Tuesday, September 25

"Alah Bisa Tegal Biasa" Elehh macam tak biase!

 

DSC09061

DSC09062

Tajamkan ilmu matematik anda sekarang. Keluarkan kalkulator sempoa pun boleh dan kira perbezaan jarak di atas. Dah dapat? Yaaa itulah jarak perjalanan pergi balik ke tempat kerja saya setiap hari. Tak lah jauh sangat kannn –.–"

 

Alah bisa tegal biasa orang kata. Orang laen yang kata la. Saya pula kata pinggang bisa macam tak biase! Disebabkan jarak yang jauh dan memikirkan disiplin ke-punctual-an yang terbaek saya memandu seperti berlumba setiap hari. Laju tahap nak terbang. Ok 120 km/j adalah sudah amat laju bagi saya seorang-pemandu-berhemah sila faham.

 

Ehh kira cukup laju la tu kann ke cane? Lepas tu drive macam bagus stay kat lorong kanan sambil nyanyi nyanyi lagu Jerrypah. Bila ada kereta dalam kategori bagai-dikejar-hanji*g follow rapat mula buat muka spoiled rasa macam dah laju dah. Padahal diorang pakai Shell bagaikan memandu Ferrari kottt patutlah laju.. I pakai i-10 je. Err takde kaitan .

 

Memang setiap pagi akan ada kes macam ni. Entah nak kejar hape.. Belum masuk lagi kes tetiba tukar lorong tak reti bagi signal. Tak pun kereta enjin turbo yang kuat nak mamp tetiba elok je berdesup kat depan kita. Tak berderau darah jap. Fishcake sungguh! Patut-lah Malaysia dalam ranking negara paling tak sopan di dunia alahaii..

 

*  *  *  *  *

 

DSC08695

Ok motif letak gambar sopan? Haha sebenarnya celoteh panjang berjela nak share niat keluar mencari rezeki tu. Biar jauh beribu batu, biar dipotong kejam oleh driver-rempit sekalipun yang penting niat/nawaitu kite. 'Cekgu' saya kata sebelum keluar pergi kerja kena niat dulu..

 

Sahaja aku keluar mencari rezeki kerana Allah Taala..

 

Atau pun boleh baca doa ini, Doa Murah Rezeki (Solat Dhuha)

image

Ya Allah Ya Tuhanku. Jika rezekiku berda di atas langit maka turunkanlah ia. Dan jika berada di dalam perut Bumi maka keluarkanlah ia. Dan jika sukar maka mudahkanlah ia. Jika haram maka sucikanlah ia. Jika masih jauh maka dekatkanlah ia.

Ya Allah limpahkanlah kepada kami rezeki sepertimana yang telah engkau limpahkan kepada hamba hambaMu yang soleh..

 

Tips dan petua dipermurahkan rezeki :

# Jangan sesekali lupa menunaikan ibadah kepada Allah SWT

# Banyakkan istighfar

# Tinggalkan perbuatan dosa

# Berzikir dan sentiasa ingat Allah SWT

# Berbakti dan mendoakan ibu bapa

# Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

# Tunaikan hajat orang lain

# Banyakkan berselawat

# Buat banyak amal kebajikan

# Bangun pagi awal

## Dan banyak lagi.. Teruskan baca di SINI

 

Moga dipermudahkan setiap urusan, dilapangkan jalan dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah.

 

Ok dah nak tidur esok nak berlumba lagi Big Grin

Jangan lupa niat esok ye. Assalamualaikum.

 

LIKE meh!

Monday, September 17

Meghoyan

 

Tak boleh tidur buka nota ambik pen maen tulis tulis..

 

DSC09085

DSC09098

Kemaruk much?

Husband in bold membawa maksud 'HUSBAND WANTED'. Sila faham.

 

Early preparation ape salahnye kan boleh bajet belanje. Zaman sekarang kahwin kalau takde 30K tak sah. Maksud tak sah adalah kahwin-serba-tak-kena. Istilah jual anak sebab letak hantaran tinggi dah tak relevan. Kira sendiri lah belanje yang diperlukan.

imageIni dua tahun lepas punye bajet. 

 

At least 20K especially untuk yang takmau kalah tengok orang laen kahwin grand grand.

 

Haku ler tewww! –.–"

 

 

Nak kahwin awal belum mampu tapi kalau kahwin lambat belanja makin besar yang membawa maksud kahwin awal or lambat itu adalah sama sahaja huhu. Bersabar itu lebih cantek bukan. Setiap perkara telah ditetapkan olehNya walau segunung impian yang kita dirancangkan :)

 

 

 

Walau seteruk mana kita meghoyan :p

 

 

Jom baca :

- 4 Kelebihan Kahwin Awal

- Kahwin Lewat Punca Tahap Kesuburan Turun

 

LIKE meh!

Sunday, September 9

Graduation day!

 

Am going to graduate! Naek pentas UM buat kali keduanya (yang pertama masa menari ko-k semester 6). Pakai jubah besar. Topi ada tali gantung gantung. Woooo! Tak sabar tak sabar.

image

 

Tentatif :

24th to 27th of September – Ambil jubah and souvenir

29th of September – Raptai

4th Oktober – THE DAY! 

 

Semangat apply cuti sampai seminggu. Niat pertama ingin menghadiri hari kemenangan tamat belajar dengan riangnya. Niat kedua ingin menabung sepuas hati di shopping mall berdekatan dengan jayanya. Suci kan? Rindu amat kuat pada Kuala Lumpur. Ohhh nak shopping nak shopping!

 

Checklist convo:


   # Baju kurung cun cun walaupun nanti takkan nampak dalam gambar sebab jubah besar. Tak dulik nak yang cun jugak.
#  Wedges pun cun untuk catwalk atas pentas sambil lambai macam model –.–'
   # Hantar baby pergi service as for the 4 hours journey, from JB to KL. Alone!
   # Cash and Touch N Go.  
   # Camera.

 

Wish me luck friends, especially for my long-journey-alone-driving. Dah nekad redah haje-lah kann. InsyaAllah dipermudahkan segalanya nanti aminn :)

 

Night peoples! Assalamualaikum.

Exchange Link