company’s branch accounts, called JABCO FILTER SYSTEMS. That means I am responsible to all the things (account) related to this small company/factory. Quite tough but so far in control lah. (Picture : My place with open-office-concept)

 

*  *  *

 

Segelintir orang berkata graduan masih menganggur kebanyakannya sebab terlalu memilih kerja. Sebenarnya kami memilih kerja untuk masa depan yang cerah. Kalau selamanya berada di takuk bawahan sampai bila pun takkan maju an. That’s why kena bijak memilih dari awal awal lagi supaya tak menyesal di kemudian hari.

 

Yang graduan pun nak memilih hagak hagak sikit. Ukur baju di badan sendiri, jangan nak hidung tinggi sangat. Hamboi kemaen hebat lagi tatabahasa haku malam ni Hikhik.

 

Dah! Nak tidur. Esok an kerja Sleepy

 

DSC08349

Saya kerja KILANG je. Tata!

 

 

LIKE and COMMENT meh!

Exchange Link