Wednesday, February 20

Kena Baling Buku Sejarah ! Sakit Beb !!

Assalamualaikum
Bengang tahap bangang seh tadi ! Boleh lak gua tertinggal atm kad kat rumah. Bukan rumah sewa kat KL au, rumah kat Muar nun -_____- hampeh bukan ? Punye la semangat gua buat list barang ape gua nak shopping. Tup tup kad takde dalam wallet. Uiiiyai hilang semua mood shopping !! Lalu gua call ayah..

Me : Ayahku, anakmu perlukan duit :(
Ayah : Ok nanti malam ayah bank in ye
Me : Sekarang tak boleh ke ayahku ? :(
Ayah : Jalan jammed la, Susah cari parking blablabla..
T_________T
Air mate turun lebat
..

..

..

..

..

Hey hey, tak rock la nangis !! Gua hilang mood setengah jam je tadi and ayah pun da bank in duit. yibbaaa !! :DD

[ Back to the topic ]

Gua pernah kena baling buku mase sekolah. Korang ade ? Mesti takde an sebab gua tahu korang semua baek je kat sekolah an an ?? Tak macam gua, baek memang baek tapi silap gua jadi pengawas pulak mase sekolah tu. Mesti korang pelik an kenape gua yang baek and jadi pengawas ni kena baling buku. Seriously gua memang sopan beb mase sekolah. Melawan cakap cekgu sikit pun tak pernah apetah lagi nak calarkan bmw cekgu.

Tapi cekgu sejarah gua ni la, beliau anti dengan pengawas :( Beliau kate pengawas macam bagus bagus, berlagak pakai uniform biru. Kalau dalam kelas tu, mesti beliau attack para pengawas untuk jawab soalan. Nak nak pulak kelas gua kelas yang paling ramai jumlah pengawas iaitu tujuh orang. Seantero kelas memang cuak la kalau time sejarah ni. If ade tugasan bace page sekian sekian, korang WAJIB bace sampai muntah !! At the same time ingat facts yang ade dalam page tu.

Malam before kelas gua mesti check empat-belas kali kerja yang beliau bagi kot kot ade tertinggal or terlepas pandang. Tapi ade satu hari ni gua sengaja tak jawab satu soalan latihan yang beliau bagi sebab sangat sangat tak tahu jawapan ape nak letak. Gua tanye member member and diorang pun tak dapat jawab soalan tu. So gua pun rilex la an, ade gang kena marah nanti hehe. Bile tibe waktu sejarah ketaq jugak lutut gua beb, sambil doa banyak banyak kot kot beliau lupe pasal latihan tu. Tapi doa gua tak termakbul hari tu :(

“ Sape yang tak siap walaupun satu soalan tolong bangun. Bangun!!

Oh, lupe nak inform yang cekgu gua ni memang garang GILER !! (dialog di atas adalah dalam nada yang agak tinggi)

At first gua malas la nak bangun an sebab satu soalan je pun, bukan gua tak buat langsung tapi beliau start pusing pusing pulak kat meja gua. Tu yang gua berdiri jugak sebelum beliau kantoikan gua. Plus, member gua ramai da berdiri. Lebih sepuluh orang jugak la semuanya huhu. Gua tunduk je. Cuak beb cuak !! Tibe tibe..

“ Amylis, nape kamu tak buat ?? Da pandai sangat ??? Kamu ingat kamu pengawas kamu boleh buat ape kamu suke ?? ”

Gua diam. Lalu..beliau pun BALING BUKU SEJARAH kat tangan beliau dari arah depan, tepat ke muke gua !!! (tempat duduk gua second row dari belakang)


Tapi..


Gua berjaye elak (ala ala movie the matrix) and buku tu elok je park kat lantai. Gile kau tak elak, paling koman pun bersepai spec gua mase tu and maybe gua tengah meraba raba taip entry ni sekarang haihhh~ Mujur buku sejarah je, kalau kat tangan beliau mase tu kerusi kayu ?? Korang fikir la sendiri.

Kelas diam. Senyap. Sunyi.


to be continue..
 DSC05267

Nanti gua sambung ok, tungguuu.. :)
Thanx for reading me !



Rindu zaman belajar walaupun sakit :)
Re-publish entry _5th January 2011

Thursday, January 17

Antara

 

Antara dikejar dan mengejar. Aku pilih dikejar..

Antara disayangi dan menyanyangi. Aku pilih disayangi..

Antara sempurna dan saling melengkapi. Aku pilih saling melengkapi..

Antara hamba kerajaan dan buruh swasta. Aku pilih buruh swasta..

Antara tiga tahun dan tiga hari. Aku pilih tiga hari..

Antara kemeja kacak dan uniform kotor. Aku pilih uniform kotor..

Antara tergantung tak bertali dan memandang hadapan. Aku pilih memandang hadapan..

Antara handsome dan kacak. Aku pilih kacak.. (ehh bukan sama ke –.–")

 

 

Ya Allah, tetapkanlah hati hambaMu :)

 

 

# Hati ini tak mudah mencari pengganti cuma hati ini dah luluh disakiti. Mohon faham.

Sunday, December 30

Buruk perangai!

 

 

Assalamualaikum

 

Masa kecik kecik dulu tengok orang maen basikal kita pun mula rapat manja manja kat Bonda 'Maa.. Nak beskal sebijik!' Tup tup bulan depan terhidanglah basikal Lerun kaler biru depan rumah. Gembira bukan kepalang tunjuk depan kawan kawan yang kita pun ada basikal. Baru boleh gang an..

 

Dah besar sikit malu nak naek basikal pegi kedai depan rumah. Kalau disuruh laju je jawab.. 'Ayah belikan lah motor.. Nanti senang. Kedai jauh pun boleh pegi' Tup tup (lagi sekali) dua bulan kemudian terpacak skuter hitam depan rumah. Basikal entah kemana dah. Sebulan dua cakap je nak pegi mana semua ai bawakkan. Tapi tak lama lepas tu motor pun tersadai sebab malas. Naek motor panas, kalau hujan basah. Pakai helmet nanti tudung rosak. Dan macam macam alasan lagi..

 

Ayahanda geleng kepala.  

 

 

Bila dah kerja dah mampu pakai kereta hasil titik peluh sendiri. Kalau dulu pakai motor tak boleh keluar waktu hujan.. 'Humm kalau lah ada kereta..' So sekarang dah ada kereta. Dah boleh shopping sampai lebam tak kesah hari hujan panas. Dah boleh jejak rumah kahwin kawan kawan tanpa segan silu. Siap tumpangkan. Dah boleh bawak family pegi makan ramai ramai.. Cakap je nak keluar ke mana ai bawakkan. Takde hal.

 

Duduk rumah layan facebook, layan belog, layan Melodi.

 

'Ma nak pergi Tenten beli beg sekolah adik. Nak ikut tak..?'

'Malas la ma..'

 

 

Letak Ferrari sebijik depan rumah pun ai takkan bergerak kalau dah malas. Buruk perangai. Sekarang ni basikal langsung tak tau kemana. Motor dah selamat berpindah hak milik kepada adik. Kereta tersadai sebulan tak basuh. Nak bawak dia berjalan memang tak kecuali pegi balik kerja. Kesian Baby ai..

 

Itu pun. Tak reti bersyukur an.

 

 

Buruk betul perangai =.="

 

Milly Bergambar dalam Baby. Ambik hati.

 

 

 

p/s : Korang macam ai tak? (nak cari gang)

Exchange Link