Saturday, May 26

Tumblr #5 : Stupid-thing

 

If you don’t do stupid thing when you’re young, you have nothing to smile about when you’re old..

Yuna & Qi

 

I suka hubungan diorang ni. Simple! Comel! Walaupun masing masing jauh nak mamp. 

 

 

Qi kata..

"Once per day mesti kena contact walau busy mane pun.."

 

Love StruckLove StruckLove Struck

#Hamboi sampai tiga!

 

 

Sweet-lah. Nak mencontohi boleh tak? Diorang ni sorang kat Malaysia, sorang kat overseas. I pulak sorang utara sorang selatan. Elok sangat la an Hehe!

 

Artis sekarang dah tak maen jawab 'no komen' kalau ditanya pasal hubungan. Jawapan tu ibarat meminta pelempang sahaja. Direct je mengaku lagi senang bukan? Kalau ada jodoh takkan ke mana..

 

Ok Yuna and Qi, hope berkekalan hingga ke jinjang pelamin and ke akhir hayat!

 

 

*  *  *

 

 

Long distance relationship. Yang penting jujur, setia and percaya. InsyaAllah :)

 

ILY boyfriend!

Wednesday, May 23

Alhamdulillah.. Rejab

 

Doa 

Tarikh bulan Rejab 2012 jatuh pada hari Selasa bermula 1 Rejab. Jadi malam (Isnin) 21 Mei 2012 adalah malam 1 Rejab.
Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.


Umat Islam digalakkan supaya berdoa Istighfar pada malam 1 Rejab. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa dan juga makbulkan doa pada malam tersebut.

 

 

*  *  *

 

 

Maaf lambat share maklumat. Tapi sepanjang Rejab ni ambil-lah peluang untuk tambahkan lagi pahala, tingkatkan amal ibadat and rajin rajin-lah berpuasa sunat. InsyaAllah :)

 

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan Rejab:

  • Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
  • Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
  • Puasa 1 hari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).
  • Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  • Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
  • Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  • Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
  • Puasa 15 hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.
  • Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
  • Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
  • Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

 

  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

 

Allahuakbar!

 

 

*  *  *

 

 

Ya Allah, alhamdulillah atas kedatangan bulan rahmat-Mu. Moga diterima segala amalanku kerana hamba-Mu ini sudah mula rindukan Ramadhan. Harap masih ada lagi kesempatan untuk ku menjalani ibadah puasa dan menghayati keindahan Ramadhan-Mu. Aminn

 

Assalamualaikum dan selamat beramal semua Happy

DSC08412 During Aidil’s Wedding – Next entry!

 

 

SHARE, COMMENT, LIKE?

Exchange Link