Friday, October 5

Batak LRT?

 

Assalamualaikum wbt.

 

Batak adalah jakun/ketinggalan zaman. Pada suatu hari saya hendak ke KL Sentral lalu lajulaju keluarkan dua ringgit dan ke kaunter untuk membeli tiket. Tetapi kakak itu berkata..

 

" Beli kat mesin dik.. "

" Ohhhh ok.. "

 

Pelik sebab saya kan bagi duit kecil dan tak ramai pun orang yang beratur. Ape masalah kakak itu? Sebelum terus mengutuk di dalam hati saya terus ke mesin warna warni tersebut. Ok touch-screen. Tekan SEHALA then appear LRT maps where you need to just touch where you want to go, eg KL CENTRAL. Next click OK for payment. Sambil jelingjeling orang sebelah I slip in two ringgit note and collect the balance. 

 

But..

 

Mana tiket wehh? Duit kena telan kah? Spoiled! Awat orang sebelah guna elok je? Rasa macam nak tanya terus kakak kaunter tapi better tanye orang sekeliling dahulu sebelum mendapat malu. Tanya punya tanya finally that girl show me the ticket. No, it is actually a TOKEN yang keluar bersama balance duit tadi =.="

 

DSC09132  

Dah nampak dah tadi benda biru ni dalam tempat baki tu tapi terlalu yakin yang kad (macam duludulu) akan keluar, buat tak pandang je lah. Mujur tak ramai orang yang nampak gua gelabah cari tiket kat semua sudut mesin. Buat malu je! Apehal gua tak tau sekarang dah pakai token bagai nehhh! Baru setahun tinggalkan Kuala Lumpur kot..

 

So with this token, we just need to swap on the entrance for get in and put in the token (like menabung) when you want to get out from the station. It’s effective on 1st march and only applicable for single journey. Selain token, pengguna harian boleh apply myrapid Card or Rapidpass LRT untuk memudahkan lagi perjalanan tanpa perlu beratur membeli token.

 

 

*  *  *

 

Some information to share.

 

# How to use the Ticket Vending Machine (TVM) for token

image

 

# How to reload purse value (myrapid Card/rapidpass LRT)

image

image

 

Malaysia menuju ke arah negara maju semuanya semakin canggih dan terkini. Jadi rakyat juga perlu bergerak seiring dengan teknologi lah, ambil-tahu isu semasa, rajin baca suratkhabar bukan hidup keluar masuk pejabat atau rumah je ye. 

 

Jangan jadi batak seperti saya Big Grin

 

 

Sumber

Meh LIKE!

5 years is OVER!

 

DSC09174

Alhamdulillah segalanya selesai Happy

 

Dari proses ambil jubah, perjalanan 4 jam ke Kuala Lumpur, hantar jubah ke dobi sebab tak larat nak iron, bayar RM5 per day untuk parking di rumah tumpangan, booking gambar untuk family, beli UM-car-sticker for officemates, menghabiskan duit bershopping-tak-hengat, batak dengan LRT, tidur tak lena takut lewat bangun untuk konvo, sebak dalam dewan, bergambar dengan family dan akhirnya berjumpa ayahanda kesayangan di Muar. Fuhh!

 

Dah semua dah tamat.

 

Empat tahun setengah belajar hanya untuk catwalk 10 saat atas pentas dan sekeping ijazah. Berbaloi, bukan? Yeahh untuk masa depan dan kenangan tunjuk kat anak cucu bila dah tua nanti hihi.

 

 

Oops nampak taring pontianak ai! Blushing

Nampak? Meh LIKE!

Tuesday, September 25

"Alah Bisa Tegal Biasa" Elehh macam tak biase!

 

DSC09061

DSC09062

Tajamkan ilmu matematik anda sekarang. Keluarkan kalkulator sempoa pun boleh dan kira perbezaan jarak di atas. Dah dapat? Yaaa itulah jarak perjalanan pergi balik ke tempat kerja saya setiap hari. Tak lah jauh sangat kannn –.–"

 

Alah bisa tegal biasa orang kata. Orang laen yang kata la. Saya pula kata pinggang bisa macam tak biase! Disebabkan jarak yang jauh dan memikirkan disiplin ke-punctual-an yang terbaek saya memandu seperti berlumba setiap hari. Laju tahap nak terbang. Ok 120 km/j adalah sudah amat laju bagi saya seorang-pemandu-berhemah sila faham.

 

Ehh kira cukup laju la tu kann ke cane? Lepas tu drive macam bagus stay kat lorong kanan sambil nyanyi nyanyi lagu Jerrypah. Bila ada kereta dalam kategori bagai-dikejar-hanji*g follow rapat mula buat muka spoiled rasa macam dah laju dah. Padahal diorang pakai Shell bagaikan memandu Ferrari kottt patutlah laju.. I pakai i-10 je. Err takde kaitan .

 

Memang setiap pagi akan ada kes macam ni. Entah nak kejar hape.. Belum masuk lagi kes tetiba tukar lorong tak reti bagi signal. Tak pun kereta enjin turbo yang kuat nak mamp tetiba elok je berdesup kat depan kita. Tak berderau darah jap. Fishcake sungguh! Patut-lah Malaysia dalam ranking negara paling tak sopan di dunia alahaii..

 

*  *  *  *  *

 

DSC08695

Ok motif letak gambar sopan? Haha sebenarnya celoteh panjang berjela nak share niat keluar mencari rezeki tu. Biar jauh beribu batu, biar dipotong kejam oleh driver-rempit sekalipun yang penting niat/nawaitu kite. 'Cekgu' saya kata sebelum keluar pergi kerja kena niat dulu..

 

Sahaja aku keluar mencari rezeki kerana Allah Taala..

 

Atau pun boleh baca doa ini, Doa Murah Rezeki (Solat Dhuha)

image

Ya Allah Ya Tuhanku. Jika rezekiku berda di atas langit maka turunkanlah ia. Dan jika berada di dalam perut Bumi maka keluarkanlah ia. Dan jika sukar maka mudahkanlah ia. Jika haram maka sucikanlah ia. Jika masih jauh maka dekatkanlah ia.

Ya Allah limpahkanlah kepada kami rezeki sepertimana yang telah engkau limpahkan kepada hamba hambaMu yang soleh..

 

Tips dan petua dipermurahkan rezeki :

# Jangan sesekali lupa menunaikan ibadah kepada Allah SWT

# Banyakkan istighfar

# Tinggalkan perbuatan dosa

# Berzikir dan sentiasa ingat Allah SWT

# Berbakti dan mendoakan ibu bapa

# Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

# Tunaikan hajat orang lain

# Banyakkan berselawat

# Buat banyak amal kebajikan

# Bangun pagi awal

## Dan banyak lagi.. Teruskan baca di SINI

 

Moga dipermudahkan setiap urusan, dilapangkan jalan dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah.

 

Ok dah nak tidur esok nak berlumba lagi Big Grin

Jangan lupa niat esok ye. Assalamualaikum.

 

LIKE meh!

Exchange Link