Assalamulaikum
Rumah sewa atau asrama sangat sinonim dengan mee segera bukan? Maggi, pama, mee sedap, mee tak sedap semua pun korang bahan kalau dah lapar kan. Penulis belog ni pun tak kurang giannya. Sebulan mahu tidak tiga jenis megi tersedia.
Awal awal bulan letak setempat semuanya. Fuhh nampak cool habis. Cantek tersusun.
Tiga jenis darab lima bungkus bermakna ada limabelas semuanya. Boleh makan dua hari sekali heh heh. Selang seli perisa. Sedap tak boleh tahan nak nak bila datang rajin potong cili hijau campak dalam megi kari. Pehhh pedas kaw kaw! Ini baru hebat! :D
Tapi setakat berborak je lah. Sekarang hujung bulan stok megi tinggal hujung nyawa. Cuma ada sebungkus perisa tomyam kepunyaan adik. Nak makan ke tak ni? Buasir pulak kang makan hak orang. Kalau tak makan gastrik tahap gaban menyerang.
Takde pilihan.
Terima kasih adik. Megi mu dikenang :D
Oh ya lupa nak inform yang saya menyewa bersama adik di JB. Keluarga berdekatan tapi mahu berdikari gamaknya dua dara bujang ni. Well at least kami dah pandai masak megi guna rice cooker. Itu berdikari bukan?
Thanks for reading si Milly’s! :)
